More

    Ujian Daripada Allah – Musibah Atau Hikmah?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    musibah.jpg
    Musibah didatangkan dalam pelbagai bentuk

    Seringkali kita diuji dalam menjalani kehidupan kita sebagai manusia baik manusia itu Muslim ataupun sebaliknya.

    Ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia secara amnya dibahagikan kepada 3:

    1. Bala

    Bala ialah bencana yang diturunkan oleh Allah kepada orang-orang kafir ataupun orang-orang Islam yang melakukan maksiat yang besar.

    Contoh bala yang diturunkan kepada kaum musyrik yang terdahulu ialah bala banjir besar yang diturunkan kepada kaum Nabi Nuh AS, bala ditelan oleh air laut yang diberikan kepada Fir’aun dan pengikutnya, bala ditelan bumi yang dialami oleh Qarun dan sebagainya.

    Ada 15 bentuk maksiat yang akan mengundang bala daripada Allah swt seperti yang dinyatakan di dalam hadith dibawah:

    Maksud hadis :
    “Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
    “Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

    1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

    2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

    3. Zakat dijadikan hutang.

    4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

    5. Anak derhaka kepada ibunya.

    6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

    7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

    8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

    9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

    10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

    11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

    12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

    13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

    14. Muzik banyak dimainkan.

    15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain.” H.R. Tarmizi.

    Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

     

    2. Kaffarah – balasan dunia yang dikenakan kepada orang baik (mukmin) yang terlanjur melakukan dosa kerana mengikut ikut hawa nafsu.

    Balasan ini mereka terima untuk menebus dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Mereka ditimpa seksa di dunia namun mereka akan terlepas daripada siksa akhirat di atas dosa tersebut.

    Ini sebenarnya adalah ebih baik kerana siksa di dunia amatlah ringan jika hendh dibandingkan dengan siksa di akhirat.

    3. Ibtila’ – balasan ataupun ujian yang dikenakan kepada orang-orang yang soleh untuk meninggikan darjat keimanan mereka. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada orang-orang yang soleh.

    Dengan Ibtila’ ini, seorang hamba yang soleh akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda seperti pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.

    Contoh Ibtila’ ialah musibah yang ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi, siddiqin, syuhada’ dan solehin.
    Musibah kepada org Islam adalah hikmah. Jika mereka sedar akan musibah yang dikenakan terhadap mereka itu adalah ujian daripada Allah semata-mata yang mana setiap sesuatunya terbentang hikmah samada kita sedar atau tidak.

    Maka, redha adalah sebaik-baik tindakan ketika menghadapi musibah. Redha terhadap ujian Allah akan mengundang redha Allah jua. Redha dengan musibah akan menjadikan kita hamba yang semakin dekat dan akrab dengan Allah.

    Bila kita berputus asa dan benci dengan ujian daripada Allah, maka sebenarnya itu adalah tanda yang kita tidak kenal Allah.

    Cara hadapi musibah:

    1. Mantapkan keyakinan diri bahawa ianya adalah ujian daripada Allah. Allah duga kita kerana Allah sayang kepada kita.
    2. Sabar. Banyakkan zikir dan mengingati Allah. InsyaAllah dengan kesabaran tersebut ia akan mengubah musibah kepada kebaikan.
    3. Banyakkan doa. Mengadu dan merayulah kepada Allah tentang musibah yang dikenakan keatas kita. Sesungguhnya Allah suka rintihan dan doa daripada hambaNya.
    4. Segera bertaubat. Muhasabah diri terhadap dosa yang telah kita lakukan dan beristighfar banyak-banyak. Azamkan di dalam diri bahawa kita tidak akan melakukakan lagi dosa tersebut di masa akan datang.

     

    Latest articles

    Related articles

    11 Comments

    Leave a Reply to azwan Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge