More

    Pagi-pagi Aku Dah Charoot Orang…!!!

    Hahaha. Pepagi lagi aku dah charoot hari ni.. Bahaya jugak typo ni.. Nak-nak kat Whatsapp. Sekejap jer boleh viral wooo…

    Kalau dulu lagilah. Dulu whatsapp tak ada function delete. Kalau dah typo, memang kena hadap sampai bila-bila la jawabnya. Nasib baik sekarang function delete di Whatsapp dah ada. Bila sedar kita ada typo boleh cepat-cepat delete. Yang mana yang sempat baca tu kena redha jer lah. Tapi yang penting kita tak la kena hadap typo tu selama-lamanya.

    Sebab tu ada orang yang tak suka main whatsapp ni. Typo dan lambat. Kadang-kadang niat kita pun disalah erti dek kerana silap nada pembacaan dalam whatsapp.

    Aku berpendirian berbeza dalam berlainan keadaan. Aku, kalau apa-apa perbincangan yang penting aku suka guna whatsapp ni. Sebab apa yang tertulis dalam whatsapp boleh dijadikan sebagai bukti.

    So macamana nak elak typo semasa guna whatsapp?

    Ni haaa aku listkan 3 cara nak elak typo di whatsapp…:

    1. Taip secara perlahan dan berhati-hati. Jangan nak berlumba kita yang paling cepat menaip

    2. Jangan bukak berlainan group whatsapp dalam satu masa. Ini bukan saja typo malah mesej untuk group lain boleh masuk ke group yang lain. Ini lebih memalukan.

    3. cek semula mesej kita sebelum menghantar.

    Haaa tu 3 tips tak nak bagi typo terjadi. oyo sangat kan.. Kebanyakan daripada kita tak der masa punya nak cek macam tu. Kebanyakannya main belasah jer. Hahahaha..

    Alaaa biasanya whatsapp ni di kalangan orang yang terdekat jer. Tak per typo pun. Kadang-kadang typo ni jugak menjadi bahan lawak dan senda gurau dalam group whatsapp. Tanpa senda gurau hambar la group tu kan..?

    ok tu charoot yang pertama…

    Ni charoot yang kedua pagi ni… Malas aku nak taip. Korang baca la sendiri embedded status FB aku ni. Kalau boleh follow lah sekali ya.. hehehehe

    Ok lah.. Tengahari ni rasanya nak tengok wayang. Ada 6 tiket free sempena birthday aku dapat tahun ni. 2 daripada TGV, 2 daripada GSC, dan 2 daripada MBO. Rugi la kalau tak guna. Sebab offer ni sempena bulan kelahiran aku jer. Akhir bulan ni kalau tak redeem jugak dah tak boleh guna dah..

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge