5 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir Ke BioUsahawan 2019

0
2585

Bebaru ni aku ada kongsikan tentang satu event yang penting untuk para usahawan sertainya supaya mendapat pelbagai peluang dalam mengembangkan perniagaan mereka iaitu BioUsahawan 2019.

Kali ni aku nak kongsikan kenapa korang juga (walaupun korang bukan usahawan) perlu datang ke event ini.

5 Tarikan Yang menjadi Sebab Kenapa Korang Perlu Hadir Ke Event BioUsahawan 2019

1. Banyak Produk-produk Yang Menarik Untuk Dimenangi.

Di BioUsahawan 2019, usahawan-usahawan tempatan akan menampilkan pelbagai jenis produk-produk bio di Malaysia yang dihasilkan oleh mereka. Ada produk-produk untuk kesihatan, penjagaan diri, kecantikan, suplemen, makanan dan pelbagai lagi

Produk-produk bio tempatan ini berkualiti dan bernilai tinggi serta setanding dengan produk-produk jenama antarabangsa kerana ia adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh syarikat-syarikat bio.

Sempena BioUsahawan 2019, ada 10 set produk-produk bio untuk dimenangi. Jawab sahaja soalan di link ini: https://form.jotform.com/90698488773985

Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk mengambil hadiah di BioUsahawan 2019, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019. 

2. Artis-artis Idola

antara artis yang bakal menyertai BioUsahawan 2019

Selebriti-selebriti terkenal yang juga terlibat dalam perniagaan mereka akan turut sama hadir untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat mereka. Setakat ini antara yang telah mengesahkan penyertaan Noryn Aziz, Salma Asis, Datin Diana Danielle, Fazlyna Ahmad Daud dan Altimet

Mereka akan jual pelbagai produk syarikat mereka, termasuklah produk kecantikan, kosmetik, makanan, selendang dan pelbagai lagi! Juga ada produk kosmetik oleh Sarimah Ibrahim!

Aku juga slot bual bicara oleh Altimet di mana beliau akan berkongsi tentang pengalamannya dalam dunia keusahawanan yang bertajuk “No Plan B” pada 16 Mac pukul 3.20pm di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

3. Dengarkan Sesi Panel, Bual Bicara – Jawab & Menang

Ada pelbagai topik menarik untuk dikupas di BioUsahawan 2019 semasa sesi panel dan bual bicara oleh pakar-pakar industri. Ini termasuklah:

  • Sesi perbincangan tentang peluang-peluang dalam dunia digital untuk meningkatkan perniagaan bagi usahawan tempatan
  • Sesi perbincangan tentang dana dan pembantuan pembiayaan lain yang disediakan oleh Kerajaan, agensi dan pemain industri bagi membantu usahawan
  • Sesi perbincangan tentang aplikasi teknologi dalam industri agro bagi menambah nilai produk/perkhidmatan
  • Sesi penyampaian tentang produk dan perkhidmatan oleh usahawan tempatan berasaskan bio

Selepas sesi bual bicara, korang boleh menang hadiah! Jadi hadirkan diri di sesi panel ini (lihat kepada jadual), jawab soalan senang dan menangi hadiah-hadiah menarik seperti penginapan hotel, voucher makanan, produk bio dan banyak lagi!

4. Derma & Menang Sambil Selamatkan Persekitaran!

Jika korang ada pakaian atau kain yang tak nak dipakai, jangan buang. Bawak pakaian tersebut ke BioUsahawan dan derma saja ke tong Kitar-Kloth di BioUsahawan!

Kitar-Kloth adalah program kitar semula kain dengan kerjasama Kloth Cares, Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd dan Selangor Youth Community.

Dermakan kain yang telah diguna seperti pakaian, kasut, tali pinggang, beg tangan, tuala, linen atau permainan. 

Kain yang dikumpul akan diderma kepada orang yang memerlukannya atau dieksport dan diubah menjadi barang lain seperti kain lap, kerusi kereta dan bahan bantal.

Dermakan pakaian/kain korang di tapak P03 di BioUsahawan 2019 (di kawasan eFM dan #BIOCHAT) dan anda boleh menang hadiah!

Layari https://www.instagram.com/p/BudCipmHarp/ untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini.

5. Pendaftaran Masuk Ke BioUsahawan 2019 Yang Senang

Daftar awal dan elakkan beratur panjang! Sebaik sahaja korang telah mendaftar, korang hanya perlu mengumpul pas pada hari yang korang akan datang.

Gunakan kod QR atau pra-pendaftaran melalui link ini https://form.jotform.com/90568850256970.

Pendaftaran ke BioUsahawan 2019 adalah PERCUMA!

Aku dah siap daftar dah. Korang yang berminat nak join jom baftar segera. Jumpa korang kat sana nanti!

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang acara BioUsahawan 2019 dengan lebih lanjut bolehlah melayari laman web www.bioeconomycorporation.my atau mengikuti kami di:-

  1. Facebook www.facebook.com/BioeconomyCorporation
  2. Twitter  twitter.com/bioeconomycorp
  3. Instagram www.instagram.com/biousahawan

Loading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge