gambar-orang-hisap-vape

Vape Ada Dadah Sebenarnya…?

gambar-orang-hisap-vape

Haaaa mesti ramai yang marah dengan tajuk aku ni. Terutama para peminat vape. Minta maaf. Aku awal-awal lagi minta maaf…

Aku baru terima mesej whatsapp tentang vape ni. Sangat menarik untuk difikirkan. Dan terus terang aku katakan bahawa aku tak buat kajian pun tentang fakta di dalam mesej whatsapp ini. Entah betul entahkan tidak. Cuma aku terpanggil menyiarkan entri ini sebab ia sesuatu yang menarik untuk difikirkan.

Jika benar memang parah la… Jika tidak Alhamdulillah!

Aku sendiri memang setuju dengan pihak ulamak dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengambil keputusan mengatakan bahawa hukum bagi perbuatan hisap vape adalah haram. Malah pengaharaman rokok juga aku setuju. Pada aku, jika para uamak sudah sebulat suara menyatakan pendirian tersebut, pasti ada keburukan yang besar di belakangnya.

Aku tidak merosok. Eh, aku perokok di suatu ketika dahulu, tetapi aku berjaya berhenti sehingga sekarang. Pengalaman merokok pernah aku kongsikan dalam entri terdahulu.

Ini mesej whatsapp yang aku maksudkan:

Ramai yang marah dengan tindakan kerajaan Malaysia menyita vape dua hari lepas. Saya pun pada mulanya marah juga sebab saya juga banyak kawan yang bisnes vape. Jadi saya bertanya kepada seorang pegawai kanan polis yang berpangkat juga dan beliau menerangkan bahawa ada sebab kerajaan bertindak begitu tegas dengan penjual vape.

Beliau telah share beberapa artikel dari berita antara bangsa yang mengejutkan saya. Tak sangka vape ini juga di gunakan sindiket dadah antara bangsa untuk mengedar dadah sintetik. Rupa rupanya teknologi vape ini juga boleh di gunakan untuk vape dadah sintetik seperti ganja sintetik, meth(ice) sintetik dan pelbagai dadah sintetik yang jauh lebih ketagih dan merbahaya kepada pengunanya.

Tambahan pula asap vape yang mengandungi dadah ini juga akan menyebabkan mereka yang berada di sekeliling juga mendapat kesan high dadah itu dan lama kelamaan menjadi sakit dan ketagih dadah.

Cloud 9 adalah antara dadah yang dikesan dalam pernggunaan vape

Cloud 9 adalah antara dadah yang dikesan dalam pernggunaan vape

Pekara inilah yang cuba di sembunyikan penjual vape yang mengaut keuntungan berganda dengan menjual liquid vape spesial yang mengandungi dadah sintetik. Sebotol dadah sintetik berharga RM 400 ke 1500 bergantung jenis dadah dan kekuatannya. Margin keuntungan untuk pengedar adalah dalam 50 ke 70 peratus yang sangat lumayan.

Dadah sintetik juga sukar dikesan oleh pihak polis sebab ianya tidak ada apa apa bau atau lain lain yang sama dengan dadah tradisional.

Cthnya jika menghisap dadah vape ice, tiada bau biasa yang di kaitkan dengan aktiviti menghisap dadah ice. Anjing narkotik juga tidak boleh mengesan dadah dalam vape ini kerana molekulnya sangat berlainan dengan dadah tradisi.

Sila rujuk kepada sumber ini untuk mendapat kesahihan. Sumber CNN dari USA.

Vaping Abuse

dan

vaping of new synthetic drugs poses new threat

Kononnya modernisation. Tapi sebenarnya menuju kemusnahan.

Komen Sohoque

peralatan vape

peralatan vape

Jika benar vape ada mengandungi dadah, ia perlulah diharamkan secepat mungkin. Makin lama dibiarkan makin punah muda mudi. Aku geli tengok perempuan hisap vape dan semburkan merata-rata. Sorry jika anda terasa. Anda bebas membuat apa yang anda suka. BEgitu jugalah aku, bebas nak rasa apa yang aku rasa.

Moga isu vape ini akan menemui jalan penyelesaiannya dengan bijak dan cepat. Banyak lagi isu besar negara yang perlu kita fikirkan. Ringgit dan ekonomi kita yang terjejas perlu diberi perhatian. Kenaikan tol dan lain-lain yang terpaksa rakyat hadapi perlu di tangani. Itu lebih utama pada aku.

Akan ada orang yang akan cakap:

“Bro, dah tau kos semakin meningkat, pepandai la cari income tambahan. Jangan nak harap income datang bergolek. Kita yang perlu ambil inisiatif. Barulah maju. Jangan duk asyikk komplen jer.”

Ya, aku setuju. Dan aku dah jelaskan pasal pendirian ini dalam entri aku dulu tetang Tips Cliche Bagaimana Nak Hadapi Kenaikan Harga Minyak

Hmmmm.. apa pendapat anda. Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah!

p/s:

ada orang yang berjaya berhenti merokok dengan formulanya sendiri. Di bawah adalah pengalaman dan cara seseorang berhenti yang berjaya berhenti merokok dengannya. Klik banner

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: