Semua orang tau, hebatya Tun M dari segi pemikirannya, cara kerjanya dan keupayaannya untuk berkerja di umur senja. Tun M dah berumur 93 tahun. Tapi dia masih hebat menjadi pemimpin negara. Beliau masih hebat berucap melontarkan idea-idea yang bernas, bukan saja di negara sendiri malah mewakili Malaysia di persidangan antarabangsa.
Kemenangan Pakatan Harapan seterusnya melantik semula beliau menjadi perdana menteri Malaysia memberi tamparan kepada orang muda yang gemar memberi bermacam alasan itu dan ini untuk tidak berkerja dengan lebih tekun.
Di umur 93 tahun, kebanyakan datuk dan nenek kita sudah mula ditemani penyakit lupa ataupun nyanyuk. Fizikal dan mental secara perlahan berbalik semula menjadi seperti kanak-kanak. Lemah, berharap kepada bantuan, malas berfikir dan sebagainya.
Tapi sifat orang tua itu semua sangat jarang ada pada Tun M. Malah beliau dalam kebanyakan perkara dari segi pemikiran dan cara berkerja adalah lebih hebat daripada orang muda.
Apakah rahsianya? Tun M telah berkongsi rahsia dan amalan beliau sehingga membawa kesan yang begitu positif pada dirinya.
3 tips dan petua supaya orang berusia tidak nyanyuk
1. Selalu membaca
Jadikan membaca sebagai satu tabiat yang kita jadi tidak selesa jika tidak melakukannya. Membaca dapat membuka minda dan kita sentiasa disajikan dengan idea-idea baru daripada penulis yang berbeza. Jadi kita tidak hanya terbelenggu dengan idea kita sahaja sehinggakan menyangka yang idea kita itu adalah yang terbaik. Sebaliknya ada banyak lagi idea daripada orang lain yang lebih baik dan boleh diambil kira.
Nak jadikan tabiat membaca ini satu tabiat semasa tua, kita tak boleh tunggu tua baru nak buat. Kena amalkan daripada usia muda. Barulah ia akan terbawa-bawa sehingga usia tua. kalau tua baru nak paksa cari buku untuk baca memang sukar.
2. selalu menulis
Kita sebenarnya ada banyak idea. Idea ini jika tidak dikeluarkan, tidak diceritakan lepada orang, ia hanyalah idea kosong. Idea yang hanya terperap di dalam kepala kita tak mempunyai apa-apa nilai dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada manusia dan kehidupan.
Jadi, keluarkan idea di dalam kepala kita. Ceritakan kepada orang lain. Masalahnya nak cerita idea kepada ramai orang menjadikan usaha tersebut agak mustahil. Jadi tulislah. Dan terbitkanlah idea kita dalam penulisan tadi kepada dunia luar.
Sekarang ada blog, media sosial dan macam-macam lagi medium untuk berkongsi. Maka kongsikanlah. Garapkan idea dan pandangan bernas kita itu sebaik mungkin dan kongsikan dalam bentuk penulisan di dalam medium tadi. Idea kita mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi percayalah ianya satu yang bombastik kepada orang yang lain.
Orang yang banyak membaca akan lebih hebat dalam penulisannya berbanding dengan yang kurang pegang buku.
So sekarang korang tau kan kenapa aku pilih untuk jadi blogger dan berkongsi memacam dalam blog aku?
3. selalu ‘bergaduh’
Tun M bagi contoh dia selalu bergaduh dengan Najib, sebab itulah dia masih tajam dalam pemikiran.

Ya bergaduh yang dimaksudkan ialah kita hendaklah selalu berdebat dengan orang. Tak kiralah secara berdepan, dalam internet dan meacam-macam lagi. Dengan berdebat otak kita akan lebih ligat untuk mencari idea dan fakta untuk patahkan hujah pihak lawan. Jadi ia akan mengaktifkan sel-sel otak supaya berfungsi dengan baik.
Kalau korang lihat, ketiga-tiga perkara untuk tips dan petua supaya orang yang telah berusia tidak nyanyuk ini berkait rapat antara satu sama lain. Nak menulis kena banyak membaca. Nak berdebat dan cari hujah juga kena banyak membaca dan menulis.
So hubungan ketiga-tiga ini sangat rapat. Koorang yang nak jaga otak korang supaya tidak nyanyuk, boleh praktikkan tips dan petua ini daripada sekarang. Biar ia menjadi tabiat positif kita dan membawa ke tua. Selamat mengamalkan tips dan petua ini ya..!
setelah membaca 3 tip yang diamalkan oleh Tun M…saya percaya golongan blogger merupakan orang yang panjang umur pada suatu hari nanti…
untuk menjadi blogger ketiga-tiga eleman seperti membaca , menulis dan berdebat di ruangan komen sentiasa berlaku setiap hari
benar tuan.. hehehe..
perkongsian yang sangat berguna. thank you bro
moga mendapat manfaat