More

    Wajibkah Kata Kunci dimasukkan di dalam tajuk entri untuk kuatkan SEO

    Ko memang tak ajar student ko supaya letak keywords (katakunci) kat tajuk ek?

    Boleh ke entri tu naik kalau kat tajuk pun tak ada keywords?

    Tu adalah antara pertanyaan rakan-rakan otai blogger (beberapa orang saja, bukan semua) apabila nampak ataupun terbaca entri aku ataupun entri rakan blogger yang pernah mengikuti kelas blog dengan aku apabila mendapati ada di antara entri yang kami tidak masukkan pun keyword pada tajuk.

    tiada keywords “ekzema pada bayi” dalam entri

    Salah satunya mungkin diorang terbaca pada entri Bedak Asmak aku sebelum ini yang tiada keywords: “ekzema pada bayi” yang aku letakkan di tajuk utama entri aku.

    Jawapan aku… keywords pada tajuk adalah salah satu faktor untuk menguatkan SEO sesuatu entri. Tapi ianya bukanlah satu kewajipan. Kalau ada… bagus!. Mungkin elemen SEO entri tu akan bertambah kuat. Tapi ini bukanlah bermakna tanpa keywords di tajuk entri, entri tu tak boleh ranking dalam search engine.

    Hahaha.. Pendapat aku ni mungkin lain daripada otai-otai blogger. Tapi ia tidak salah. Banyak yang dah aku buktikan. Baca lagi untuk penerangan lanjut….

    Ada lebih 300 faktor yang diambil kira. 300 lebih faktor ni aku sahkan masa perjumpaan dengan Wilfred Halim (Google Singapore) 4-5 tahun lepas. Lepas tu ada banyak lagi perubahan yang dibuat oleh Google dari masa ke semasa untuk memantapkan search enginenya yang pastinya lebih mengutamakan kepentingan pembaca.

    Maksudnya jika sesuatu entri itu lebih bermakna dan menyenangkan pembaca serta memberi manfaat kepada pembaca, entri itu lebih disukai oleh google untuk diangkat ke ranking lebih tinggi dalam search engine.

    Jadi walaupun tanpa keywords pada tajuk, boleh jer entri tu duduk kat page pertama enjin carian. Tambah lagi keywords tu bukanlah keywords panas yang sentiasa dicari pengguna google.

    SEO WordPress

    SEO untuk wordpress ni lebih istimewa. Tajuk sebenarnya ada dua tempat. Satu tajuk (H1) di atas entri. Satu lagi tajuk pada plugin (AIO SEO atau Yoast) yang bertujuan untuk diindex juga oleh google.

    Pada aku tajuk H1 di atas entri lebih baik dibuat dengan copy writing yang lebih catchy untuk menarik perhatian pembaca untuk klik dan baca entri kita.

    Manakala tajuk di ruangan plugin lebih kepada tajuk yang mengandungi keywords untuk diindex oleh enjin carian. Ini pada aku adalah satu keistimewaan yang besar yang tiada pada platform Blogger/blogspot.

    Sebab tu kadang-kadang jika pembaca klik baca entri tu, tajuk entri tiada langsung sebut pasal keywords tu tetapi entri tu tetap dijumpai oleh pembaca kerana ia timbul di page pertama google.

    Itulah tujuan utama kita kan.. kita nak orang jumpa entri kita di page pertama. Barulah orang tau ada entri kita tentang sesuatu perkara yang pembaca cari tu.

    Keyword naik dengan Tag

    Satu lagi keistimewaan wordpress ialah ia ada tag yang berfungsi sebagai salah satu cara untuk naikkan keywords. Kadang-kadang disebabkan keywords tiada di tajuk utama entri, enjin carian akan membaca (mengindex) tag yang ada keywords tersebut.

    Ini adalah contohnya. Jika pembaca mencari dan menaip keywords : “nasi dagang paling best Kuala Terengganu” entri ini akan keluar di page pertama. Padahal kat tajuk utama entri tajuknya ialah: NASI DAGANG SUDUT SELERA KAK PAH MEMANG SEDAP. Tiada langsung keywords yang dicari dalam tajuk utama entri!

    keywords ranking dengan tag walaupun ianya tiada di tajuk utama

    Tapi ini semua kita kena buat dengan sedikit setting di plugin SEO yang kita pakai.

    Jadi jangan ingat walaupun entri tiada keywords pada tajuk entri tak boleh naik yer…!

    P/s: Kalau nak mendalami ilmu pasal wordpress boleh hubungi aku. Kelas (bersaiz kecil) diadakan pada setiap Sabtu pertama pada setiap bulan. Boleh rujuk website MYSC

    Latest articles

    Related articles

    25 Comments

      • kalau keyword yang lebih besar mungkin kalah sbb segala faktor seo diambil kira. sebab dalam statement saya, saya kata benda tu kalau buat bagus.. tapi ia bukanlah satu kemestian… harap paham maksud saya

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge