Thursday, March 16, 2023
HomeAdvertorialSamsung S8: 3 Sebab Simple Ia Jadi Smartphone Impian Aku

Samsung S8: 3 Sebab Simple Ia Jadi Smartphone Impian Aku

Impian untuk membeli Samsung Galaxy S8

Hurmmm dah hampir 2 tahun aku pakai iPhone 6 Plus aku ni… Tetiba rasa nak tukar smartphone baru. Ada la aku ushar iPhone 7 Plus hari tu. Hurmm macam berkenan. Tapi bila tengok harga… Telan air liur aku. Hahaha.. So aku lupakan sahaja iPhone 7…!

iPhone 7… Harganya? Hurmmm

Bukan apa… Boleh jer nak kalau kejar beli smartphone memahal ni. Nak-nak kalau kerja macam aku, sebagai Unit Trust Consultant (UTC). Income aku tak tetap macam orang kerja makan gaji. Kalau aku nak something yang mahal macam ni sebenarnya boleh jer. Aku kerja kuat sikit. Cari sales banyak lagi. Dpt la income yang aku target… Itulah kemanisan kerja UTC ni.

Macam sekarang ni… Aku tengah target nak beli kamera Sony a6000 tu. Aku dah start kerja kuat daripada bulan lepas lagi untuk pastikan aku dapat beli kamera tu nanti. Kamera tu memang aku perlu untuk aku bawak sekali ke New Zealand akhir bulan September nanti.

Rugilah pergi sana kalau tak rakam gambar banyak-banyak… Cantik kot pemandangan kat sana. Aku tak nak menyesal macam masa aku pergi Balkan tempohari. Aku tak bawak kamera. Dan iPhone 6 Plus aku ni tak mampu melaksanakan tugasnya ke tahap yang aku inginkan.

Semenjak dari itu aku macam mula survey balik smartphone untuk kegunaan aku. Dan aku memang fokuskan kepada beberapa aspek yang aku perlukan pada smartphone baru aku nanti. Bagi aku, smartphone baru nanti mestilah ada 3 ciri ni:

1.Kamera yang best…!
2. Kelajuan OS yang tinggi
3. Memori/storage yang besar (RAM dan Storage)

Ciri-ciri yang lain kalau ada menjadi satu bonus untuk aku terus pilih smartphone tu.

Banyak jugak tempat yang aku survey. Tapi semuanya survey online. Malas aku pergi kedai smartphone ni. Aku lebih suka survey dan baca review online jer. Tak serabut dengan jurujual duk kacau aku nanti. kalau jurujual awek cun tak per la jugak. Kalau balak, terus potong stim stim. hahaha..

Sebenarnya kalau survey gadjet online macam ni, ada satu tempat yang aku suka usha.  Kat mana? Nanti aku bagitau. Sekarang aku nak korang layan cerita aku pilih smartphone dulu. hahaha.

Samsung Galaxy S8 (S8)

Ok selepas buat senarai pendek dengan berpandukan limitasi harga dan 3 ciri yang aku senaraikan di atas, aku  pilih Samsung S8. Harganya sekitar RM2600 ke bawah.

Samsung S8

3 sebab simple aku pilih Samsung S8

1. Ciri-ciri yang ada pada kameranya sangat best

Aku sebenarnya dah agak give up dengan kamera smartphone yang tak perform dalam cahaya yang malap (low light). iPhone 6 Plus aku ni agak mengecewakan dalam suasana low light. Kalau moment menarik hadir di malam hari maka berputih matalah aku.

gambar low light daripada Samsung S8

lagi gambar low light Samsung S8

Kamera Depan

Dengan Samsung S8. korang cuma perlu ‘on‘kan kamera selfie dan ambil foto yang menarik. Auto Fokus Pintar akan mengesan wajah korang. Jadi sama ada anda menggunakan tangan atau selfie stick, semua orang dalam frame akan difokus. Dan pemprosesan imej pelbagai frame yang dipertingkatkan memastikan semua selfie tampak segar dan jelas.

Kamera depan Samsung S8. Ada mode sticker

8MP | F1.7 Lens | Smart Auto Focus AF

Kamera Belakang

Low Light? Tiada masalah dengan Samsung S8. Kanta F1.7 yang cerah dan pixel 1.4μm yang besar membawa lebih banyak cahaya masuk apabila ianya tidak mencukupi. Jadi apa yang korang lihat di luar adalah sama macam apa yang korang akan dapat dalam shot korang.

Kamera belakang Samsung S8

12MP | F1.7 Lens | Video 4K

Moment yang berharga kadangkala berlaku dengan sangat pantas. Jadi kita memerlukan kamera yanng berupaya fokus dengan cepat. S8 ada keupayaan ini. Seperti kebolehan yang ada pada mata korang S8 mampu dengan menggunakan sensor Dual Pixel dan lensa cerah. Kesannya… foto korang akan gempak giller…!

Ia menggunakan pemprosesan imej yang dipertingkatkan, mengambil pelbagai gambar dan menggabungkannya menjadi satu foto berkualiti tinggi. Apa yang perlu anda lakukan ialah tekan shutter.

Pro mode

Gunakan sepenuhnya prestasi kamera unggul S8 dengan menghidupkan Mod Pro. Ia memberi korang pilihan untuk menyesuaikan mana-mana enam tetapan: ISO, kelajuan Shutter, Nilai pendedahan, Nada warna, Fokus manual, dan WB (White Balance).

Dengan fungsi Pro Mode, korang boleh main-main dengan shutter speed, exposure dan white balance macam kamera DSLR tu



Fokus Terpilih (selective mode)

Fokus pada perkara subjek yang korang nak, dengan Selective focus mode, korang dapat memilih kualiti gambar selepas mengambil gambar tersebut.

Filtered moments

fungsi filter dapat menghasilkan mood gambar seperti yang korang inginkan

Filter yang betul boleh membuat satu foto menjadi satu karya. Gunakan pilihan preview dan pilih dari pelbagai penapis untuk meningkatkan gambar anda sebelum anda mengambil pukulan.

Food mode

untuk yang suka merakam gambar makanan, fungsi amat tepat dengan hobi korang

Kamera smartphone ini mempunyai mod makanan. Gambar makanan korang akan jadi lebih menonjol jika korang gunakan mod makanan tu.

2.OS laju

Sistem operasinya laju. Ni spesifikasinya:

AP
Octa-core (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64 bit, 10nm processor
Octa-core (2.35GHz Quad + 1.9GHz Quad), 64 bit, 10nm processor

Dengan spec macam tu pelancaran applikasi akan lebih cepat dan hayat bateri lebih panjang.

LTE and Wi-Fi

Muat turun lebih cepat

S8 sudah terbina Gigabit LTE and Gigabit Wi-Fi . Wi-Fi untuk S8 menyokong 1024-QAM, bermakna korang akan dapat kelajuan muat turun 20% lebih baik daripada model sebekum ni,

Ciri ini amat perlu bagi aku melancarkan kerja blogging aku

Gaming

Dengar cerita main game dengan smartphone memang superb. tak ada langsung sangkut-sangkut. Ini juga bantuan daripada sistem operasi yang sangat laju.

3.Memory space

4GB RAM (LPDDR4)
64GB

Dengan RAM dan ruang simpanan yang agak besar, aku kuat merasakan ianya sesuai untuk aku.

4. Bonus

Banyak lagi ciri-ciri istimewa yang mantap ada pada smartphone ni. Yang paling best adalah smartphone ini adalah tahan air dan debu. Setakat tercelup dalam air sekejap tu ok lagi.

Ciri-ciri tu adalah bonus yang menyokong kuat kenapa aku perlu pilih smartphone ni.

So 3 sebab yang nampak simple ni lah yang mendorong aku untuk letakkan Samsung S8 ke ranking teratas senarai pendek smartphone baru aku.

 

Loading

RELATED ARTICLES

14 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1