6 sebab kenapa Sentai akan jadi tempat tumpuan orang ramai selepas ini

5
279

Jika korang follow Facebook dan Istagram aku (yang belum follow boleh follow IG Sohoque cepat.. hehehe), korang berkemungkinan besar akan tengok gambar-gambar peralatan dapur yang aku pos dengan meriahnya hari Sabtu lepas.

Justeru, banyak aku terima soalan kat FB/IG dan ada yang PM terus pada aku tanya kat mana kedai tu? Yang mana sempat jawab aku dah jawab semua soalan tu. Harap berpuashati dengan jawapan ringkas aku.. Nak jawapan yang details, boleh baca entri pulak..!

So sekarang aku cerita lagi secara panjang lebar sikit kat blog ni. Kat sini boleh berleter panjang sikit. Tak der orang nak marah.. Sebab tu la pun objektif aku bukak blog ni..

Sentai Sdn Bhd (Sentai)

Ok.. Sentai ni adalah satu syarikat yang menyediakan dan menjual peralatan dapur dalam kuantiti yang banyak dan juga kuantiti yang sedikit. Maknanya tuan punya restoran, cafe, hotel, homestay dan juga orang perseorangan yang sedang mencari peralatan dapur yang terkini, sangat sesuai datang sini.

Kategori produknya termasuklah: Tableware, Glassware, Buffetware, Barware, Chinaware, Professional Cookware, Chinese Kitchenware, Pisau, Crockery, Food Processing Machinery, GN Pan pelbagai jenis barangan dapur lagi.

Sentai ditubuhkan pada tahun 2015. Cawangan kedai yang aku pergi Sabtu bebaru ni adalah cawangan ke 3 dan terbaru mereka di Malaysia tercinta ni. Ibu pejabat mereka terletak di Jalan Kebun Teh, Taman Majidee Johor Bahru. Manakala cawangan pertama mereka ialah di Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

Cawangan di Lembah Kelang dibuka di SS2 Petaling Jaya sejak 3 bulan yang lepas. Kat sinilah yang aku pergi tempohari.

Nama sentai sebenarnya dah dikenali di dalam industri F&B. Kalau di Johor pelanggannya terdiri daripada syarikat dan hotel-hotel besar. Antara pelanggan Sentai adalah Legoland, Hotel Jen, Thistle, Sand & Sandals, Lavender, Vivo dan banyak lagi.

Sasaran utama Sentai adalah tuan punya restoran, cafe, hotel dan yang sewaktu dengannya. Sebabnya pelanggan jenis ini akan membeli dalam kuantiti yang lebih banyak. Dengan itu mereka akan dapat penjimatan serta diskaun yang lebih banyak berbanding dengan pembeli individu yang membeli dalam kuantiti yang sedikit.

Namun Acik-acik dan akak-akak usah bimbang. Anda juga amat dialu-alukan di sini. Sebabnya tanpa sokongan anda juga.. siapalah mereka.. Ya tak?

Range barangan

Kat sini, memang banyak range peralatan dapur yang dipamerkan. Ada barangan yang korang tak terfikir pun ada dijual dan dipamerkan kat sini. Daripada pinggan mangkuk, sudu, lesung batu, batu giling sehinggalah kepada kasut anti slip khas untuk dipakai di dapur ada dijual di sini.

Selain itu range barangan untuk Outlet F&B seperti tableware, barware, glassware, kitchenware, food machine, oven, buffetware, pisau dan lain-lain yang sewaktu dengannya juga ada di sini.

Banyak.. Memang banyak barang-barang keperluan dapur kat sini. Pendek kata sebut jer nak apa, InsyaAllah ada..

 

Ok terus terang aku cakap.. aku memang impress dengan sentai ni. Sebabnya selain daripada range peralatan yang banyak tu, barang-barangnya juga berkualiti. Korang pilih jer yang mana sesuai dengan selera korang dari segi design dan harga.

Ni aku cuba ringkaskan 10 sebab kenapa Sentai ni korang kena datang untuk mendapatkan baranagn keperluan dapur korang

1. Harga yang berpatutan

Walaupun range barangan banyak kat sini, dan ada yang diimport daripada luar negara seperti dari Itali dan Taiwan, namun harga yang ditawarkan masih lagi dalam kategori harga patut. Tak der mahal sangat dan memang berbaloi dengan kualiti yang ditayangkan

2. Barangan berkualiti

Kalau nak bandingkan dengan sesetengah tempat yang menjual barangan dapur, kualiti barangan kat sini memang lebih bagus. Jika korang nak beli sudip ataupun penyepit pasta tu misalnya, kat sini memang terbaik.. material stainless steel dan padat. Tak macam tempat lain yang aku tengok sebelum ni. Dah la tepi dia tu tajam bergerigis semacam, besinya pun tak solid.

3. Tempat hentian setempat (One-Stop Center) untuk barang keperluan dapur

Kat sini sangat banyak barang-barang keperluan dapur yang ada. Jadi kemungkinan barang-barang yang korang cari tu untuk wujud di sini amat besar. Datang jer sini. Tak jumpa cari sendiri, tanya jer staff kat situ barang yang korang cari tu. Biar diorang jimatkan masa korang cari.

4. Staff yang sangat ramah

Yup.. Staf kat sini memang ringan tulang dan banyak membantu. Yang bestnya diorang takkan kacau korang dengan mengikut korang pergi ke mana saja (macam kat shopping mall tu). Rimas tau kalau jenis ikut macam tu. Tengah berselera nak membeli pun boleh hilang nafsu.

Haaa kat sini tak macam tu. Diorang ada jer kat sudut-sudut tu. Korang panggil jer kalau perlukan bantuan diorang. Itu lebih bagus kan..

5. Barangan dapur yang sedang mengikut trend di pasaran

Barangan kat sini memang terkini dan mengikut trend di pasaran. So tak der lah kalau korang beli untuk letak kat restoran nanti, orang cakap barang yang outdated.

Yang ada cafe hipster, ataupun restoran konsep moden sesuai datang sini. Sebabnya designnya memang design moden. Sesuai untuk dipadankan dengan cafe korang nanti.

6. Ada promosi dan diskaun barangan dari masa ke semasa

Yup.. Ini pun penting. Kalau ada diskaun macam ni boleh la pelanggan timing masa untuk shopping bebanyak. Ya la.. dah shopping banyak takkan la tak der diskaun ya tak.. Berbunga hati pelanggan kalau selalu ada diskaun macam ni.

contoh diskaun dan promo yang sedang berlansgung sekarang:

*10” Pinggan ceramic berwarna warni – hanya RM15!! (sementara stok masih ada)
*Dapatkan 30% diskaun untuk Marlux mills (Made in France) untuk setiap pembelian bernilai RM100 di bilik pameran Sentai, sah sehingga 30 Sept 2018

diskaun sekarang…!

Haaa tu sebab-sebab yang aku sempat ringkaskan untuk menjelaskan kenapa korang kena melawat kedai pameran ni.

Untuk yang nak tengok sendiri boleh datang sini segera. Bawak duit sesiap tau. Sebab aku rasa korang pasti sangkut dengan satu dua barangan dapur nanti. Hahaha..

Ni alamat dia: 207, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya.

Business Hours: Monday to Saturday, 10am – 7pm

Tel: +6017-7358909 Ivan
Email: enquiry@sentai.com.my

p/s: Saper yang rajin, nak jadi personal shopper pun boleh kat kedai ni tau. Hehehe

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here