Mood yang kelaut
Setiap blogger pasti akan melalui masalah ini. Masalah semangat lesu ataupun hilangnya mood untuk menulis entri adalah antara masalah yang seringkali menghantui penulis blog (blogger).
Mood ialah satu perasaan yang mengiringi kita sewaktu kita nak menulis. Ia adalah semangat ataupun keinginan yang mendorong kita menulis dengan jiwa. Tanpa mood ini, penulisan seorang blogger menjadi hambar. Ia dapat dirasai oleh pembaca yang akan menilai samada penulisan itu berkualiti, ada jiwa ataupun tidak.
Sebab itu pada seorang blogger, mood adalah sesuatu yang amat penting. Bagi aku sendiri, jika tiada mood memang aku tak akan memaksa untuk menulis di blog-blog aku. Aku tak mahu entri aku tidak berjiwa. Sebab itu ada beberapa ketika blog aku tiada entri baru.
Aku pernah terfikir. Tak ada cara ke nak naikkan ataupun sekurang-kurangnya pulihkan mood blogging yang jatuh merudum secara mendadak semula untuk kembali menghasilkan artikel-artikel yang mampu memberi faedah kepada pembaca? Sehingga sekarang aku tiada jawapan yang konkrit untuk soalan ini.
Perkara yang boleh naikkan/pulihkan mood blogging
Namun ada beberapa perkara yang boleh menaikkan seterusnya pulihkan mood blogging ataupun semangat untuk menulis secara mendadak. Perkara-perkara ini jika berlaku akan menceriakan kembali fikiran anda. Idea untuk menulis akan hadir mencurah-curah. Terasa semangat begitu membara untuk menekan papan kekunci.
2 perkara yang boleh naikkan semangat dan pulihkan mood blogging bilamana ia berlaku:
1. Mendapat penghargaan daripada pembaca
Penghargaan yang kita dapat adalah daripada komen yang ditinggalkan di bawah artikel kita. Lebih realistik lagi apabila pembaca menghubungi kita melalui Whatsapp ataupun FB menyatakan penghargaan tersebut. Memang hati akan berbunga-bungalah. Apa tidaknya. Kita tahu entri kita digemari dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Macam aku sendiri, memang itulah tujuan utama aku menulis. Aku nak penulisan aku ini memberi manfaat kepada manusia lain. Banyak faedahnya yang akan kita dapat dapat baik di dunia maupun akhirat.

Penghargaan daripada pembaca yang cendiakawan seperti di atas bukannya senang nak dapat. Usaha aku yang tak seberapa sewaktu membuat liputan di pameran Research Universiti dahulu rupanya dipandang besar oleh yang menghargainya. Memang aku suka sangat dapat penghargaan ini.
2. Mendapat imbuhan berbentuk wang ringgit
Memang sudah menjadi tabiat aku, apabila aku menulis aku jarang menulis kosong. Ada sahaja link ataupun pautan yang aku tinggalkan untuk pembaca singgah dan membaca apa di sebalik link tersebut. Pautan-pautan yang aku tinggalkan itu biasanya adalah pendedahan tentang ebook tentang sesuatu perkara.
Contoh ebook yang aku biasa tinggalkan:
Pasangan Anda Merokok? Suruh dia baca ini!
Kadang-kadang ada juga waktunya aku akan tinggalkan banner ebook panduan seperti ini. Manalah tau ada wanita yang sukar untuk memikat lelaki seperti suaminya sendiri. Bolehlah si isteri ini belajar sesuatu daripada ebook ini:
ebook mungkin bukan sesuatu yang perlu bagi sesetangah orang, tetapi maklumat, petua serta tips yang terdapat di dalam ebook itu mungkin sesuatu yang amat berharga kepada sesetengah pembaca kita yang lain. Setiap orang ada lain keperluan dan minatnya.
ebook ini juga boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Jadi berkongsi benda yang baik ini aku yakin akan turut mendapat tempiasnya pada saham akhirat aku.
Di samping itu habuan dunia juga dapat jika berlaku pembelian ebook tersebut. Atas dasar kita tolong mempromosikan ebook tersebut kita akan mendapat upah daripada orang yang memasarkan ebook tersebut. Memang adilkan?
Aku suka promosikan ebook ni selain daripada ia dapat menyelesaikan masalah orang, ia tidak memerlukan usaha yang sukar untuk membuat aktiviti promosi. Hanya gunakan sedikit ayat power dan tinggalkan link. Selebihnya adalah keputusan pembaca tersebut samada mereka bersetuju untuk membuat pembelian atau tidak.
Menerima emel begini memang akan menaikkan mood untuk menulis secara tiba-tiba:

Cara naikkan dan pulihkan mood blogging
Jadi bagaimana cara untuk pulihkan nafsu ataupun mood untuk blogging tadi tu? Aku pun tak pasti caranya secara tepat. Tetapi berdasarkan apa yang aku alami ini, antara cara tersebut adalah:
- Selalu menghasilkan content yang baik dalam penulisan kita untuk memikat dan memberi manfaat kepada pembaca
- Daftar affiliate untuk promosikan ebook supaya hasilnya dapat dinikmati
- Disiplinkan diri menghasilkan artikel ataupun entri pada masa-masa tertentu pada setiap hari
- Rajin membaca supaya mendapat idea yang bagus bagi menghasilkan entri yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca kita
Cara untuk naikkan mood untuk selalu aktif dalam blogging sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri juga. Lain orang lain caranya.
Apa cara sekalipun, perkongsian perlu diteruskan. Perkongsian yang baik akan memberi manfaat kepada kita sebagai penulis, baik di dunia mahupun di akhirat. Wallahua’lam.
Tenkiuuu ..naik dah mood blogging. Hihi
hehehehe.. boleh naik nafsu sekali tu kalu baca elok2
rajin membaca..
itu selalu buat.
bukan suma orang suka baca.
daripada bacaan kita boleh share 🙂
shark recently posted..Shazzwan,Dulu Banduan Kini Rapper
betul tu shark.. shark mmg pandai dan ensem.. sbb komen sini. kalau tak aku tak puji.. kah kah kah
terima kasih untuk tips yang berguna..
selalu dpt idea menulis dengan baca blog orang atau baca semula entri² lama kat blog sendiri..
moga sama-sama dpt manfaat. terima kasih sebab sudi singgah ya
ooo macam ni caranya nak naikkan darah blogger……macehhh wak hoq
sama-sama.. terima kasih singgah ya kak long
ooo macam ni caranya nak naikkan darah blogger……macehhh wak hoq
silap komen kat fb plak…nanti delete lah yerrr…..
alaaa…cam buat yg hari tu……
ahahahaha
saidila recently posted..Permainan Breakout Yang Osemm
tak per komen kat fb.. ping kat wall jer cam menyemak sikit.. keh keh keh
ahahaha yerlahh yerlahhh sapalah kita kann kannn kann
saidila recently posted..Permainan Breakout Yang Osemm
Hahaha. Komen kat sini mmg x delete kak long
apa maksud pensyarah komen….Penangguhan PBS?…
mood bukan ke laut je.. kadang2 ke sungai, tasik, pulau reunion , … kdg2 ke dalam bumi sampai tak keluar2..
muhammad nizam yusof recently posted..KETAHUI BERAT BADAN IDEAL ANDA DENGAN KALKULATOR ELEKTRONIK, JOM KIRA SEKARANG
dulu ada isu pasal PBS. universiti jemput media sbb nak suh tulis psl research univ tp media gi cover psl PBS. abam hoq ngan sorang lg blogger jer yg cover psl research univ ni secara menyeluruh
Masalahnya tak minat dah dengan affiliate… huhu… Merudum terus baca entri En. Sohoque nih nak update entri. Huwwwaaaa…
Kisah Cikgu ieta recently posted..PROMOSI GIVEAWAY HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana
affiliate tak minat sbb silap cara buat tu.. kalau tak mesti minat. sbb leh dpt duit
MENARIK. Nak share link. hiii
Shehan recently posted..GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM
terima kasih sbb sudi singgah. silakan..
Betullah tips y 1st tu. Kalau ada y wassap bgtau baguslah tips awak.. fuhhh.. terus fikir apa tips lagi nak share.
Kaaan. Sbb kita menulis seseatu yang berguna untuk pembaca
Terbaik…
Tq sharing a.hoque..akan kusematkan dihati….
Komen prof tu adalah yang terbaik! Mesti berbunga-bunga untuk menulis lagi.
Bagi saya blogging is sharing, memberi manfaat untuk orang lain. Teruskan memberi 🙂
Nurul recently posted..Vitamin untuk lelaki
YUP.. SANGAT BERBANGGA
Lepas baca entri ni mood blogging aku terus meningkat naik..
Balik rumah jap lagi nak taip 7 entri..
Anarm recently posted..Xiaomi Redmi Note 4G Pengganti Lenovo S930 Yang Dah Rosak
Kah kah kah.. 7 terus.
anarm datang maknanya mood anarm sudah ke darat
mood nak up entri ni mmg selalu turun naik, bila tgh smgt sehari boleh up sampai 10 entry,tp bila x ada mood, krik krik jela 😉
CN recently posted..GIVEAWAY WOMEN DESIRE BY INTAN
pergghhh sehari 10 entri…. kalau dpt kat saya, sy schedule utk 10 hr terus.. heheheh