jabatan pendaftaran negara

Tukar IC (Kad Pengenalan) Baru

Hari ni aku ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak di Plaza Masalam seksyen 9 Shah Alam. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk menukar IC aku yang rosak chip nya. Alamat aku pun harus ditukar kerana perpindahan tempat tinggal.

Sebenarnya dah lama nak tukar IC ni tapi hasrat ni tertangguh sebab nak tunggu pindah rumah baru dahulu. Yang menjadikan aku menggagahkan diri untuk segera menukar IC hari ini adalah kerana 2 hari yang lepas aku perlu membuka akaun bank tetapi ditolak permohonannya kerana chip pada IC aku tidak dapat dibaca oleh IC Chip Reader. Jadi hari ni terpaksa la mem”free”kan masa untuk urusan tersebut.

Aku sampai di Plaza Masalam pada pukul 8.30 pagi. Parking banyak lagi. Terus aku masuk dan naik ke tingkat 6 di mana terletaknya JPN. Ambik nombor, isi borang dan tunggu lebih kurang 8 minit sebelum nombor dipanggil. Berurusan di kaunter ambil cop jari dan buat pembayaran RM10.00 untuk penggantian IC.

Lepas tu kena tunggu lagi lebih kurang 5 minit untuk ambil gambar. Untuk urusan tangkap gambar, tidak boleh pakai baju warna cerah terutama putih. Tapi kalau dah hari tu kita dah memang pakai baju warna cerah, tak pe.. jangan risau. Kat situ ada blazer dan vest untuk tutup baju kita. Lagipun gambar yang diambil bahagian dada keatas sikit je..

Lepas tu siap. Proses keseluruhan mengambil masa lebih kurang 30 minit je. Tak de la lama sangat. Mungkin juga faktor aku datang awal pagi. Orang masih tak ramai.

Oh ya.. lepas urusan kat kaunter pertama untuk cop jari, key in data dan pembayaran tadi, dia bagi satu slip pembayaran. Kat bawah slip tu ada tertera mengatakan IC boleh siap dalam masa 1 hari. Terkejut jugak aku. Sebab kalau boleh siap dalam masa 1 hari kira effisien la JPN ni. Tapi bila aku tanya dia cakap siap dalam masa 10 hari.. Hahahaha.. So, tunggu lah aku 10 hari lagi. Tapi tak apa sebab ic lama dia bagi kat kita semula dan boleh digunakan seperti biasa.

So, kepada sesiapa yang nak tukar IC baru, pergi la tukar segera. tak lama pun. Tapi kalau boleh cari la JPN yang tak ramai orang. Hehehehe

15 comments

  1. shah 16 January, 2015 at 20:28 Reply

    baru tgk posting nie sbb ingat nk tukar IC terbaru… still pakai IC versi pertama (buat lps 2 ari pelancaran IC dgn cip) tp cip semua ok lg sbb tu mls nk tukar… tp dgr kata klu xtukar yg latest kn denda pulak..btol ker??

  2. Confused 19 August, 2016 at 13:46 Reply

    Katakan, kalau IC lama masih ader dengan kita walaupun sudah buat IC Baru. Boleh IC lama itu digunakan untuk membuka akaun bank?

    • sohoque 22 August, 2016 at 10:59 Reply

      tak boleh.. sbb nak bukak akaun bank dia akan gunakan ic dan masukkan dlm reader yg ada chip utk retrieve semua data kita. ic lama x der chip tu

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: