Upin dan Ipin

Video Lawatan Blogger Ke Les’ Copaque

Upin dan Ipin

Upin dan Ipin

Ingat tak entri Upin dan Ipin Bukan Sekadar Watak Kartun Di Layar TV di blog ni sedikit masa dahulu?

Lawatan ini sebenarnya memang membuka minda aku yang sudah sememangnya kagum dengan team Les’ Copaque ni. Kejayaan syarikat 100% bumiputera ini telah membuka mata masyarakat Malaysia malah masyarakat dunia juga tentang keupayaan anak tempatan menghasilkan bukan sahaja cerita animasi yang menarik malah membina empayar bisnes bertumpukan watak kartun Upin dan Ipin.

gambar kru upin ipin

bloggers bersama kru Upin Ipin

Kebanggaan aku pernah dinukilkan di entri “Bangga Aku Dengan Les’ Copaque”. Siapa terfikir bahawa syarikat ini mempunyai perancangan yang begitu rapi untuk mengembang dan mengukuhkan jenamanya bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga. Impiannya untuk mempunyai taman temanya yang tersendiri hampir menjadi kenyataan. Tunggu pihak ketiga untuk menyuntik pelaburan sahaja untuk meneruskan projek ini.

gambar taman tema upin ipin

pelan taman tema upin ipin sudah siap

Di Indonesia, Upin dan Ipin sudah menjadi kegilaan. Di Jepun Upin Ipin sudah memasuki pasaran sehingga syarikat yang menerbitkan Ultraman sudah menunjukkan kesudian untuk berkerjasama dengan syarikat** ini. Begitu juga di Turki dan banyak lagi negara lain.

Moga Les’ Copaque akan terus maju dengan perancangan dan penghasilan karya yang bermutu. Syabas Les’ Copaque.

Oh ya. Inilah video yang sempat dirakamkan oleh syarikat ini sewaktu lawatan blogger ke sana:

16 comments

  1. Kaio 11 July, 2014 at 13:59 Reply

    Siri animasi upin ipin ni memang satu penjenamaan yang baik untuk sektor animasi Malaysia. Ternyata pemilik syarikat berjaya membawa jenama Upin Ipin ini berkembang ke seluruh nusantara. Sampaikan ke negara jiran kita Indonesia pun mengenali Upin Ipin. Pernah dulu bawak pelancong dari Indonesia mereka yang kenal Upin Ipin lebih dari kita! haha!

    Tetapi kalau nak tahu, team animasi terawal yang menaikan Upin Ipin ini pun dah lama tinggalkan les copaque dan buat company baru serta menghasilkan siri animasi mereka sendiri.

    Btw, Salam kenal. Jemputlah singgah blog ye.
    Kaio recently posted..Iftar Ramadhan eWana.Fm di Pak John Steamboat Bersama Bloggers (VIDEO)My Profile

    • sohoque 11 July, 2014 at 15:36 Reply

      team yang keluar tu sy pun tahu. ada diceritakan.. tak per lah. itu hal lain. moga mereka semua menempa kejayaan di dalam bidang animasi..

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: