Wall Facebook Umpama Dinding Ratapan Agama Yahudi?

dinding ratapan Wall Facebook Umpama Dinding Ratapan Agama Yahudi?

Dinding ratapan orang yahudi

 

Ramai dikalangan kita menjadikan wall facebook sebagai tempat mengeluh, tempat melepaskan perasaan dan sebagainya. Namun tahukah anda apa makna “wall” tersebut. Maknanya dinding bukan? Habis tu kenapa dengan makna dinding?

Di dalam agama Yahudi ada satu dinding yang dipanggil Dinding Ratapan. Di dinding inilah penganut agama akan menangisi dosa-dosa yang telah mereka lakukan, meluahkan ratapan, pengharapan, kesedihan dan segalanya.

Habis tu apa kaitannya dengan Wall Facebook? Facebook ini dibuat oleh seorang yang berbangsa yahudi yang bernama Mark Zuckerberg. Jadi mungkin Wall (dinding) Facebook ini dan Dinding Ratapan itu mempunyai perkaitan…Inilah tujuan salah satu dakyah mereka melalui Facebook.

Mungkin telahan ini betul atau mungkin ianya juga salah. Namun tidak salah kalau kita sentiasa berwaspada dengan jarum halus puak yahudi. Allah berfirman:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan sersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”… sehingga penghabisan ayat – Al-Baqarah, 120

Tanpa kita sedari, sebenarnya kita lebih banyak mengadu masalah kita di Facebook. Kita lebih mengutamakan mengemaskini (update) status kita di Facebook daripada mengingati Allah dengan solat dan berzikir.

Jadi marilah kita sama-sama mengambil sikap berhati-hati takut perlakuan kita yang ini menyerupai kaum Yahudi. Sabda nabi SAW:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk di dlam golonganya” – (HR Abu Dawud, Ahmad)

Marilah kita sama-sama menukar trend daripada meletakkan status facebook kita dengan segala macam perasaan, keluhan, rintihan seperti mereka kepada tempat untuk kita memberi dan berkongsi ilmu serta nasihat menasihati kepada sesama kawan terutamanya yang beragama Islam.

Lagipun dengan meletakkan status sebegitu, ia akan mencermin diri kita yang bersifat negatif. Aura negatif ini akan meresap kepada kawan-kawan kita yang membaca status negatif kita. Keadaan ini amat tidak sihat untuk perjalanan hidup kita seharian.

Wallahua’lam.

1,381 total views, 4 views today

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam