Kepada yang tinggal berdekatan harap boleh lah hadirkan diri ke ceramah agama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ini.
Berikut adalah butiran terperinci tentang ceramah agama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din:
- Tarikh: 31 Oktober 2012 (Rabu)
- Masa: Lepas Solat Maghrib
- Lokasi: Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani Kedah.
- Tajuk Ceramah: “Celik Mata Buta Hati”
Harapan semua agar kehadiran tuan-puan ke majlis ceramah agama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ini akan dapat menyerikan lagi majlis ilmu yang juga dikenali sebagai salah satu taman daripada taman-taman syurga ini sekaligus dapat menaikkan syiar Islam.
Namun apa yang paling penting ialah isi cermah yang tuan-puan akan dapat dengan menyertai ceramah ini. Moga ilmu yang diperolehi yang diperolehi nanti akan dapat menjadi pelita di dalam kubur yang gelap gelita.
Jom pergi ceramah!
2 Comments
Belum pernah lagi bersua dengan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din ini. Setakat ini dengar ceramah beliau dalam internet saja. Insyallah suatu hari nanti teringin bersua dengan beliau.
saya pon belum. tapi ceramah yg amat berkesan ke dlm hati sy ialah cerita alfadhil ustaz tentang mimpi beliau bertemu rasulullah SAW