nuffnang status

Turun Kasta Daripada Glitterati Kepada Non-glitterrati, Kenapa?

nuffnang status

masih kekal status

Turun kasta

Sehari dua ni ramai yang kena macam tu. Kena turun kasta daripada Glitterati kepada Non-glitterati. Kecoh juga la kaaan.

Apa yang geli-geli dan reti-reti ni? Hahahaha.

Glitterati adalah status yang diberi oleh Nuffnang, antara syarikat pengiklanan atas talian yang terbesar di Asia Tenggara. Status ini akan diberi secara otomatik kepada tuan punya web ataupun blogger yang meletakkan kod pengiklanan Nuffnang laman sesawang ataupun blog mereka.

Walaubagaimanapun pemberian status ini diberi biasanya selepas 7 hari kod iklan diletakkan di blog. Ia setelah Crawler Nuffnang siap pergi melawat ke laman sesawang dan blog yang meletakkan kod tersebut.

syarat

Syarat untuk mendapat status Glitterati mudah sahaja. Laman seswang ataupun blog tersebut tidak boleh mempunyai sebarang iklan dari, menyebut, atau pautan kepada rangkaian iklan lain daripada Asia Tenggara, atau mana-mana rangkaian iklan lain yang dianggap sebagai pesaing Nuffnang pada blog ataupun laman sesawang anda.

Crawler ini akan sentiasa melawat blog anda anda dan jika dalam satu-satu masa blog anda melanggar syarat di atas, anda dengan secara otomatik akan di turunkan ke status Non-Glitterati.

Sebab turun status

Mungkin ini sebabnya blogger-blogger tersebut diturunkan status mereka. Kebanyakannya blogger yang sudah lama juga yang kena. Aku belum kena lagi setakat ini.

Sebab lain ialah ada kesalahan dalam sistem Nuffnang. Aku pernah terkena suatu ketika dahulu. Apabila ditanya pihak pengurusan mereka mengaku yang ada kesilapan di dalam sistem mereka dan pantas meminta maaf.

Jadi aku rasa kali ini pun mungkin sebab kesilapan sistem kot. Pasal kesilapan sistem NN ni pernah dulu sistem tersilap memberikan komisen yang banyak kepada semua. Akaun aku yang hanya ada beberapa ringgit pada masa tu terus bertambah jadi ratusan ringgit dalam masa sehari.

Pihak pengurusan NN lepas itu pantas membetulkan kesilapan mereka. Masalah ni kalau tak silap berlaku 2 tahun lepas.

Rileks

Jadi aku rasa kepada yang diturunkan status tu rileks je la. Cuba emel pihak NN tanya apa masalah. Kalau memang betul NN yang turunkan tanpa kesilapan, anda buatlah keputusan.

Keputusan nak rayu ke atau nak terus buang kod NN pun boleh. Sekarang ni bukan macam dulu. Sekarang dah banyak syarikat yang buat pengiklanan atas talian ni.

Macam aku ada beberapa blog. Jadi blog ni mungkin aku akan terus guna iklan NN selagi aku tak dikecewakan dengan teruk. Hahahaha.

Lagipun NN dah tidak macam dulu. Dulu ramai yang dapat cari makan dengan NN. Ada product review. Ada events, ada contest dan macam-macam lagi. Tapi sekarang semua dah tak ada. Dulu aku selalu juga dapat review produk. Dapat la sebulan 4-5 ratus untuk kerja ni. Campur duit terkumpul yang dapat daripada tempek iklan lagi. OK jugak la. Seronok jugalah nak cashout.

Kalau trafik anda kencang, anda boleh cuba innity. Bayara lebih tinggi dengar ceritanya. Ada macam-macam lagi. Cuma pesan aku kena hati-hati jugak dalam memilih syarikat iklan ni. Sebab ada yang lambat bayar dan macam-macam masalah lagi.

Seeloknya tanya orang berpengalaman ataupun pergi je blog en titan. Dia banyak buat review tentang benda-benda macam ni. Sifu ni biasanya akan selidik dulu syarikat yang beliau nak berkerjasama.

Lagipun sekarang banyak dah cara untuk buat duit online. Ada affilate. Dan ilmu affiliate dah terbongkar apabila sifu-sifu yang dah buat puluhan ribu daripada affiliate ini dah sudi buat seminar.

Tahun lepas sahaja ada 3 seminar. Satu, Gathering Tim Info Kerjaya anjuran daripada Tim Info Kerjaya. Satu lagi seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog anjuran Denaihati Network. Dan yang ketiga adalah Seminar Lejen IM 2015. Ketiga-tiganya aku pergi. Memang banyak ilmu yang dapat disedut.

Apa yang perlu anda buat

Jadi apa nak buat bila kasta ataupun status dah diturunkan daripada Glitterati kepada Non-glitterati? Nasihat aku chillax. Tepuk dada, tanya otai!!!

13 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: