More

    4 Kelebihan Ada Followers Instagram Yang Ramai

    Media sosial popular

    Instagram. Salah satu media sosial yang mendapat sambutan. Ia adalah salah satu cara untuk berkongsi secara interaktif seperti juga FB dan Twitter. Cuma ia lebih menekankan cara perkongsian menggunakan gambar dan video. Dengan gambar yang cantik dan video pendek yang menarik, perkongsian menjadi lebih menarik. Kena dengan gambar yang tepat dan caption yang santai, perkongsian menjadi lebih effektif.

    instagram

    Jadi untuk pengamal media sosial terutama para bloggers, artis dan lain-lain, mempunyai followers yang ramai akan memberikan anda lebih keuntungan. Banyak kelebihan yang anda akan dapat. Macamana nak dapatkan followers instagram yang ramai? Itu cerita lain. Aku akan kongsikan di entri yang akan datang. Sebabnya aku rasa aku belum layak untuk bercakap macamana para instagrammers nak dapat followers yang ramai. Tapi kalau tak sabar boleh je ushar kat banner ni:

    Akaun Instagram aku

    Instagram utama aku: @sohoque hanya ada followers 10.1K sahaja setakat entri ini ditulis. Ok la. Puashati jugak la aku dengan angka tu. Sebabnya aku bukan siapa-siapa pun. Aku bukanlah retis pun. Aku juga bukanlah seseorang yang penting sangat untuk orang follow. Aku cuma seorang bloggers dan Konsultan Kewangan yang suka berkongsi lifestyle aku dan juga tentang perancangan kewangan.

    Jadi alang-alang ada iphne 6 yang dibeli dengan harga yang bukan murah (pada aku la), baik aku gunakan ia secara total. Harap-harap perkongsian bergambar itu mendapat manfaat kepada semua.

    Selain instagram sohoque, aku ada 2 lagi instagram iaitu eXplorasa yang aku khaskan untuk blog explorasa.my aku yang rata-rata berkongsi tentang makanan dan travel. Akaun ini ada 5 ribu lebih followers setakat ini.

    Satu lagi akaun instagram aku ialah Caknawang. Yang ini aku kongsikan tentang aktiviti aku sebagai konsultan kewangan yang kebanyakannya melibatkan penerangan berkenaan dengan perancangan pelan pendidikan, persaraan, percutian, kad perubatan dan lain-lain. Alhamdulillah, followers akaun ini sudah mencecah 4 ribu lebih.

    Manfaat mempunyai followers Instagram yang ramai

    Ok panjang pulak bebelan aku. Ni haa aku senaraikan antara kelebihan – kelebihan ada followers instagram yang ramai.

    4 Kelebihan Ada Followers Instagram Yang Ramai:

    kelebihan ada followers instagram yang ramai
    kelebihan ada followers instagram yang ramai

    1. Hebahan ilmu

    Bagi yang suka berkongsi ilmu platform ini juga sesuai selain daripada Facebook. Dengan gambar yang cantik dan relevan perkongsian ilmu akan lebih berkesan. Akaun Caknawang aku banyak aku gunakan untuk tujuan ini. Aktiviti yang aku buat seperti berjumpa pelanggan dan sebagainya aku muatkan di sini dengan caption yang sesuai.

    Aku juga biasa memuatnaik gambar motivasi dengan caption bermotivasi dengan harapan memberi inspirasi kepada followers.

    Jadi dengan followers yang ramai objektif untuk menyampaikan ilmu akan lebih effektif dan tersebar luas. Kena pulak jika ada followers repost posting kita. Ilmu bermanfaat yang kita kongsikan insyaAllah akan menjadi saham akhirat kita kerana pahalanya akan berterusan walaupun kita sudah meninggal dunia selagi orang memanfaatkan ilmu yang telah kita kongsikan.

    2. Senang untuk berniaga

    Zaman sekarang ramai yang nak berniaga. Zaman yang agak genting dengan perbelanjaan yang semakin meningkat dan pendapatan yang statik. Nak tak nak kena cari langkah untuk hadapinya. Seperti yang pernah kongsikan dalam entri cara untuk hadapi kenaikan harga minyak ini, kita kena ada pendapatan sampingan untuk memastikan kehidupan kita tak terjejas dengan peningkatan kos sara hidup.

    Salah satu caranya ialah berniaga. Untuk yang tidak mempunyai banyak masa kerana terikat dengan kerja utama, perniagaan online bagus untuk dicuba. Salah satunya ialah dengan menggunakan platform instagram. Dengan gambar yang cantik dan caption yang mampu menyentuh hati prospek yang sedang mencari produk atau servis yang sedang kita tawarkan, pelanggan senang untuk berinteraksi dengan kita.

    Dengan followers instagram yang ramai, ia akan menjadi seperti satu iklan kepada mereka untuk membeli produk ataupun perkhidmatan kita. Ini adalah antara tips berbisnes dengan Instagram

    3. Kredibility

    Untuk penghebahan ilmu dan promosi perniagaan, salah satu perkara yang penting adalah impression orang terhadap kita. Impressi yang bagus akan meningkatkan kredibility kita sebagai orang yang arif dalam bidang ilmu yang kita kongsikan. Ia juga meningkatkan kredibilty kita di dalam bisnes yang kita ceburi.

    Kredibility ini amat penting sebenarnya. Followers akan lebih yakin dengan kita jika mereka menganggap kita mempunyai kredibility yang tinggi. Dengan mempunyai followers instagram yang ramai, kredibility kita sedikit sebanyak akan naik di mata followers.

    4. Menarik perhatian syarikat pengiklanan dan PR

    Bagi bloggers yang mencari pendapatan melalui pengiklanan di blog, review produk, dan sebagainya, mereka perlu ada sesuatu yang boleh membuatkan syarikat ataupun PR memilih blog mereka untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

    Salah satunya ialah mempunyai content yang baik dan menarik. Content sebegini mampu menarik pembaca ke blog. Faktor lain yang menjadi faktor pemilihan PR ialah jumlah trafik unik dan jumlah pageview sesuatu blog itu. Untuk blog yang dah ada pembaca sendiri ataupun blog yang padat dengan elemen SEO, trafik mungkin bukan masalahnya. Tetapi untuk blog yang masih diperingkat pertengahan yang trafiknya sekitar 500 – 1,000 sehari mungkin memerlukan faktor tambahan untuk menjadikannya dipilih oelh PR.

    Salah satu yang boleh menyokong dan memberikan nilai tambahan kepada blog seperti ini ialah keampuhan dan kekuatan media sosial seperti FB, Twitter dan Instagram ini. Jadi kelebihan mempunyai followers instagram yang ramai adalah ia boleh menyokong kelemahan blog yang kurang trafik.

    Itulah antara kelebihan – kelebihan anda jika ada followers instagram yang lebih ramai. Banyak gunanya. Bukan bertujuan meninjuk tapi ia memberi nilai tambah kepada kita dan blog kita. Jadi pertingkatkan usaha untuk anda gandakan followers anda.

    Kepada yang masih belum menjadi kawan aku kat Instagram, jom kita follow memollow:

    https://www.instagram.com/sohoque/

    https://www.instagram.com/explorasa/

    https://www.instagram.com/caknawang/

    Latest articles

    Related articles

    34 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge