10 Entri Paling Popular Bulan September 2013

kucing comel

Entri Kucing Dan Kedudukannya Dalam Islam menjadi entri paling popular di kalangan 10 entri paling popular sohoque.com pada bulan September 2013

Bulan ni agak lambat aku tulis entri ini. Sudah seminggu berlalu. Memang trend yang aku mulakan pada bulan lepas dengan tajuk 10 Entri Paling Popular Bulan Ogos 2013 ini akan aku buat pada setiap bulan.

Idea asal untuk menghasilkan 10 entri paling popular ini datang daripada blogger Denaihati yang turut menerbitkan entri 10 Entri Popular Denaihati September 2013.

Berikut adalah 10 entri yang paling mendapat sambutan ataupun popular pada bulan September 2013. Aku senaraikan dengan yang paling bawah dahulu:

10. Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan

Betul..! Nak mempunyai pendapatan 5 angka sebulan bukannya susah. Cuma nak cari bisnes yang betul-betul sesuai dengan kita dan kita suka kerja tu.

Yang paling penting ialah kita tau bagaimana cara untuk dapatkan pendapatan tersebut. Disiplin dan kerja yang bijak lebih penting daripada kerja kuat. Namun Jika kerja bijak dan usaha yang bersungguh-sungguh digabungkan berserta dengan pelan dan tindakan yang mantap, pastinya sasaran tadi dapat dicapai.

Cuma apabila berjaya mencapai sasaran jangan kita meninggi diri mengatakan itu semua usaha kita. Ingatlah bahawa kita mencapai sasaran tersebut hanya kerana Allah yang izinkan.

9. Adam AF 2 Pula Berhijrah

Entri ini mendapat sambutan mungkin kerana pada waktu ini sedang heboh tentang Adam AF 2 yang berkahwin dengan Fiza (Elite)

8. Berbuat Baik Kepada Isteri Adalah Sunnah Nabi

Entri ini mendapat sambutan kerana kata kunci organiknya. Setiap bulan akan ada yang mencari kata kunci ini. Kedudukannya mungkin tidak teratas dalam senarai entri popular sohoque.com tapi ia ada dicari.

7. Tukar IC (Kad Pengenalan) Baru

Entri ini juga seringkali menjadi popular di sohoque.com. Ia datang daripada kata kunci organiknya. Mungkin orang yang cari entri ini mencari cara-cara untuk menukar kad pengenalan baru kot.

InsyaAllah jika ada masa aku akan buat lagi entri pasal ini terutama tentang cara-cara bagaimana untuk tukar ic ataupun kad pengenalan baru.

6. Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Sempena Perkahwinan Kedua

Seperti biasa kalau bab poligami ni memang akan jadi pilihan ramai. Terutama orang lelaki.

5. Doa Dan Petua Mudah Bersalin

Kata kunci organik daripada entri ini menolong entri ini menduduki tempat ke 4. Memang entri ini akan dicari saban bulan, mungkin oleh pasangan yang sedang menunggu kelahiran anak.

4. Video Lucah Di Blog Sohoque.com

Tajuk yang agak panas. Aku buat enti ini sebab pada bulan lepas hampir setiap hari ada orang cari kata kunci lucah di blog sohoque.com. Ini berpunca daripada entri Melayu Boleh Maju Dalam Industri Unit Trust Dan Takaful yang aku tulis beberapa bulan sebelum itu. Aku tulis entri ni sebab nak tengok sejauh mana pengetahuan SEO pada masa itu.

3. Hilangkan Stress Anda Dengan Amalkan Doa Ini

Penyakit stress sudah menjadi biasa kepada orang-orang yang berkerja makan gaji yang terlalu tertekan untuk dapatkan hasil ataupun sasaran yang ditetapkan oleh syarikat. Kata kunci ini popular kerana orang mencari doa untuk diamalkan supaya mereka terhindar daripada parahnya penyakit stress ini.

2. Syiah; Mengapa Sesat

Kata kunci organik Syiah sesat ni memang selalu muncul di carian google. Syiah sudah difatwakan sesat dan tidak boleh diamalkan kerana ia bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

1. Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam

Entri ini amat menarik, mengandungi kata kunci organik yang dicari ramai. Ramai peminat kucing diluar sana kot.

Apa-apa pun terima kasih kepada pelawat dan pembaca yang sudi datang dan bertandang ke blog sohoque.com. Sila lah datang lagi ya. Buat la macam rumah sendiri.

16 Comments

  1. Hazmin Hamudin October 7, 2013
  2. akubiomed October 7, 2013
    • sohoque October 7, 2013
  3. blogger lelaki October 8, 2013
    • sohoque October 8, 2013
  4. blogger lelaki October 8, 2013
    • sohoque October 8, 2013
  5. hafiz October 8, 2013
    • sohoque October 8, 2013
  6. papa mifz October 8, 2013
    • sohoque October 8, 2013
  7. hafizmd October 9, 2013
  8. sensasi2020 October 11, 2013
    • sohoque October 12, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: