Indeks KLSE berada di paras 1250+/- hari ini berbanding 1600+ dalam tempoh setahun yang lepas.
Keadaan ini sedikit sebanyak turut menjejaskan harga Unit Trust terutama dana dalam kategori ekuiti. Ini adalah kerana sebahagian besar dana ekuiti dilaburkan di pasaran saham.
Kepada pemegang unit UT (pelabur Unit Trust), apa yang kalian perlu buat pada masa pasaran saham tengah merudum rendah ini?
Berikut adalah langkah yang boleh kalian buat untuk kalian mendapat pulangan lebih hensem di hujung sasaran masa pelaburan kalian nanti.
1. Sebaiknya kalian tambah lagi pelaburan di masa harga yang rendah ini.
Ini akan menolong kalian merendahkan kos purata pelaburan kalian yang mana akan memberikan kalian pulangan yang lebih tinggi apabila pasaran saham kembali pulih nanti.
Ingat.. Tiada pasaran saham yang merudum selamanya. Lihat sahaja sejarah turun naik pasaran saham sejak dulu. Malah jika dibuat Analisa, tempoh masa merudum lebih pendek masanya berbanding dengan tempoh masa menaik..!

2. Jangan JUAL!!! Jika kalian nak “cut loss” sekalipun jangan jual.
Sebaiknya kalian gunakan fasiliti “switching”.
Switching ni ialah satu fasilti di mana kalian boleh menukar dana dengan kos yang sangat rendah. Fasiliti ini adalah satu fasiliti yang tiada di pelaburan lain.
Ia terbukti sebagai cara yang lebih baik daripada menjual dana UT kerana jika kalian jual, kalian akan dikenakan caj lagi jika kalian mahu melabur semula dalam dana ekuiti nanti.
Nak tukar dana ke mana dah kalua semua dana turun harga?
Kawan-kawan, sebenarnya bukan semua dana UT turun harga tatkala pasaran saham merudum. Yang banyak terkesan hanya dana dalam kategori ekuiti. Dana dalam kategori Bond, atau pun Money Market, steady saja sifatnya. Tak turun pun. Silap-slap ia naik pula..
Jadi tukarlah (switch) daripada dana ekuiti kalian yang sedang menurun nilainya tadi ke dalam dana Bond ataupun UT ni untuk mengurangkan pemerosotan nilai. Parkir di sini dahulu.
Nanti bila pasaran dah agak-agak nak pulih switch semula ke dana ekuiti.
Inilah antara cara melabur dalam UT. Bukan saja-saja fasiliti switching tu dibenarkan. Ini adalah strategi ampuh untuk pelabur UT kecilkan penurunan nilai pelaburan mereka.
3. Kekal focus.
Ingat objektif pelaburan kalian. Objektif masa. Objektif berapa RM dana yang kalian mahu yang kalian rancang Bersama konsultan UT kalian masa awal-awal kalian buat pelaburan dulu.
Tak perlu kalian panik dalam keadaan sekarang. Sebabnya ini baru separuh jalan dalam perancangan kewangan (dana persaraan) kalian. Ada banyak masa lagi untuk kalian kumpul unit sebanyak mungkin.
Unit yang terkumpul inilah nanti yang akan memberikan kalian pulangan di waktu persaraan kelak. Unit inilah yang berkerja untuk kalian di kala kalian dah tak berkerja nanti. Dengan unit inilah nanti kalian akan dapat agihan tahunan daripada dana UT yang kalian labur ni.
4. Sentiasalah berhubung dengan konsultan UT (UTC) kalian.
UTC kalian akan menerangkan berkali-kali kepada kalian tentang langkah-langkah ini.
Carilah konsultan yang jelas ilmunya dalam UT ni. Kalau konsultan pun kelabu asap dan tak paham apa itu UT, masalah juga tu.
5. Berdoalah.
Apa-apa pun jangan lupa berdoa kepada Allah. Doakan semoga perancangan kewangan yang kita rancang in ilicin perjalanannya. Moga dana yang kita perlukan masa persaraan nanti akan tercapai.
Perlukan nasihat PERCUMA tentang UT? Boleh klik link: http://www.wasap.my/+601151044626/UnitTrust
setuju masa untuk tambah unit.
ummi nani recently posted..Bercuti di Morib Gold Coast sempena birthday adik Ben
terima kasih sebab setuju. hehehe
yang lain tu tak setuju ke?