kiswah ataupun kelambu kaabah sedang diijahit

Video Kiswah Kaabah Sedang Ditukar

kelambu atau kiswah kaabah sedang ditukar

gambar kiswah kaabah sedang ditukar

14 Oktober 2013 bersamaan 9 Zulhijjah 1434 H

Hari penuh bersejarah , Kiswah kaabah ditukar!

Kiswah adalah kain yang menutupi Kaabah di Masjidil Haram, Makkah, Saudi Arabia. Kain ini biasanya ditukar pada setiap tahun pada 9 Dzulhijjah, hari ketika jamaah haji berjalan ke Bukit Arafah pada musim Haji.

Nama kiswah dalam bahasa Arab bererti ‘selubung’ (kain yang dikenakan pada peti) dan seasal dengan kata kisui dalam bahasa Ibrani.

Setiap tahun, kiswah lama diangkat, dipotong-potong menjadi beberapa bahagian kecil dan dihadiahkan kepada beberapa orang ternama, pejabat Muslim asing yang ada di Makkah dan organisasi asing seperti kedutaan dan sebagainya. Ada di antara mereka turut bertukar sebagai suvenir Haji.

Pada masa dahulu Khalifah Umar bin Al-Khattab memotong-motong kain ini dan membahagi-bahagikannya kepada para jamaah yang hendak menggunakannya sebagai pelindung dari panasnya suhu kota Makkah.

Biaya pembuatan kiswah ini adalah sekitar SR17,000,000. Kain ini memiliki luas 658m2 dan terbuat dari sutera seberat 670kg. Jahitannya terdiri dari benang emas seberat 15 kg.

Kain ini terdiri dari 47 bahagian kain dan setiap bahagian kain ini memiliki panjang 14m dan lebar 101m. Kiswah dipasang mengelilingi Kaabah dan direkatkan ke tanah menggunakan cincin tembaga jahitan ayat-ayat Quran yang biasanya dirancang secara manual. Namun sekarang proses ini dibantu oleh komputer yang mempercepat masa pembuatan kain ini.

kiswah ataupun kelambu kaabah sedang diijahit

kiswah ataupun kelamabu kaabah sedang dijahit secara manual

Saksikan video kiswah yang sedang ditukar:

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: