cara iklan untuk SME

Video Brosur – Cara Pengiklanan Alaf Baru Untuk SME

Macam-macam cara kita dapat lihat orang mengiklankan produk dan servis mereka. Cara pengiklanan ini juga sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut arus perkembangan dan perubahan teknology.

Sedikit masa dahulu peniaga menggunakan video pendek untuk memberitahu bakal pelanggan mereka tentang syarikat dan produk serta servis yang mereka tawarkan. Cuma mereka mengalami sedikit kesukaran untuk menyebarkan video dek kerana tiadanya medium penyebaran video seperti sekarang.

Yang paling digemari dan menjadi pilihan untuk pengiklanan ialah iklan di television. Cara ini agak mahal dan hanya syarikat yang besar dan mempunyai bajet yang tinggi sahaja yang sanggup menggunakan cara ini.

Syarikat yang lebih kecil ataupun kita panggil syarikat kecil dan sederhana (IKS ataupun SME) yang rata-rata mempunyai bajet yang rendah untuk pengiklanan hanya menggunakan cara yang biasa iaitu brochure ataupun brosur (di bahasa melayukan).

Namun kini, seiring dengan pertumbuhan pesat dan sambutan yang hangat media sosial, revolusi pengiklanan berubah lagi. Trend menggunakan media sosial dalam kehidupan telah membawa arus perubahan yang besar di dalam industri pengiklanan.

Kini muncul satu cara baru dalam pengiklanan iaitu Video Brosur (VB).

cara iklan untuk SME

Video Brosur SME

VB ini diilhamkan oleh Bleu Nagas, sebuah syarikat penerbitan filem dan iklan. Mempunyai sebuah studio di Bangsar, Syarikat sebelum ini telah berjaya menghasilkan sebuah drama bersiri yang diminati kanak-kanak iaitu Planet Kiara. Mereka telah berjaya menghasilkan Planet Kiara musim 1 dan 2 yang telah dan sedang ditayangkan di TV9. Kini syarikat tersebut sedang merancang untuk menerbitkan Planet Kiara 3.

penerbit drama bersiri Planet Kiara 1 dan 2

Bleu Nagas, syarikat yang sedang meningkat naik

Apakah VB untuk SME?

Ia adalah alat pemasaran yang disasarkan untuk usahawan serta syarikat kecil dan sederhana (SME) pada harga yang berpatutan. VB menukar cara pengiklanan lama yang agak membosankan iaitu menggunakan risalah (brosur) yang dicetak kepada video pendek yang menarik.

Bukan itu sahaja . VB menyediakan pembentang video profesional (presenter) untuk membuat persembahan yang cukup meyakinkan dan berbincang secara tidak langsung dengan bakal pelanggan dalam video. Dengan presenter yang professional ini, VB menjadi jauh lebih menarik dan interaktif, bukannya hanya membaca teks.

pembentang video brosur

Presenter Video Brosur

VB datang dalam 3 pakej:

  • VB1 ialah 30 saat video,
  • VB 2 adalah 3 minit video
  • VB3 adalah video 5 minit.

Sebuah video yang baik akan mewujudkan hubungan yang kuat dan menguntungkan sekaligus menguatkan hubungan antara prospek, pelanggan dan syarikat yang menyediakan VB.

Kelebihan VB ini ialah antaranya, ia akan mempercepatkan proses prospek klien membuat keputusan membeli. Ia boleh menukarkan seseorang yang masih dalam peringkat ragu-ragu tentang produk ataupun servis yang ditawarkan kepada peringkat yang seterusnya iaitu keputusan untuk membeli.

VB adalah video pemasaran untuk semua orang. Misi mereka adalah untuk membantu pelanggan terutama daripada syarikat SME dalam membuat pemasaran agar memudahkan proses pengiklanan mereka.

Mereka percaya bahawa VB adalah satu penyelesaian yang inovatif untuk mengurangkan kos anda dalam pengiklanan serta promosi. Ia adalah pilihan yang terbaik untuk menyebarkan idea anda kepada massa melalui internet.

Mereka memudahkan proses pengeluaran rumit untuk membuat ia mudah dan telus untuk pelanggan mereka.

Laman VB dan Media Sosial :

20 comments

  1. Berlakon Video Brosur Bukan Bidang Aku | sohoque.com 30 October, 2013 at 12:36 Reply

    […] Video untuk pengiklanan alaf baru tersebut dinamakan Video Brosur (VB). Ia adalah satu video yang dihasilkan dengan begitu menarik dan interaktif. Biasanya VB ini mengguna pakai khidmat presenter. Presenter yang dipilih ini mempunyai skill komunikasi yang hebat sehinggakan apa yang dipersembahkannya di dalam VB tersebut nampak seperti beliau mempersembahkannya betul-betul dihadapan kita. […]

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: