logo piala dunia FIFA 2014

Widget Piala Dunia FIFA 2014

Piala Dunia FIFA 2014 medan bintang bola sepak tunjukkan kemahiran

Piala Dunia FIFA 2014 medan bintang bola sepak tunjukkan kemahiran

Piala Dunia FIFA adalah piala kejohanan bola sepak paling berprestij. Ia kembali lagi di tahun 2014 ini. Hampir semua bintang-bintang bola sepak yang bermain dengan kelab di serata dunia telah mewakili negara masing-masing. Ini bermakna hanya pemain terbaik yang menunjukkan aksi terbaik di peringkat kelab yang mereka wakili sahaja yang dipilih untuk bermain mewakili negara masing-masing.

Tidak seperti perlawanan kelab,  perlawanan di kejohanan ini agak sukar untuk diramal keputusannya. Pengalaman dan taktik memainkan peranan utama. Pagi tadi satu keputusan yang agak di luar dugaan telah berlaku di mana juara bertahan Sepanyol telah terkeluar awal daripada kejohanan. Pasukan ini telah kalah kedua-dua perlawanan menentang Belanda dan Chile. Walaupun berbaki satu lagi perlawanan menentang Australia, kalah atau menang memang tidak akan memberi apa-apa kelebihan kepada pasukan ini. Selamat tinggal Sepanyol…!

Oh ya.. ada satu widget yang menarik yang anda mesti install pada blog anda sempena kejohanan ini. Widget ini ialah widget Piala Dunia FIFA 2014. Aku mula perasan tentang widget ini apabila terbaca entri blogger otai tablemate aku di SBB 2014 yang lalu iaitu Abam Hasrul Hassan. Entrinya ” Keputusan FIFA 2014 World Cup ” menggerakkan hati aku untuk turut serta meletakkan widget ini di side bar blog aku.

contoh widget piala dunia 2014 di blog

widget keputusan terkini piala dunia FIFA 2014 di blog ini

Denaihati juga ada meletakkan widget keputusan terkini Piala Dunia FIFA 2014 ini. Cuma bezanya Hasrul Hassan menggunakan widget yang dibina sendiri menerusi laman web whatthescore.com. Manakala Denaihati pula menggunakan widget daripada FIFA.com.

contoh-widget-piala-dunia-2014-daripada-fifa.com

Widget piala dunia daripada fifa.com di blog Deanihati

Setelah meneliti kedua-duanya aku membuat keputusan untuk menggunakan widget daripada whatthescore.com. Sebabnya keputusannya adalah lebih komprehensif. Dan aku suka keputusan perlawanan yang komprehensif. Lagipun dengan widget daripada whatthescore.com kita boleh designkan widget mengikut citarasa kita. Manakala widget ini daripada fifa.com lebih ringkas.

widget-daripada-fifa.com

widget piala dunia daripada fifa.com lebih ringkas

Kenapa ya nak kena instal widget ni ?. Ini adalah sebab-sebabnya pada pandangan aku:

  1. Memeriahkan lagi musim piala dunia. Kejohanan ini diadakan 4 tahun sekali. Ia merupakan kejohanan paling berprestij di dalam dunia bola sepak. Jadi apa salahnya kalau nak install untuk suka-suka. Ya tak…?
  2. Senang untuk kita periksa keputusan terkini kejohanan ini, terutama jika kita terlepas perlawanan tersebut di kaca TV
  3. Senang untuk pembaca kita mengetahui keputusan terkini kejohanan ini. Ia seperti kita menyediakan kemudahan kepada pelawat blog kita yang datang melawat. Hanya datang ke blog kita, mereka akan lihat keputusan terkini terpampang di homepage kita.

Tutorial memasang widget Piala Dunia FIFA 2014

Untuk mencipta widget ini anda perlu ikut cara-cara di bawah:

    1. mendaftar di laman web whatthescore terlebih dahulu.
    2. Setelah berjaya mendaftar, login ke lawan web tersebut dan anda akan dapati ada seksyen webmaster zone di atas sebelah kanan page. Ia ada di bawah icon anda.
    3. Klik webmaster zone.
cari button webmaster zone di bawah icon anda di sebelah atas sebelah kanan

cari button webmaster zone di bawah icon anda di sebelah atas sebelah kanan

    1. Create new untuk membina widget yang baru.

      klik button create new untk memulakan design widget piala dunia 2014

      klik button create new untk memulakan design widget piala dunia 2014

    2. Pilih jenis widget yang anda kehendaki. Ikut arahan dan pilih saiz lebar dan panjang mengikut kesesuaian blog anda. Preview widget yang akan terhasil ada ditunjukkan disebelah kanan.
design sendiri widget piala dunia fifa 2014 anda

design sendiri widget piala dunia fifa 2014 anda

    1. Akhir sekali anda akan dapati kod widget sudah tersedia. Copy kod tersebut dan paste di blog anda.
    2. Siap. Satu Widget yang cool sudah tersedia di blog anda.

Lepas ada widget ini senang la nak tau keputusan terkini Piala Dunia. Senang la nak monitor score untuk Contest Piala Dunia 2014.

Loading blog jadi perlahan dengan widget ini?

Jawapan aku, entah la.. tak periksa pulak aku. Tapi bila dah install ni aku rasa macam tak ada perubahan sangat. Macam biasa je kot. Aku pernah tanya pasal ni kepada HH. Ni jawapan dia:

biasa jer. tak slow lah. Denaihati pun pakai widget piala dunia

Aku pulak terfikir, tak kesahlah perlahan sikit pun (kalau betul perlahan la). Tak lama pun. Saja nak memeriahkan musim World Cup. Lepas habis nanti buang la.. Oh ya.. Nanti nak install widget sempena bulan puasa juga.

Moga entri ini memberi manfaat kepada anda. Moga hidup anda di musim world cup ini lebih meriah dengan widget ini. Selamat install!!!

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: