More

    3 Niche Blog Yang Aku Tak Pandai Nak Komen

    Blogwalking…

    Kalau korang seorang blogger, terutama blogger yang agak baru di dalam dunia blogging, aktiviti ni sangat penting untuk korang. Banyak faedahnya. Aku dah huraikan sebab pentingnya untuk blogwalking. Korang boleh baca 7 sebab kenapa blogwalking sangat penting di button di bawah:

    [su_button url=”https://sohoque.com/7-sebab-kenapa-anda-perlu-blogwalking/” target=”blank” size=”10″ center=”yes” icon=”icon: hand-o-right”]7 Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking[/su_button]

     

    Kadang-kadang, antara cara kita nak “bersahabat” di alam maya dengan blogger lain adalah melawat blog, baca entrinya dan tinggalkan komen. Ini juga sebagai salah satu cara untuk support rakan blogger kita.

    kalau korang rajin blogwalking, insyaAllah  korang banyak akan dapat manfaatnya nanti

    Komen-komen yang kita tinggalkan nanti kalau boleh biarlah komen yang bijak. Maksud bijak kat sini ialah janganlah tinggalkan komen yang mengarut yang nampak sangat korang tak baca entri yang korang komen tu.

    Contoh komen yang tak berapa bijak ialah tanya harga barangan yang dipromosikan dalam entri tu sedangkan harga awal-awal lagi dinyatakan dalam entri tu. Haaa.. Nampak sangat nanti korang tak baca sampai habis ataupun korang skip.

    Komen yang terlalu pendek juga nampak kita ambil syarat jer untuk komen. Seeloknya komenlah seikhlas hati. Kalau topik tu kita tahu komenlah dengan memberi info tambahan dan sebagainya. Ini akan lebih menampakkan kita sebagai blogger yang bijak.

    3 niche blog yang aku tak pandai nak komen

    Namun bukan semua entri-entri yang kita baca tu kita boleh komen dengan lancar. Kalau aku, ada beberapa niche blog yang memang aku tak pandai nak komen. Walaupun aku cuba gigihkan diri, kadang-kadang aku gagal memberikan komen yang bijak.

    Antaranya ialah:

    1. Blog Kecantikan (Beauty)

    Haaa.. Blog niche ni aku letak nombor 1 dalam senarai. Sebabnya serius aku tak tau nak komen apa lepas baca entri kecantikan terutamanya pasal mekap dan sebagainya. Nak komen mengarut boleh la. Tapi komen macam tu aku rasa kurang membantu. Lebih-lebih lagi kalau entri tu adalah entri berbayar.

    blog kecantikan.. Aku memang tak der idea nak komen

    Antara komen yang biasa aku tinggalkan untuk entri tentang kecantikan ialah bertanyakan tentang harga (kalau belum dinyatakan dalam entri). “wow.. macam best jer.. berapa harganya?” hahahah..

    Common sangatkan?

    Ataupun: “Bagus produk ni.. Nanti boleh la belikan untuk wife tersayang…”

    Nampak tak aku tak der idea nak komen. Sebagai seorang lelaki yang memang tak tau pasal mekap bagai tu, aku memang payah nak komen. Dan aku tak suka bagi komen fake.

    2. Blog Tech (teknology/gajet)

    Yang ni aku letak di kedudukan no 2 dalam senarai blog yang tak reti nak dikomen. Setakat spec smartphone tu ok lagi. Aku pun biasa cari info tu. Tapi kalau pasal gajet atau teknology yang terlalu advance ni memang payah jugak nak komen.

    Lebih-lebih lagi entri tu penulis translate daripada entri berbahasa Inggeris. Guna pulak perkataan yang pelik-pelik. Pening jadinya aku nak paham. Last-last tiba masa nak komen aku jadi blur.

    3. Blog Resipi atau masakan

    Haaa yang ni pun kadang-kadang tak banyak aspek aku boleh nak komen. Paling tidak komen yang akan keluar nanti, “wow sedapnya…!”… “Wow.. Nampak macam sedap.. Nak suruh wife cuba lah nanti..”

    Kena pulak bila baca komen terdahulu dah ada orang komen gitu. Rasa macam boring pulak nak Copy Paste diorang. So, fikir punya fikir, last-last tak terkomen. hahaha

    Kalau blog food review tu lain sikit. Banyak gak idea nak komen. Sebab ia merangkumi aspek yang lebih meluas. Bukan hanya makanan jer boleh komen. Pasal restoran pun boleh komen.

    So biasanya aku agak skeptical nak komen 3 blog ni. Kalau aku lambat komen blog-blog ni sorry lah ya. Aku tak pandai berpura-pura. Aku bukan pengomen yang fake..

    Korang macamana? Ada tak blog-blog yang korang tak pandai nak komen macam aku?

    nak komen pun kadang-kadang kena perah otak, last-last blah macam tu jer

    Ataupun korang tolong bagi ayat macamana korang komen. Kot-kot nanti aku boleh ikut.

    Latest articles

    Related articles

    16 Comments

    1. aku cuma rasa tak best nak komen kalau banyak sangat bukan dia yang tulis..yang bebetul dia tulis, perenggan pertama dan terakhir je..content tengah-tengah tu copy paste je berjela panjang…pastu aku blank tatau nak komen apa, sebab boleh katakan 90% entri semua berbayar ataupun report die gi event…so blur je lah..:D

    2. hahaha… kelakar lah.Terbaik isi entri ni.Paling tak reti nak komen kalo niche travel..Huhuhuhu.Sebab ina bukanlah niche travel.Ekekeke..mau berjam nak hadam..kendian baru boleh letak komen.Ahakss

    Leave a Reply to ina Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge