Dunia mereka kejam dan misteri. Mereka adalah pengembara, pelayar, pedagang dan pejuang. Mereka menyerang negeri dan kampung lain untuk merampas makanan dan harta. Itulah kisah orang Vikings.
Vikings adalah orang jahiliah yang terakhir menyembah tuhan purba seperti Odin, Thor, Freya dan Loki.
Kisah mereka akan disiarkan di saluran History di Astro 555 da 575 (HD) mulai 29 September 2013. Ini pasti menarik. Untuk episod 1 dan ke 2 aku dah dipertontonkan semasa majlis pelancaran dan preview siri Vikings yang telah diadakan di Healy Mac’s, Jalan Changkat Bukit Bintang pada 19 September yang lalu.
Healy Mac’s  adalah sebuah restoren Irish. Orang Vikings membuat penempatan sebelah negara Irish dan menjadi kaum yang ditakuti disekitar perairan di situ. Elemen inilah yang menjadikan restoren ini terpilih untuk majlis preview siri Vikings.
Siri Vikings ini adalah siri yang amat menarik. Siri yag yang menelan belanja $40 juta dolar Amerika ini membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan orang Norse yang merupakan bangsa orang Vikings.
Siri 9 episod ini akan disiarkan di saluran History pada setiap Ahad, jam 10 malam.
Ia mengisahkan pengembaraan Ragnar Lothbrok, seorang wira dan juga petani yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk mengembara ke dunia sebelah barat yang masih belum diterokai oleh orang-orang Vikings.
Sebelum ini ketua mereka iaitu Earl Haraldson gemar menghantar orag mereka ke sebelah timur (negara Baltik dan Russia) yang mempunyai kehidupan yang daif seperti mereka untuk menyerang.
Cerita menjadi lebih menarik apabila Ragnar berpakat dengan rakannya yang juga seorang pereka kapal, Floki untuk membina kapal yang mampu merentasi lautan terbuka dan belayar di sungai yang cetek. Dengan kapal ini dan disertai dengan pahlawan yang lain termasuk saudara lelaki kandungnya, Rollo, kumpulan yang diketuai oleh Ragnar telah berjaya mendarat di daratan sebelah barat yang dihuni oleh orang-orang kristian.
Walaupun kisah ini penuh dengan peperangan, konflik dan pertumpahan darah, ia juga sebuah kisah yang sarat dengan mesej kekeluargaan. Ragnar yang amat menyayangi keluarganya amat kecewa dengan ketua mereka Earld haraldson yang seringkali menyerang negara di sebelah timur yang juga miskin seperti mereka. Demi untuk mengubah nasib ini Ragnar meneroka ke arah barat dan berjaya menemukan daratan yang lebih bertamaddun.
Apa yang membuatkan kisah ini menjadi lebih menarik ialah penonton berpeluang memenangi sebuah motorsikal Harley Davidson.
Cara-caranya ialah:
- Cari kod contest disetiap episod yang ditayangkan
- Hantarkan kod tersebut di SINI dan jawab soalan mudah
- Yakinkan pihak penganjur kenapa anda layak untuk memenangi motorsikal Harley Davidson (dalam 30 patah perkataan)
Kembali selepas setiap episod ke fanpage ini untuk menambahkan peluang anda untuk menang.
Selamat menonton siri Vikings dan menangi sebuah motorsikal Harley Davidson.
Peluang menarik ni… Terutamanya kepada peminat motor-motor besar… Pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan ini… 😉
Anuar recently posted..Buat Duit Dengan Lembu Menjelang Perayaan AidilAdha
ya la… peluang utk mereka la tu..
best tue hadiahnya. ^_^
fyna recently posted..Tips Penjagaan Selepas Pembedahan Caesarean
best kan? tp syg sebuah jer utk dimenangi
Demn tak ada astro pulak dah….adoiyai…terlepas peluang la macam ni
adikensem recently posted..Buat Duit Dengan Rumah Lelong
hahahahah.. kena pasang astro dulu la nampak gayanya ni…
igtkan vikingdom tadi..hu3
blogger lelaki recently posted..Ranking Alexa September Blogger Lelaki
Samalah, ingatkan tadi tonton siri vikingdom di bla bla bla……. hahaha
Naziman Azlye recently posted..5 Panduan Orang Awam untuk Menilai Pendakwah
hahahah.., bukan vikingdom. ini citer omputih…
Ala, Harley Davidson pula. Kesian kat saya orang badan kecil.
Naziman Azlye recently posted..5 Panduan Orang Awam untuk Menilai Pendakwah
badan kecik ok jer.. asal kaki jejak tanah masa naik tu. hehehe
I’ve been to Dublinia, the Viking and Medieval museum. Memang jatuh cinta dengan kisah kehidupan, bahasa dan pakaian mereka. Mereka ganas, but it doesn’t stop me to wish sekiranya dapat hidup selama beberapa hari di zaman mereka.
Nisa recently posted..Dear stinky customer!
oic.. tp sy pon mmg minat cerita viking ni. penuh adventures
terlepas pulak nak menonton episod pertama hari Ahad yang lepas…adehh…
mudahnya nak menang Harley Davidson…:D
Ezad Skytech recently posted..Tebus Top Up Dan Voucher Percuma Dengan CellAds
kena tgk bro. best gak citer dia. aku dah tgk preview dua episod awal masa launching baru ni