3 Sebab Kenapa Aku Perlukan Mandian Dashing 2 in 1

0
38

Aku bukanlah sejenis manusia yang loyal pada satu jenama. Apa yang aku rasa best untuk digunakan, kena pulak dengan harganya, aku pakai jer.Kata orang alah membeli menang memakai gitu..

Tapi aku ada la jenama tertentu yang aku suka. Maksudnya kalau aku nak beli barangan di dalam kategori tersebut, aku hanya akan survey jenama-jenama yang aku percaya ni saja. So senang. Pergi kedai cari barangan daripada senarai jenama tu jer. Jimat masa. Dan yang pastinya barangan tu memang barangan yang dah terbukti bagus kualitinya.

Contohnya kalau dalam kategori penjagaan dan kebersihan badan, antara jenama yang termasuk dalam senarai aku sejak dulu lagi adalah jenama Dashing. Antara barangan penjagaan diri Dashing yang biasa aku gunakan ialah deodorant dan sabun mandian. Kadang-kadang ada jugak aku try gel rambut.

Kenapa jenama Dashing ni termasuk dalam senarai jenama pilihan aku? Ni sebabnya:

1. Bau Jantan (maskulin)

Bau dia memang aku suka. Bau lelaki..! Aku ni kurang suka bau-bau biasa tu. Nak kena ada bau musk sikit baru syiok dan terasa segar. Isteri pun suka bau badan musk gini. Lepas mandi mesti wife datang dekat. Tak payah panggil.. Hhehehe

 

2. Inovasi

Dashing ni aku suka jugak sebab diorang sentiasa ada inovasi baru pada produk penjagaan diri diorang. Maksudnya, satu-satu barangan tu tak der la statik macam tu jer dalam jangka masa yang lama. akan ada produk baru yang diupgrade. So tak boring la.

Macam sekarang ni Dashing keluarkan produk baru diorang, mandian Dashing 2 in 1 Muka dan badan dengan formula yang direka khas untuk pembersihan muka dan badan sekaligus. Senang..! Tak perlu pakai lain-lain produk untuk muka dan badan.

Produk ni memberikan kebersihan secara menyeluruh dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin seterusnya memberikan kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Pagi aku sekarang ni memang segar selepas mandi. Ini menimbulkan mood yang riang dan positif. Semangat jer nak keluar pergi kerja.

Malam pulak sebelum tidur aku basuh lagi sekali muka dengan buih mandian Dashing 2 in 1 ni. Ini untuk penjagaan terakhir penutup hari untuk menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan dipek dalam pek pam bersaiz 700-gram dan didatangkan dalam 4 variasi: Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL– Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE– Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK– Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK– Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.

3. Senang nak cari

Dashing ni bukan macam sesetengah jenama yang lain. Korang boleh pergi jer memana kedai runcit kat bandar ke kat kampung ker, mesti korang akan jumpa produk jenama Dashing. Sebab aku suka jenama ni. Senang nak cari kalau dah habis stok kat rumah.

4, Harga mampu milik

Hebat macamana pun produk penjagaan diri ni, kalau mahal, orang macam aku ni akan tengok saja jer. Tak mampu nak beli. Benda ni memang kita guna setiap bulan kot. Dah kalau harga mahal, jadi satu bebanan pulak nak beli setiap bulan. Hurmmm.

Produk jenama Dashing tak macam tu. Memang mampu milik produknya. Untuk mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan ni misalnya. Ia dijual pada harga RM17.90 (pek bersaiz 700 ml). Berbaloi kan harga ni dengan apa yang mandian ni bagi kat kita.

Haaa sekarang korang tau la kan kenapa aku guna jenama Dashing..! Mandian 2 in 1 tu.. Korang mensti cuba tau.. Serius best guna. Aku sekarang terasa sangat rajin nak mandi. Hahaha.. Kadang-kadang kalau panas jer aku masuk bilik air utnuk mandi. Tak kesah la malam ke siang. Huhuhu..

Dah.. pi dapatkan sebotol kalau korang tak caya..

Photo: HafizRahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here