More

    3 Sebab Aku Paksa Diri Tonton Filem Pontianak Menangis

    poster filem pontianak menangis
    poster filem pontianak menangis

    Cerita seram memang mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Kalau tak percaya tengok lah cerita-cerita seram yang tak putus-putus diterbitkan baik dalam bentuk drama ataupun filem.

    Penerbit takkan keluarkan filem jika tiada sambutan… betul tak?

    Terus terang aku katakan yang aku bukanlah peminat sebenar filem bergenre seram ini. Mungkin elemen penakut ada juga sumbangan kepada penyebabnya.

    Masalah aku kalau tengok filem, apa-apa filem sekalipun, aku akan tengok dengan sungguh-sungguh. Kadang-kadang seperti aku pun berada di dalam filem tersebut. kalau aku tengok filem seram, aku akan teringat-ingat filem dan wajah-wajah menakutkan tersebut di dalam jangka masa yang lama. Sebab itu aku cuba mengelak untuk menonton filem seram.

    3 sebab kenapa aku tengok filem Pontianak Menangis

    Tapi kali ini aku terima pelawaan untuk menonton preview filem ini yang akan ditayangkan kepada umum pada 1 Oktober 2015 nanti. Ini sebabnya aku terima pelawaan ini:

    1. Filem ini bergenre seram komedi.

    Tengok para pelakon pun aku dah tau filem ni memang ada unsur lawak. Jadi bukan hanya elemen seram yang ada. Unsur komedi pun ada. Kebiasaannya kalau cerita hantu komedi ni unsur takutnya tak keterlaluan.

    Tengok daripada barisan para pelakonnya seperti Yassin, Hamdan, Ilya, dan Soya (yang aku tak kenal pada mulanya) memang dah tau akan lawak habis kalau mereka berlakon. Jadi aku abaikan unsur seram dan aku fokuskan kepada elemen komedi.

    2. Muzik terapi

    Tidak seperti filem-filem yang lain, filem ini ada kelainan iaitu ia ada menyelitkan elemen muzik terapi.

    Hah, apa pulak muzik terapi ni? Kat Malaysia mungkin masih baru, tapi di negara luar muzik terapi sudah popular. Ia adalah muzik yang menenangkan jiwa pendengar dan boleh memberi semangat kepada diri pendengar.

    Di negara luar, pakar muzik terapi akan mengenal pasti masalah pesakit (yang berkait dengan jiwa) dan akan cuba memberikan muzik terapi yang sesuai dengan masalah jiwa yang dihadapi. kesannya masalah jiwa tersebut menurun dan menguatkan sifat positif yang ada di dalam diri.

    Muzik terapi di atas dihasilkan oleh Saudara Ismail Jejaka dengan hanya menggesel gergaji kayu. Beliau yang juga pengarah untuk filem ini sempat menunjukkan kemahiran semasa majlis pra-tonton tersebut sebelum tayangan dimulakan.

    Jadi bila mendapat tahu yang filem ini ada selingan muzik terapi aku terus bersetuju untuk ke panggung wayang. Ya lah.. Nak juga dengar macamana muzik terapi ni. Manalah tau kot-kot aku pun terkesan. Hehehe.

    3. Dijemput sekali dengan rakan-rakan blogger yang kebanyakkannya daripada Kelab Blogger Ben Ashaari.

    Memang bestlah kalau lepak dengan mereka ni. Banyak benda boleh dikongsi dan semuanya happy-happy belaka. Kebanyakan mereka ini kepala “gila-gila”.

    Antara bloggers yang hadir
    Antara bloggers yang hadir

    Atas 3 sebab di atas maka aku menjejakkan kaki di Cathay Cineplex eCurve pada malam itu.

    Sinopsis

    ok lah.. Ni aku bagi sinopsis filem ini:

    Filem ini engisahkan Kampung Selamat yang kerap malam diganggu oleh pontianak dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk Kampung Selamat.

    Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di atas gangguan yang berlaku setiap hari.

    Seorang pemuda yang bergelar Din Kelentong telah memberi cadangan yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari tanah Jawa yang di gelar Raja Paku. Di atas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk Kampung Selamat telah sepakat bersetuju menyokong cadangan Din Kelentong.

    Oleh kerana Raja Paku yang diceritakan oleh Din Kelentong itu tidak wujud, maka dia berpakat dengan rakan karibnya “Mat Yeh” untuk menyamar sebagai Raja Paku. Mat Yeh bersetuju dengan cadangan itu sehingga dipercayai oleh semua penduduk Kampung Selamat.

    Harapan tinggi penduduk Kampung Selamat mengharapkan Mat Yeh dapat mengusir pontianak. Tetapi lain pula terjadi apabila Mat Yeh telah jatuh cinta pada pontianak itu. Akhirnya segala kejadian yang terjadi di Kampung Selamat telah terbongkar dan bukan disebabkan oleh perbuatan pontianak. Semuanya terbongkar dan siapakah dalang yang berbuat onar dalam semua kejadian di Kampung Selamat ini.

    Komen Sohoque.com

    Filem ini adalah filem yang santai dan sesuai ditonton bersama keluarga. Jika diteliti banyak mesej yang disampaikan melalui filem ini.

    Pelakon yang paling menonjol dan menghidupkan filem ini adalah Soya. Mimik muka yang lawak dan dialognya banyak melancarkan filem ini.

    Filem ini juga cuba membuat kelainan dengan menyelitkan elemen muzik terapi. Mungkin ini menjadi titik permulaan dalam memperkenalkan muzik terapi di kalangan penggemar filem dan masyarakat setempat sepertimana filem RENTAP dulu yng memperkenalkan sukan lasak dan seni mempertahankan dengan Parkour.

    Selfie sebelum tayangan
    Selfie sebelum tayangan

    Jom tonton Pontianak Menangis…!

    Latest articles

    Related articles

    4 Comments

    Leave a Reply to PCL Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge