Ni cerita sebelum raya bebaru ini. Perjalanan daripada KL menuju ke Kuala Terengganu yang paling lama yang pernah aku tempuh.
Oleh kerana isteri aku masih berkerja pada hari Jumaat sebelum hari raya, maka aku membuat keputusan untuk balik pada keesokan harinya saja iaitu hari Sabtu. Pilihan lain yang aku boleh buat ialah aku balik selepas isteri habis berkerja pada petang Jumaat itu juga. Berbuka puasa di dalam kereta saja seperti yang aku buat di tahun-tahun sebelum ini.
Tetapi kali ini kami telah membuat keputusan untuk ubah sedikit jadual perjalanan pulang ke kampung. Jadi kami bertolak di awal pagi Sabtu. Bangun seawal pukul 4 pagi, kami bersahur di restoran mamak dan selepas itu terus memecut laju menuju destinasi dengan manggunakan lebuhraya NKVE.
Kami berhenti sekejap untuk menunaikan solat subuh di Hentian Tol Duta. Bertolak dari situ tepat jam 6.00 pagi seusai solat subuh berjemaah. Masih terngiang bacaan ustaz yang menjadi imam pada pagi itu. Lunak merdu.
Lepas je Plaza Tol Duta terus jem. Pergerakan amat perlahan. Pukul 8.35 pagi baru sampai ke Plaza Tol Gombak.Ingatkan lepas tu ok la sikit. Rupanya sama jer. Pergerakan siput.
Oh ya, pagi itu isteri aku yang sukarela nak drive. Aku duduk sebelah je. Wife aku ni memang boleh harap bab drive ni. Memang tahan lasak. Tengah bersusah payah drive, tetiba anak aku Iffah mengadu nak buang air kecil. Kebetulan beberapa kilometer daripada situ ada stesen minyak Petronas. So, aku suruh dia sabar sementara sampai stesen minyak Petronas Paya Serai tu.
Tapi sampai saja stesen minyak tu.. peerrgghh ramai giller orang berhenti. Kereta parking sampai di tepi highway. So, wife aku bawak anak aku ke tepi longkang dan buang air kecik kat situ je. Basuh dengan air mineral.
Sampai di RnR Lanchang dah pukul 2 lebih. Aku pulak terasa nak buang air kecil. Memandangkan dah masuk masuk waktu Zohor aku buat keputusan untuk berhenti solat kat situ.
Kat tandas, barisan panjang terbentuk. Masing-masing beratur untuk menunggu giliran ke tandas. 15 minit jugak aku beratur sebelum dapat masuk menunaikan hajat aku.
LPT 2
Memang hajat di hati untuk melalui sendiri LPT 2 yang digembar gemburkan sudah dibuka untuk laluan orang ramai. Nak juga tengok cepat ke tidak sampai kampung berbanding jalan biasa.
Jadi memang dah plan la tak nak ambik exit Gambang. Tapi sampai je exit gambang kereta dah perlahan giller bergerak. Tak tahu kenapa. Ingatkan ada kemalangan. 4 jam juga kot ambil masa nak sampai ke tempat tol exit ke LPT 2 tu.
Rupanya semua terpaksa melencong ke exit untuk ke Sungai Ular atau Jabur (jalan lama) akibat daripada highway yang tidak dibuka untuk jalan terus ke LPT 2. Ini punca kesesakan rupanya.
Dah lepas tol ok sikit. Perjalanan lancar. Tetapi dalam 8 kilometer perjalanan lagi sekali terbantut. Jem tak bergerak!. Yang bestnya kita semua tak ada info sebab apa jadi macam tu. Dah la papan tanda kurang. Ini yang lebih mengelirukan pengguna. Betul ke tidak jalan tu ke Kuala Terengganu? Itu adalah antara persoalan yang bermain di kepala.
Dah lama sangat di situ aku mengambil keputusan membuat U-Turn untuk berpatah balik. Aku sempat berhenti di tepi jalan untuk berbual dengan beberapa pemandu yang berhenti di situ. Daripada mereka aku tahu yang di depan sana ada kemalangan yang menyebabkan jem teruk. Semua yang aku borak tu nak balik ke Kelantan. Menurut mereka tahun ni ramai rakyat Kelantan memilih untuk lalu LPT 2 untuk mengelakkan kesesakan di jalan Gua Musang. Ini juga menyumbang kepada pertambahan kenderaan yang mendadak.
Aku berpatah balik menuju tol tadi untk memilih menggunakan jalan pantai. Jem lagi sekali untuk sampai ke tol. 2 jam jugak aku habiskan masa di situ. Waktu sudah menginjak senja. Memang aku dah agak tak sempat berbuka puasa di rumah.
Pergerakan agak lancar menuju ke Kuala Terengganu melalui Kemaman. Sampai je di Kijal Kemaman aku berhenti di tempat orang jual lemang tu untuk beli lemang yang dikirim oleh emak mertua dan kakak di kampung. Ngam-ngam sampai situ azan Maghrib. Terus je aku dan keluarga berbuka puasa dengan lemang.
Kami teruskan lagi perjalanan ke Kuala Terengganu. Perjalanan gak lancar. Mungkin kerana ramai yang balik kali ini memilih LPT 2 dan masih terperangkap di sana.
Aku sampai di rumah di Terengganu tepat jam 9.30 malam. Terus menuju ke dapur untuk makan lauk berbuka puasa yang kakak aku simpan untuk kami.
Fuuuh.. hampir 16 jam perjalanan dari KL ke Kuala Terengganu. Yang paling lama dalam sejarah hidup aku. Kawan wife aku yang tertunda jadual penerbangannya ke Dubai untuk beraya bersama ayahnya di sana dah sampai awal dulu daripada kami.
Wife aku mendapat perkhabaran daripada kawannya yang juga bertolak pada pagi yang sama tapi lewat setengah daripada kami. Masa kami sampai di rumah, dia bersama ayahnya baru berjaya keluar exit Sungai Ular sebelum Kemaman, Terengganu. Disebabkan dah lewat dan letih diorang mengambil keputusan untuk bermalam di hotel di Cherating sahaja malam itu dan menyambung perjalanan pulang ke Kuala Terengganu pada keesokan paginya.
Apa-apa pun syukur sebab kami berjaya sampai dengan selamat walaupun amat penat. Nasib baik la anak-anak aku terutama baby Ifza yang berusia 2 tahun tu tak buat perangai.
5 Sebab Jem Teruk Di LPT dan LPT 2 Sewaktu Pulang Beraya pada pengamatan aku ialah:
1. LPT 2 belum bersedia untuk dibuka
Dengan tidak membuka laluan terus daripada exit Bukit Goh ke LPT 2 memang menjadikan keadaan sesak teruk. Ini kerana pengguna terpaksa mengambil exit untuk ke Sungai Ular dan Jabor (jalan lama). Selepas tol pengguna terpaksa U-Turn semula untuk masuk ke LPT 2 semula untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
2. Papan tanda yang kurang
Kurangnya papan tanda menjadikan pengguna keliru. Ini ditambah lagi dengan suasana yang sesak akibat kemalangan. Pengguna jadi tertanya-tanya adakah betul jalan yang diambil mereka. Lebih parah apabila mereka melihat kenderaan di hadapan membuat U-Turn. Lagi mereka ini keliru. nak U-Turn jugak ke atau teruskan.
Jika ada papan tanda yang jelas, sekurangnya mereka tau mereka sudah berada di laluan yang betul.
3. Tiada info kejadian di hadapan
Sepatutnya bila terjadi kemalangan yang mengakibatkan jem yang tak bergerak, pihak berwajib mestilah memberitahu pengguna alternatif yang boleh diambil. Jip peronda mestilah membuat rondaan dari jalan bertentangan untuk memberitahu kejadian sebenar dan cadangan jalan alternatif.
4. Kemalangan dan tanah runtuh
Kemalangan yang berlaku di LPT 2 dan tanah runtuh di jalan lama Jabor juga menjadi penyumbang kepada kesesakan teruk itu.
Apabila keadaan kenderaan yang tidak bergerak itu terjadi, ada sesetengah pemandu yang membuat U-Turn untuk berpatah balik samada untuk menggunakan jalan pantai melalui Sg Ular ataupun melalui jalan Jabor (jalan lama) menuju Cheneh dan seterusnya ke Kuala Terengganu.
Bagi yang memilih untuk menggunakan Jalan Jabor, mereka sekali lagi terperangkap kerana tanah runtuh. Jem kat situ pulak. Nasib baik aku mengambil keputusan untuk terus memilih jalan pantai. Itupun kerana minyak kereta hampir habis dan jalan Jabor memang tiada stesen minyak kecuali di Cheneh.
5. Orang Kelantan yang berpusu-pusu memilih LPT 2 untuk ke negeri mereka. Ini juga menjadi punca kesesakan yang teruk.
Memang serik bila terkenangkan perjalanan yang panjang itu. Harap-harap tahun-tahun mendatang, perkara ini tidak berlaku lagi. Pihak pengurusan lebuhraya harus memikirkan jalan terbaik untuk menghindari perkara begini dengan pantas. Kesian pemandu-pemandu yang keletihan.
selamat hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin!
Sebelum LPT lagi rasanya dekat KL pun dah sesak teruk dah kn bro. Hehe. memang dah tak boleh nak elok dah tu. Nak ke pantai timur takda alternatif lain selain daripada karak tu.
Hazmin Hamudin recently posted..Operasi Pembersihan
itu la.. drp tol duta ke tol gombak pon dah makan 2 jam setengah
tak pelah bro…sekali sekala hadapi jem macam tu.
Hero Borneo recently posted..Perkara Asas Tentang Hukum Tarikan
ya la.. nak buat mcmana ya tak? hehehehe
Teruk jem macam tu. berjam-jam menunggu macam tu nak sampai destinasi.
Bahrain recently posted..Movie Guardians of the Galaxy
tu la.. mmg menguji kesabaran
[…] Balik kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini sempat juga berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu walaupun sibuk beraya di sana sini. Itu pun setelah keadaan agak reda iaitu pada hari raya ke 5. Jika tidak jalan-jalan utama di sekitar Kuala Terengganu ni memang sesak dengan kenderaan. Macam KL juga. Jem teruk…! […]
Mmg banyak dengar berita jem teruk di sana sewaktu hari raya.. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir batin.. 🙂
Khir Khalid recently posted..Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014
selamat hr raya.. maaf zahir batin bro