UPSR Hanya Sekali, Apa Salahnya Cuti

calon UPSR 2015 Sek Keb Bukit Jelutong

calon UPSR 2015 Sek Keb Bukit Jelutong

Hari ini 8 september. Hari pertama anak sulung aku Muhammad Iqbal Raaziq berjuang dalam peperiksaan UPSR nya. Setelah bertungkus lumus belajar siang dan malam untuk persediaan menghadapi peperiksaan penting pertama dalam hidupnya.

Aku pasrah. Apa jua keputusan yang bakal dijulang oleh Iqbal nanti aku terima dengan redha. Segala usaha, masa, tenaga dan doa telah ditumpukan seluruhnya kepada peperiksaan ini. Amalan dan doa semasa anak menghadapi peperiksaan ini juga telah diamalkan. Jadi, Apa lagi yang kita sebagai manusia biasa ini boleh buat selain daripada bertawakkal menyerahkan segala urusan kepada yang maha merancang.

Sedang menunggu untuk masuk dewan peperiksaan

Sedang menunggu untuk masuk dewan peperiksaan

Perancangan aku dan isteri, jika iqbal cemerlang dalam peperiksaan ini dan peperiksaan PSRA nanti, aku ingin masukkan beliau ke sekolah yang mengimbangi pendidikan sains dan agama seperti penekanan kepada hafazan Alquran.

Beberapa sekolah yang aku dapati menerapkan konsep ini telah di senarai pendek. MRSM ulul Albab, sekolah Imtiyaz di negeri Terengganu dan sekolah intergrasi sains di Alam Impian Selangor antara yang berada di dalam senarai.

Sepanjang peperiksaan ini yang berlangsung selama 3 hari bermula hari hinggalah hari Khamis ini, aku akan berada di sekolah rendah bukit jelutong ini menghantar dan menunggu beliau menghabiskan perjuangan kertas-kertas peperiksaan.

pengarah pendidikan negeri selangor turut datang memberi semangat

pengarah pendidikan negeri selangor turut datang memberi semangat

Segala pesanan guru kepada murid yang berkumpul dibdewan bawah sebelum dan selepas peperiksaan turut aku hadamkan.

Sambil menunggu dapat juga aku mengamalkan amalan-amalan yang ibubapa disarankan buat sewaktu anak-anak di dewan peperiksaan.

mantan pengetua yang baru bersara pun datang untuk memberi motivasi kepada murid

mantan pengetua yang baru bersara pun datang untuk memberi motivasi kepada murid

Di waktu terluang ini juga dapatlah aku mengemaskinikan blog aku dan mencari idea-idea penulisan yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Sesuai dengan tagline blog aku “ilmu biarlah bermanfaat”, aku amat berharap apa-apa yang aku sampaikan akan memberi manfaat kepada semua.

Aku mahukan imbuhan akhirat yang dijanjikan hasil daripada ilmu yang aku sampaikan tersebut dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Dek kerana masa yang ada sempat juga aku postkan beberapa gambar “moment” anak-anak dan guru-guru sewaktu berkumpul di dewan sebelum dan selepas peperiksaan.

Ada yang bertanya, kenapa aku sanggup tunggu anak sampai macam ni sekali. Jawapan aku senang. Ia adalah “moment” yang aku tak akan jumpa lagi di dalam hidup aku.

Anak aku melalui UPSR hanya sekali. Apa salahnya aku bagi moral support sebegini. Jika terlepas moment ini, takkan ada lagi di masa akan datang.

Lagipun inilah antara sebab mengapa aku berhenti kerja 10 tahun yang lalu dan memilih kerjaya UTC sebagai punca pendapatan aku. Kebebasan masa dan kewangan yang aku cari.

Aku bebas menentukan masa kerja dan cuti aku sendiri. Aku tidak terikat dengan 9-5 punya kerja. Aku tiada punch card. Jadi banyak benda yang aku boleh buat. Salah satunya adalah menyempatkan diri di situasi seperti ini.

Aku juga bebas menulis blog, menghadiri event jemputan dan sebagainya.

Alhamdulillah. Setakat ini aku bersyukur dengan kerjaya yang aku pilih.

Semoga Iqbal dapat mengharungi peperiksaan ini dengan tenang dan menjawab soalan-soalan dengan cemerlang. Moga harapan kami dan harapannya untuk menjadi profesional yang menghafaz AlQuran secara penuh akan dapat digapai kelak.

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: