weBoost Drive 3G-S

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Isyarat Telefon Bimbit Yang Lemah Dengan weBoost

weBoost Drive 3G-S

Persembahan seni pasir di Majlis Pelancaran weBoost Drive 3G-S

Bayangkan, sedang anda berbincang dengan sahabat anda menggunakan telefon bimbit, tiba-tiba perbualan terputus kerana tiada liputan. Lebih teruk lagi jika waktu itu anda sedang membincangkan sesuatu perkara yang penting untuk perniagaan anda. Pasti perkara ini sesuatu yang merugikan bukan?

Situasi ini dipanggil Drop Call iaitu keadaan di mana di atas sebab-sebab teknikal, panggilan telefon terputus sebelum pihak yang bercakap menyudahkan perbualan mereka ataupun sebelum salah seorang daripada mereka meletakkan telefon.

Drop Call selalu terjadi sewaktu kita menggunakan telefon di dalam kenderaan yang sedang bergerak. Ini adalah kerana liputan telefon tidak sama di antara satu-satu kawasan yang sedang dilalui.

Aku pun selalu diganggu dengan masalah ini. Memang mengganggu perbincangan. Kali terakhir aku terkena ialah sewaktu aku menerima panggilan interview melalui telefon semasa aku terpilih di dalam senarai akhir peserta yang akan mewakili wilayah tengah untuk kempen Shell FuelSave Challenge 2014.

Semasa menerima panggilan tersebut aku sedang memandu. Liputan line telefon memang tidak kuat mengakibatkan aku mendengar dengan tidak jelas. Ini memaksa aku untuk menyuruh pemanggil mengulang kembali soalan beliau. Ini memang amat mengganggu perbualan. Mungkin sebab ini aku tidak terpilih sebagai peserta akhir kempen tersebut.

weBoost Drive 3G-S

weBoost Drive 3G-S

weBoost Drive 3G-S

Namun kini aku dah jumpa satu alat yang boleh menyelesaikan masalah ini. Alat tersebut adalah weBoost Drive 3G-S. Alat untuk membantu menarik liputan isyarat telefon dengan lebih kuat.

Yang bagusnya alat ini boleh dipasang di kereta. Ya. Ia memang direka khas untuk dipasang pada apa jua jenis kereta.

alat kuatkan isyarat telefon bimbit

Komponen weBoost Drive 3G-S yang akan dipasangkan di kereta

Memang ia amat berkesan. Alat ini akan menarik liputan isyarat telefon yang lemah menjadi kuat seterusnya membantu kita menggunakan telefon bimbit tanpa terganggu. Layari internet melalui telefon bimbit pun menjadi lebih laju. Tak kira anda menggunakan penyedia perkhidmatan yang mana, memang liputan anda akan menjadi lebih kuat.

Aku senaraikan kelebihan menggunakan weBoost Drive 3G-S ini:

1. Meningkatkan isyarat liputan telefon selular

2. mengurangkan drop calls dan terputus hubungan

3. Kualiti suara yang lebih jelas

4. Kelajuan muat turun yang lebih laju

5. Meningkatkan jangka hayat bateri telefon bimbit anda

weBoost Drive 3G-S telah dilancarkan di Malaysia pada 29 Oktober 2014. Ia adalah alat yang pertama seumpamanya diperkenalkan di negara kita dan di rantau Asia.

weBoost Drive 3G-S di keluarkan oleh Wilson Electronics, peneraju dalam industri komunikasi tanpa wayar lebih daripada 40 tahun di Amerika Syarikat. Alat ini mendapat sambutan yang meluas di negara tersebut.

Yang bagusnya mereka memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk melancarkan alat ini di kalangan negara-negara Asia. Mereka telah membuat research dan mendapati negara ini berpotensi untuk memperkenalkan alat ini kerana Malaysia merupakan negara yang mencatatkan penggunaan paling tinggi internet dan telefon bimbit di kalangan negara Asia.

weBoost memang mengubah pengalaman aku menggunakan telefon bimbit. Sejak menggunakannya, tiada lagi drop calls dan terputus hubungan sewaktu sedang bercakap menggunakan telefon bimbit.

Bateri telefon bimbit aku pun jimat. Jika dahulu bateri telefon bimbit aku hanya dapat bertahan selama 6-7 jam sahaja, kini ia lebih tahan lama. Kalau dulu aku asyik bergantung dengan powerbank untuk mengecas semula telefon bimbit aku, kini tidak lagi. Kini sempat lah aku balik dan cas bateri di rumah.

Oh ya satu lagi yang aku sangat puas hati dengan penggunaan alat ini. Isyarat GPS lebih baik. Jika dulu telefon bimbit aku mengambil sedikit masa untuk mencari tempat yang aku ingin tuju, tetapi sekarang tidak lagi. Disebabkan liputan sudah kuat dengan weBoost Drive 3G-S, GPS di telefon bimbit aku mengambil masa yang cepat untuk mencari tempat.

Ini memang berguna untuk aku sebagai blogger untuk mencari tempat-tempat yang aku tidak biasa untuk menghadiri event-event jemputan.

Untuk menggunakan weBoost Drive 3G-S di kereta anda, anda perlukan sedikit pemasangan yang mudah. Hanya beberapa minit pemasangan, anda sudah boleh menggunakan alat ini.

Di dalam video di bawah ada ditunjukkan cara-cara memasang alat ini:

Mudah bukan…?!

Di dalam majlis pelancarannya yang diadakan di Connexion@Nexus Bangsar South pada 29 Oktober 2014 baru-baru ini, pihak Wilson Electronics melahirkan rasa gembira mereka kerana dapat memasarkan alat ini di Malaysia. Mereka juga mengumumkan akan melancarkan lagi produk yang seperti ini tetapi dikhaskan untuk premis perniagaan dan individu seperti pejabat, restoran, rumah kediaman dan sebagainya.

Ucpan CEO Wilson Electronics di Majlis Pelancaran weBoost Drive 3G-S

Ucpan CEO Wilson Electronics di Majlis Pelancaran weBoost Drive 3G-S

Produk kedua yang bakal dilancarkan sedikit masa nanti itu adalah weBoost Connect 3G. Ia dijangka bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutama daripada premis perniagaan dan rumah yang lemah isyarat telefon selular.

weBoost 3G

weBoost Connect 3G untuk pejabat dab rumah bakal diperkenalkan sedikit masa lagi

weBoost Drive 3G-S memang alat yang berbaloi untuk dimiliki. Dengan harganya serendah RM389, ia memang mampu dimiliki. Dengan kelebihan yang dimiliknya iaitu mampu menarik isyarat telefon bimbit menjadikannya lebih kuat, ia akan membantu gaya hidup yang lebih berkualiti.

Ucapkan selamat tinggal untuk drop calls dan panggilan terputus. Tanpanya hidup akan bertambah selesa. Kemana sahaja anda pergi, tiada lagi masalah isyarat telefon ataupun liputan lemah. Penggunaan internet juga bertambah laju dan stabil.

Sila layari https://www.weboost.com/my/ untuk maklumat lanjut.

Contest

Oh ya. WeBoost telah bermurah hati untuk memberikan satu unit Drive 3G-S yang bernilai RM389 kepada pembaca sohoque.com. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menjawab 2 soalan di bawah:

1. Namakan produk 2 weBoost yang baru-baru ini dilancarkan di Malaysia.

2. Kenapa anda perlukan mobile booster dalam kehidupan seharian anda?

Giveaway ini hanya berlangsung selama seminggu dari tarikh post ini di terbitkan. Jadi jangan berlengah lagi. Jawab soalan di atas untuk menerima 1 set weBoost Drive 3G-S.

Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan menarik.

16 comments

  1. Hafiz Rahim 28 November, 2014 at 11:26 Reply

    Wah.. mantap produk ni. Sangat berguna kalau ada emergency. Nak try jawab soalan giveaway la.

    Jawapan soalan pertama, dua produk weBoost:
    1) weBoost Drive 3G-S
    2) weBoost Connect 3G

    Jawapan soalan kedua:
    Aku perlukan weBoost dalam kehidupan seharian kerana aku rasakan produk ini sangat membantu aku ketika menghadapi situasi emergency, i.e kawasan yang kurang kuat liputannya, dimana aku perlu membuat panggilan telefon kepada saudara mara terdekat. Maka, dengan adanya weBoost ini, kebarangkalian untuk aku terputus hubungan itu dapat dikurangkan. Yeah.
    Hafiz Rahim recently posted..Penggemar Kinder JoyMy Profile

  2. azlan 7 February, 2015 at 22:08 Reply

    wow….memang mantap gajet keluaran wilson elektronik ni….dan cuba nk jawap….

    jawapan pertama ialah

    1.weBoost drive 3G-s
    2.weboost connect 3G

    jawapan kedua ialah….

    kita perlukan mobile booster dlm kehidupan seharian kita kerana dlm kehidupan kita sekarang semuanya perlukan coverage n internet untuk kita melakukan kerja2 seharian kita….umpamanye cek baki wang…transfer wang…topap…semak saham…..shopping….berniaga online n banyak lagi…..
    semuanya memerlukan weboost drive kerana kita perlu bergerak untuk jimatkan masa…sekiranya kita tiada weboost drive kita x ckup masa untuk meneruskan kerja lain selain kerja2 online….tq

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: