4 Soalan Wajib Yang Perlu Korang Tanya Masa Jumpa Cikgu Untuk Ambil Report Card

Mesti ada yang terfikir apa soalan yang perlu korang tanya masa jumpa cikgu kelas anak untuk ambil report card anak kan? Mesti terfikir punya.. Tambah-tambah lagi ibubapa yang pertama kali lalui suasana macam ni.. Haaa jap.. Nanti aku bagitau soalan apa yang perlu korang tanya.. Sabar-sabar.. teruskan pembacaan..

Hurmmm hari ni tak boleh pergi appointment jauh-jauh daripada kawasan rumah. Malam tadi si Iffah bagitau pagi ni ada kena jumpa cikgu kelas dia untuk ambik dan sign report card. Haaa sekarang macam best jer sebut report card. Dulu masa aku kecik, orang panggil kad kemajuan jer benda alah ni.

Sekolah Iffah, view dari tingkat 2

So pagi tadi, lepas jer hantar Ifza ke sekolah Smart Reader Kids (tadika) dia, terus aku singgah Restoran Sri Aman Food Corner yang selalu aku singgah ni untuk makan sarapan dengan pantasnya. Tak boleh lepak-lepak macam biasa hari ni. Sebabnya kalau lambat sampai ke kelas Iffah, confirm ramai ibu bapa yang dah sampai dan beratur tunggu giliran. Jenuh pulak nak menunggu giliran nanti.

Sampai sekolah dah pukul 9.30 pagi macam tu. Fuuuh.. penuh dah kereta ibubapa yang datang. Memang sah dah ramai yang beratur tunggu giliran ni. Tapi ok jugak sebenarnya. Sambil tunggu giliran tadi sempat juga aku siapkan quotation yang client mintak tempohari. Aku draft dalam iPhone jer. Masa nak hantar emel jer aku bukak laptop jap. So kiranya tak der la nampak aku ni bapa yang sibuk sangat sampaikan tengah tunggu giliran nak ambil report card pun buat kerja pejabat. Haaa.. gitu..!

Beratur tunggu giliran. Boleh duduk ok la…

Lepas tu sempat jugak aku perkemaskan apa yang nak bincang dengan cikgu kelas Iffah nanti. Apa soalan yang perlu aku tanya untuk aku tahu perkembangan Iffah setakat ini. Soalan tu pulak perlu “straight to the point” supaya cikgu terus dapat jawab seringkas mungkin memandangkan masa pertemuan agak singkat. Lama-lama bincang karang, marah pulak ibubapa yang tunggu giliran selepas kita.

Ok.. kalau korang pergi jumpa cikgu untuk ambik report card gini, apa soalan yang korang tanya? Ni aku bagi cadangan soalan-soalan yang wajib korang tanya masa jumpa cikgu sekolah anak untuk ambil report card:

1. Apa/macamana keputusan peperiksaan anak?

Yang mesti first sekali kena tanya. Sebab kita pun tak sabar nak tau keputusan peperiksaan anak. Melainkan korang jenis ibubapa yang tak cakna anak.

Lepas tu dah tau result boleh la korang nak tanya benchmark markah-markah tu. Kadang-kadang soalan peperiksaan tu saja cikgu susahkan sikit untuk uji pelajar dia. So kalau standard soalan agak tinggi level kesusahannya, dia dapat B pun boleh diterima la. Tanya jugak kawan-kawan sekelas macam? Kalau cikgu cakap 90% dapat A, sedangkan anak kita dapat B.Maka sudah tentu pencapaian anak kita di bawah benchmark yang sepatutnya.

Lepas tu boleh tanya nombor dalam kelas dan nombor dalam darjah secara keseluruhan. Daripada sini juga boleh nilai tahap pencapaian sebenar berbanding rakan yang lain.

2. Macamana kelakuan dia dalam kelas?

Ni juga soalan penting untuk ditanya. Kadang-kadang di depan kita kelakuan anak kita lain. Tapi bila di belakang, bila bersama rakan-rakan sekoalh, perangainya mungkin lain. So kalau tanya cikgu kita boleh la pantau kelakuannya. Kalau kurang baik kena la kita slow talk dengan anak kenapa dia jadi macam tu.

Macamana penglibatan dia di sekolah juga boleh ditanya. Aktifkah dia. Suka tolong cikgu dan rakan-rakan ke tidak? Suka bertanya soalan di dalam kelas atau tidak? Berlumba-lumba angkat tangan untuk jawap soalan yang cikgu tanya dalam kelas atau tidak?

Itu semua antara soalan-soalan yang penting yang boleh ibubapa tanya kepada cikgu sewaktu hadir untuk mengambail dan sign report card anak.

3. Apa perlu ibubapa buat sebagai support di rumah untuk dia improve kelemahan dia

Bila dah tau tahap pencapaian anak, tanyalah cikgu apa yang kita boleh buat di rumah untuk meningkatkan lagi pencapaian anak. Method belajar macamana yang boleh diterapkan supaya dia dapat menangkap pelajaran yang dibaca dengan cepat sewaktu belajar di rumah. Buku rujukan dan buku latihan apa yang sesuai digunakan untuk anak kita untuk dibuat latih tubi kat rumah.

Biasaya cikgu ada banyak cadangan yang boleh ibubapa campur dengan cara belajar sendiri di rumah. Jika cadangan sesuai maka boleh la cadangan tersebut diguna pakai.

4. Apa nombor telefon cikgu.

Ini pun penting. Senang kalau ada nombor telefon cikgu ni. Apa-apa nak tanya boleh taya direct jer. TAk perlu nak tunggu majlis ambil report card untuk jumpa cikgu. Nak confirmkan tentang apa-apa yang kita keliru dengan arahan phak sekolah pun boleh whatsapp tanya cikgu sendiri.

Haaa tu lah soalan-soalan besar yang biasanya aku tanya cikgu semasa sesi ambil report card. Bawah soalan besar tu banyak la soalan-soalan kecil yang bersangkut pautnya.

Usahakanlah luangkan masa untuk anak

Tadi ada dengar yang cikgu tanya rakan kelas Iffah kenapa ibu atau bapa di atak datang. Anak dia cakap ayah dia sibuk sangat hari ni. Aku bersangka baik. Mesti ayah dia betul-betul sibuk. Kalau tak mesti dia datang.

Mak dan ayah… datanglah ke sekolah kalau ada sesi macam ni. Kita boleh tanya sendiri kat cikgu tentang anak kita. Tak der lah kita dengar cakap anak jer. So kita boleh kenal anak kita macamana dia bila di belakang kita. Kadang-kadang anak ni depan kita lain, kat belakang kita bila dia bersama kawan-kawan dia, dah jadi lain. So dengan datang sesi macam ni boleh la cikgu bagitau sedikit sebanyak berdasarkan pemerhatian dia sebagai guru kelas.

Sebagai sokongan moral kepada anak kita sendiri. Frust anak kita bila ayah atau mak kawan-kawan dia semua datang jumpa cikgu, tapi mak dan ayah dia tak datang. Mesti moral dia down giller.. Dia pun tak nak rasa macam ayah dan mak dia tak pedulikan dia. Nanti mesti dia sedih bila kawan-kawan dia tanya kenapa mak dan ayah dia tak datang.

Bila kita datang berbincang dan kenal cikgu, insyaAllah keberkatan anak kita dalam belajar pun akan bertambah. Cikgu pun akan lebih redha dan ikhlas untu sampaikan ilmu kepada anak kita. Keikhlasan dalam mengajar amat penting untuk keberkatan dalam pelajaran.

So datanglah ya kalau ada perjumpaan macam ni. Usahalah untuk cuti. Takkan mak dan ayah dedua tak boleh mohon cuti. Mesti salah seorang boleh cuti. Aku dalam hal-hal macam ni alhamdulillah.. Kerja flexible time aku sebagai unit trust consultant ni tak der langsung menghalang aku daripada benda-benda macam ni.

Aku tak perlu mohon cuti pun kalau ada hal yang berkaitan dengan anak kat sekolah atau apa-apa yang berkaitan dengan anak. Contohnya macam semalam. Ifza sakit Aku ok jer boleh luangkan masa untuk hantar dia ke hospital untuk jumpa doktor. Balik tu aku jaga dia terus sampai isteri aku balik kerja. Ok jer. Kebetulan lepas raya ni aku belum full swing lagi jumpa client unit trust.

Saper yang berminat nak kerja best macam aku boleh roger ya… hehehe.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply