aplikasi mantap

Wayang Pacak Kembali Dengan Starlight Cinema

aplikasi mantap

Aplikasi Samsung Galaxy Life

Dulu di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia, Wayang Pacak di adakan untuk memberi maklumat dan menyebarkan polisi kerajaan tentang keadaan pada masa itu yang masih dibelenggu dengan cengkaman komunis.

dulu wyang pacak adalah antara medium yng bgus untuk menyampaikan maklumt daripada kerajaan

dulu wyang pacak adalah antara medium yng bgus untuk menyampaikan maklumt daripada kerajaan

Selepas fahaman komunis dibersihkan beberapa tahun selepas itu Wayang ini masih ada ditayangkan di kampung-kampung cuma tujuannya hanyalah untuk hiburan penduduk setempat.

Semasa kecil aku pernah juga sekali dua mengikut ayah aku ke wayang ini. Diadakan di padang bola kampung aku, wayang ini memang mendapat sambutan daripada orang kampung. Ia juga membuka peluang kepada orang kampung untuk membuka perniagaan gerai jualan di padang bola tersebut. Ia di sekitar tahun 80-an.

Remaja sekarang aku rasa tak sempat kot merasai pengalaman menonton wayang ini. Namun usah risau. Kepada yang inginkan pengalaman ini, anda boleh datang ke Starlight Cinema di Bukit Kiara Equestrian‎ dan rasai pengalaman orang dulu-dulu tengok wayang.

aplikasi galaxy life di Samsung Note 8

aplikasi galaxy life di Samsung Note 8

Hanya bawa diri untuk menonton di sini. Oleh kerana ia adalah wayang terbuka di tengah-tengah padang, di bawah langit terbentang luas, anda boleh memilih tempat yang paling ideal pada pandangan anda. Untuk keselesaan bawalah sekurang tikar untuk lapik duduk ataupun untuk baring-baring. Nak lebih seronok bawa Bean Bag adalah idea yang bagus.

kelompok penonton yang mula memenuhi padang

kelompok penonton yang mula memenuhi padang

Sebenarnya Starlight Cinema (SC) ini bukan baru. Ia sudah ada sejak tahun 2003. Aku saja yang belum tau. SC semakin mendapat sambutan bagi peminat filem. Ia memberikan sesuatu pengalaman yang baru kepada penonton bilamana mereka akan menonton filem kegemaran di tempat lapang di bawah kerdipan bintang. Walaupun dibuat di tempat lapang, sistem bunyinya agak baik apabila ia menggunankan “surround sound system”. Skrinnya pula ialah skrin berbentuk smartphone Samsung setinggi 10 meter.

Yang menjadikan lebih menyeronokkan ialah terdapat banyak gerai-gerai yang mengambil bahagian semasa “event” sedang berjalan. Anda boleh mendapatkan pelbagai makanan dan minuman di gerai-gerai tersebut yang didirikan di tepi padang. Selain daripada gerai makanan dan minuman ada juga gerai aktiviti, gerai majalah dan sebagainya. Sambil menonton sambil makan-makan dan minum-minum bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Sangat seronok!

gerai-gerai makanan yang turut serta

gerai-gerai makanan yang turut serta

Aku sempat ke sini pada hari Sabtu baru-baru ini. Aku yang dari Shah Alam sedikit keliru di mana SC ini sebenarnya. Lantas aku melayari laman web Starlight Cinema dengan Samsung Galaxy Note 8 aku. Selepas memang senang kerja aku. Aku dibawa terus ke Bukit Kiara Equestrian Club. Dari situ hanya ikut papan tanda yang telah siap dipasang.

gambar peta harta karun

peta lokasi starlight cinema

Aku sampai hampir pukul 8 malam kerana singgah untuk solat maghrib terlebih dahulu. Pengunjung yang terdiri daripada peminat filem telah ramai memenuhi padang. Pintu masuk di sini telah dibuka sejak pukul 6 petang lagi. Kepada anda yang ingin ke sini anda di nasihatkan datang awal. Ini adalah kerana jika anda datang lewat seperti aku, parkir kereta yang berdekatan telah dipenuhi pengunjung yang datang awal. Aku terpaksa parkir agak jauh dan terpaksa menapak lebih kurang 400 meter untuk sampai ke pintu masuk.

pintu masuk kubu

pintu masuk strlight cinema

Ada 3 pintu masuk. Satu untuk masuk cara biasa iaitu beli tiket. Satu pintu untuk pengunjung yang datang dengan menggunakan tiket percuma daripada Samsung Galaxy Life App (aku akan cerita tentang ini di akhir entri ini) , dan satu lagi untuk yang datang menerusi cara yang lain.

pendaftaram masuk yang amat senang

pendaftaran masuk yang amat senang

redeem starlight cinema

redeem starlight cinema

Aku hanya tunjuk app Galaxy Life di smartphone aku telah redeem tiket SC ini untuk masuk. Melangkah sahaja aku ke tengah padang, takjub aku seketika melihat pemandangan di sana. Pengunjung duduk berkelompok bersama rakan-rakan dan keluarga masing-masing. Yang membawa tikar dan tilam, mereka siap berbaring dan berguling-guling lagi. Yang bawa bean bag kelihatan bersandar rileks.

selfie di starlight cinema

selfie di starlight cinema

Aku sempat ke gerai-gerai di tepi padang dan redeem makanan dan minuman. Ada gerai My Burger Lab, Pizza Hut, Burger Kaw dan lain-lain. Tak habis makan kalau cuba semua makanan-makanan tu.

gerai piza hut

Booth Samsung

Filem-Filem

Event SC ini bermula daripada 13 Jun – 21 Jun 2014. Berikut adalah filem dan hari tayangan:

1. WEEKEND DOUBLE FRIGHT NIGHT SPECIAL!
Friday 13th June 2014

filem hantu

Paranormal Activity
(The Marked Ones):
8pm – 9:45pm
&
The Conjuring
9.45pm – 12:00

2. WEEKEND TRIPLE COMEDY SPECIAL!
Sabtu 14 Jun 2014

Despicable Me  8pm - 9:50pm & Despicable Me 2 9:50pm - 11:45pm & The Internship 11:45pm - 1:45am

Despicable Me
8pm – 9:50pm
&
Despicable Me 2
9:50pm – 11:45pm
&
The Internship
11:45pm – 1:45am

3. WEEKEND MOVIE
Ahad 15 Jun 2014

caerita orang menari

The Sound of Music
8pm – 11:00pm

4. WEEKDAY MOVIE
Selasa 17 Jun 2014

Fast And Furious 6 8pm - 11:15pm

Fast And Furious 6
8pm – 11:15pm

5. WEEKDAY MOVIE
Rabu 18 Jun 2014

titnic

Titanic
8pm – 11:30pm

6. WEEKDAY MOVIE
Khamis 19 Jun 2014

world war Z

World War Z
8pm – 10:00pm

7. FRIDAY DOUBLE BLOCKBUSTER SPECIAL!
Jmaat 20 Jun 2014

filem superman dan batman

Pacific Rim
8pm – 10:30pm
&
Man of Steel
10:30pm – 1am

8. BATMAN TRILOGY SPECIAL!
Saturday 21st June 2014

batman trilogy

Batman Begins
8pm – 10:40pm
&
The Dark Knight
10:40pm – 1:30am
&
The Dark Knight Rises
1:30 – 4:15am

Harga Tiket

Harga tiket adalah seperti berikut:

Hari biasa: RM10
Hari Minggu: RM18

Tiket – tiket boleh didapati daripada:

1. www.AirAsiaRedtix.com

2. Rock Corner outlets:

The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2201 4893)

Mid Valley (TEL: 03 – 2201 1423)

KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)

Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)

3. Victoria Music outlets:

Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)

Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)

Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)

4. Penang outlets:

Artist Gallery, Gurney Plaza

Artist Gallery, Queensbay Mall

5. KL Live @ Life centre TEL: 03 – 2162 2570

6. Tune Store Low Yat Plaza

Istimewa untuk pengguna smartphone Samsung

Kepada pengguna smartphone Samsung (Versi Android 4.1 ke atas) anda boleh ke sini untuk menonton filem kegemaran anda secara percuma.

Caranya ialah muat turun aplikasi Samsung Galaxy Life di smartphoe anda dan redeem tiket melalui aplikasi tersebut. Dengan memiliki aplikasi ini anda bukan sahaja dapat redeem tiket wayang PERCUMA malah anda juga dapat menikmati pelbagai lagi tawaran yang menarik daripada hiburan, makanan, fesyen, games dan banyak lagi.

Malah sewaktu event pada hari Sabtu baru-baru ini aku dapat makan dengan sepuas hati di sana sambil melayan filem hanya dengan redeem melalui aplikasi tersebut. Satu sen pun aku tak keluarkan duit daripada poket aku.

tawaran lain di galaxy life

tawaran lain di galaxy life

Tak sangka banyak betul manfaat yang aku dapat dengan hanya memuat turun aplikasi ini. Aplikasi ini seperti passport kepada anda dengan tawaran eksklusif yang sesuai dengan apa saja gaya hidup anda.

Cara muat turun aplikasi Galaxy Life

Senang sahaja! Klik GALAXY LIFE dan muat turun. Ataupun terus Klik link ini: http://bit.ly/1lt6Yca supaya anda terus di bawa kepada aplikasi tersebut. Selepas siap muat turun aplikasi ini, anda akan dapati banyak tawaran-twaran yang diceritakan tadi di smartphone anda. Pilih dan redeem. Sesenang ABC. Selamat mencuba…!

Menonton wayang seperti SC ini adalah pengalaman baru untuk aku. Idea wayang pacak yang pernah popular suatu ketika dahulu yang diperbaharui dengan konsep yang sesuai dengan jiwa muda-mudi masa kini amat sesuai sekali untuk disertai. Harga tiket yang berpatutan, parkir PERCUMA, gerai makanan setempat, tontonan wayang di tempat terbuka, filem-filem tayangan box office dan lain-lain faktor lagi menjadikan SC semakin mendapat tempat di hati peminat filem.

Yang lebih penting ia memberi keistimewaan kepada pengguna smartphone Samsung dengan hanya memuat turun aplikasi Galaxy Life.

Muat turun aplikasi ini dengan segera dan jom tonton wayang pacak!!!

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: