Wrath Of The Titans Review

Komen aku: Mantap!!! walaupun ceritanya “tahyul” 🙄

Cerita ni adalah kesinambungan daripada cerita Clash Of The Titans (COTT). Siapa yang dah tengok part 1 (Clash of The Titans) dia akan lebih senang untuk follow the story. Clash of the Titans sebuah filem mitos Greek telah ditayangkan pada tahun 2010, mengisahkan Perseus, anak kepada dewa Zeus. Perseus adalah berdarah separuh dewa dan separuh manusia biasa.

Dalam filem COTT ini Perseus, dibantu oleh Pegasus, seekor kuda terbang telah membunuh Gorgon bernama Medusa yang mempunyai kuasa menukarkan benda bernyawa kepada batu jika memandang wajahnya. Kepala Medusa yang dibunuh inilah yang digunakan oleh Perseus untuk membunuh Kraken, Gergasi Laut yang dilepaskan oleh Hades. Ish penat jugak aku nak cerita ni. So layan trailer la senang:

http://youtu.be/fj2aDS7FSXo

So macamana? Boleh recall?

Dalam sequel kedua ini, Wrath of the Titans, kuasa dewa menjadi semakin berkurangan dan titans menjadi semakin kuat.

Sedekad selepas mengalahkan gergasi laut, Kraken, Persues telah mengambil keputusan untuk hidup dengan aman sebagai nelayan kampung bersama anaknya Helius yang berusia 10 tahun.

Sementara itu pertelingkahan antara Dewa-dewa dan Titans semakin meruncing. Kuasa dewa telah menjadi semakin lemah kerana kurangnya penyembahan manusia kepada dewa. Kuasa yang semakin lemah membuatkan hilangnya kawalan kepada Titans yang sedang dipenjarakan diketuai oleh Kronos.

Kronos adalah ayah kepada adik beradik dewa-dewa Zeus, Poseidon dan Hades. Mereka bertiga telah merancang menggulingkan dan memenjarakan ayah mereka Kronos di penjara gelap Tartarus. Penjara ini telah direka oleh dewa Hephaestus.

Perseus tidak dapat mengelak untuk menceburkan diri apabila Hades dan Ares telah membuat perjanjian dengan Kronos untuk menangkap Zeus. Titans menjadi semakin kuat kerana kini tinggal Zeus seorang sahaja yang belum berpaling tadah.

Untuk membebaskan Zeus di penjara Tartarus, Perseus telah dibantu oleh Agenor, anak kepada Posiedon, Queen Andromeda dan dewa Hephaestus yang mencipta penjara ini.

Dari sinilah journey dan plot bermula… Macamana penghabisan ceritanya? Korang kena la tengok sendiri.

Sementara itu saksikan trailer Wrath of the Titans:

Cerita ini dikategorikan sebagai PG13. Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun harus ditemani orang dewasa. Orang dewasa haruslah menyediakan jawapan-jawapan yang masuk akal untuk kanak 13 tahun kerana kita mungkin ditanya dengan soalan yang bertalu-talu. Tak boleh jawab sembarangan sebab cerita ni berkenaan dengan dewa atau tuhan orang Greek. Ianya memang bertentangan dengan kepercayaan agama kita yang suci. Jadi hati-menjawab soalan anak.

Ikuti juga posting pengalaman pertama aku di event Movie preview screening ini di sini.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: