2

10 Entri Paling Popular Bulan Ogos 2013

top 10 posts sohoque.com

10 entri terbaik bulan Ogos 2013 sohoque.com

Idea ini diilhamkan oleh Tok Penghulu Bloggers kita Tuan Denaihati. Bila aku fikir, bagus juga buat entri ni. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi panduan kepada pelawat-pelawat baru yang singgah di blog kita.

Selain daripada menu arkib di bahagian atas blog ini, entri ini boleh dijadikan pedoman untuk yang malas menjenguk arkib. Mereka mungkin ingin membaca entri yang menjadi pilihan ramai sahaja.

Entri seperti ini boleh dijadikan entri penutup pada setiap bulan sebenarnya. InsyaAllah, pada akhir setiap bulan aku akan cuba untuk memberi ringkasan entri yang paling popular sepanjang bulan itu.

Cuma sedikit masalahnya ialah entri yang paling popular susah untuk digugat. Ini bermakna berkemungkinan besar, 5 entri teratas adalah entri yang sama dengan dengan 5 entri yang teratas pada bulan yang sebelumnya. Cuma 5 entri terbawah sahaja yang mungkin bertukar-tukar.

Satu konklusi yang aku dapat buat. Semua entri aku ini bukan entri yang panas. Sebabnya aku jarang buat entri tentang perkara yang sedang hot diperkatakan. Hendak menulis isu semasa ini kita kena pantas menulis. Jika tidak berita sudah basi.

Dan aku tidak mampu untuk mencari berita panas setiap hari. Jadi aku jarang tulis tentang isu semasa yang panas.

Jadi pelawat baru yang datang ke blog aku terhasil daripada kata kunci organik.

Berikut adalah 10 entri yang paling popular di blog sohoque.com pada bulan Ogos:

1. Syiah; Mengapa Sesat

Entri ini membicarakan tentang kenapa Syiah ini bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Di dalamnya terkandung ajaran-ajaran syiah yang sukar untuk diterima akal.

Sebenarnya entri ini aku ambil daripada page facebook anti syiah. Aku olah sedikit dan terbitkan di blog aku. Aku sertakan sekali sumber page tersebut.

Entri ini menjadi entri paling popular setakat ini.

2. Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam

Entri ini juga bukan idea asal aku. Aku terjumpa di dalam perpustakaan Pakcik Google. Aku baca dan tertarik dengan isinya. Jadi aku kongsikan di blog sohoque.com untuk mendapat manfaat bersama dengan pembaca blog tersayang.

Ianya tentang kucing dan pandangan Islam terhadapnya. Bacalah.. sungguh menarik! Aku rasa ramai yang akan buat baik dengan kucing selepas membaca entri ini. Kerana berbuat dengan kucing adalah sunnah nabi.

3. Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Sempena Perkahwinan Kedua

Seperti biasa kalau bab poligami, mesti akan jadi panas punya. Inilah entri isu semasa yang sedang panas yang aku hasilkan dan terus mendapat tempat ketiga.

Pada masa entri ini diterbitkan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan isteri keduanya.

Di dalamnya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman menerangkan syarat-syarat dan adab pada pandangannya untuk membolehkan kita berpoligami.

4. Doa Dan Petua Mudah Bersalin

Ini lah kata kunci yang saban hari singgah di blog aku. Memang orang yang sedang membuat persediaan untuk melahirkan bayi mencari doa dan ptua mudah bersalin ini.

5. Hilangkan Stress Anda Dengan Amalkan Doa Ini

Entri ini pun dicari kerana kata kuncinya. Ramai rakyat Malaysia yang stress agaknya.

6. Tukar IC (Kad Pengenalan) Baru

Entri ini aku ceritakan pengalaman aku menukar ic lama kepada entri baru. Aku cerita sambil lewa je pun. Bukan bagi langkah-langkah pun. Tak sangka pula boleh masuk dalam 10 entri paling popular.

7. Membunuh Cicak Hukum Dan Hikmah Di Sebaliknya

Hukum membunuh cicak pun dicari pelawat. Masih aku teringat sebab aku buat entri. Masa tu memang aku lepas bunuh cicak yang bermaharajalela di rumah aku.

8. Kisah Syria – Mari Aku Tunjukkan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang membunuh Muslim Syria!

Entri ni aku ambil dari Facebook. Aku kongsikan di sini untuk perkongsian umum.

9. Cara Untuk Elak Disantau/di sihir Melalui Makanan

Kata kunci ini juga saban hari hinggap di blog aku.

10. Taman Tema Resort World Genting Akan Ditutup

Entri ini aku hasilkan selepas aku dijemput oleh Resort World Genting untuk membuat liputan tentang sidang akhbar penutupan taman temanya dan joint venture antara Resort World Genting dan 20th Fox Century.

Dalam 10 entri tu hanya  Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Sempena Perkahwinan Kedua dan Taman Tema Resort World Genting Akan Ditutup sahaja yang dihasilkan dalam bulan Ogos. Yang lain semuanya entri terdahulu.

Aku harap entri kalau aku kaya

aku termasuk dalam senarai. Jika masuk boleh la aku backlink kan ke entri kalau aku kaya Denaihati. Tapi belum masuk senarai lagi.

Perancangan selepas ini ialah aku akan edit semula entri yang kata kuncinya dicari setiap hari ke blog aku supaya menjadi lebih mantap. Harapannya supaya entri yang dicari itu dapat menjawab persoalan yang pelawat ingin tahu. Contohnya entri tentang tukar ic. Mungkin aku boleh tambah tokok langkah-langkah ataupun cara-cara menukar ic.

Wallahua’lam.

 

 

 

Show Comments

14 Comments

  1. anuar September 3, 2013
    • sohoque September 4, 2013
  2. onlajer September 3, 2013
    • sohoque September 3, 2013
  3. puanbee September 3, 2013
    • sohoque September 4, 2013
  4. Khairul Zamri September 3, 2013
  5. Adikensem September 3, 2013
  6. daddydee September 4, 2013
    • sohoque September 4, 2013
  7. AUC September 4, 2013
    • sohoque September 4, 2013
  8. Pingback: 10 entri popular Denaihati Ogos 2013 September 6, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: