Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seringkali kita diuji dalam menjalani kehidupan kita sebagai manusia baik manusia itu Muslim ataupun sebaliknya.
Ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia secara amnya dibahagikan kepada 3:
1. Bala
Bala ialah bencana yang diturunkan oleh Allah kepada orang-orang kafir ataupun orang-orang Islam yang melakukan maksiat yang besar.
Contoh bala yang diturunkan kepada kaum musyrik yang terdahulu ialah bala banjir besar yang diturunkan kepada kaum Nabi Nuh AS, bala ditelan oleh air laut yang diberikan kepada Fir’aun dan pengikutnya, bala ditelan bumi yang dialami oleh Qarun dan sebagainya.
Ada 15 bentuk maksiat yang akan mengundang bala daripada Allah swt seperti yang dinyatakan di dalam hadith dibawah:
Maksud hadis :
“Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
“Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain.” H.R. Tarmizi.
Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.
2. Kaffarah – balasan dunia yang dikenakan kepada orang baik (mukmin) yang terlanjur melakukan dosa kerana mengikut ikut hawa nafsu.
Balasan ini mereka terima untuk menebus dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Mereka ditimpa seksa di dunia namun mereka akan terlepas daripada siksa akhirat di atas dosa tersebut.
Ini sebenarnya adalah ebih baik kerana siksa di dunia amatlah ringan jika hendh dibandingkan dengan siksa di akhirat.
3. Ibtila’ – balasan ataupun ujian yang dikenakan kepada orang-orang yang soleh untuk meninggikan darjat keimanan mereka. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada orang-orang yang soleh.
Dengan Ibtila’ ini, seorang hamba yang soleh akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda seperti pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.
Contoh Ibtila’ ialah musibah yang ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi, siddiqin, syuhada’ dan solehin.
Musibah kepada org Islam adalah hikmah. Jika mereka sedar akan musibah yang dikenakan terhadap mereka itu adalah ujian daripada Allah semata-mata yang mana setiap sesuatunya terbentang hikmah samada kita sedar atau tidak.
Maka, redha adalah sebaik-baik tindakan ketika menghadapi musibah. Redha terhadap ujian Allah akan mengundang redha Allah jua. Redha dengan musibah akan menjadikan kita hamba yang semakin dekat dan akrab dengan Allah.
Bila kita berputus asa dan benci dengan ujian daripada Allah, maka sebenarnya itu adalah tanda yang kita tidak kenal Allah.
Cara hadapi musibah:
- Mantapkan keyakinan diri bahawa ianya adalah ujian daripada Allah. Allah duga kita kerana Allah sayang kepada kita.
- Sabar. Banyakkan zikir dan mengingati Allah. InsyaAllah dengan kesabaran tersebut ia akan mengubah musibah kepada kebaikan.
- Banyakkan doa. Mengadu dan merayulah kepada Allah tentang musibah yang dikenakan keatas kita. Sesungguhnya Allah suka rintihan dan doa daripada hambaNya.
- Segera bertaubat. Muhasabah diri terhadap dosa yang telah kita lakukan dan beristighfar banyak-banyak. Azamkan di dalam diri bahawa kita tidak akan melakukakan lagi dosa tersebut di masa akan datang.
visiting here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)
Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..
thanks bro. just visited your blog and left a trail there.. hehhe
sedang kita bersuka ria, ada diantara teman2 kita yg sedang berduka. Ya Allah… permudahkanlah teman2ku dalam menghadapi hari duka mereka. Kau angkatlah darjat mereka setelah mereka bersabar dan redha dengan ujian Mu. Sesungguhnya ibtila’ Mu hanyalah utk hambaMu yang Kau sayangi.. Ameen.
(apa makna ibtila’? baca sini: http://sohoque.com/ujian-daripada-allah-musibah-atau-hikmah/ )
terima kasih. entri saling mengingati.
Leeza dayasari recently posted..Penulisan Ulasan Nilai:Bahagian C (UPSR)
Ujian Daripada Allah – Musibah Atau Hikmah? http://t.co/0z9ngTSxTo
bersyukur ketika di uji adalah penawar bagi segala ujian Allah, inshaaAllah
sweetkurma recently posted..kejar mengejar di blog sweetkurma
Alhamdulillah.. sesiapa yg dapat bersabar dan redha dgn ujian, kemanisan yang akan diperolehinya
ujian Allah tu sentiasa ada setiap masa.. 🙂
titan recently posted..TechCPM – Selama mana mampu bertahan?
Yup betul bro. Tp ujian x dpt mkn cendol dlm seminggi adalah amat mencabar 😉
tak ada sesiapa yang terlepas dari menerima ujian dari-Nya. setiap perkara yang datang dari-Nya pasti ada hikmah
azwan recently posted..Berbaloikah Modric Ke Real Madrid?
ya betul. sgt setuju