More

    5 Sebab Kenapa Youtube Penting Kepada Seorang Blogger

    Alkisahnya… Pagi ni Youtube problem. Down..! Hahaha.. Ni pertama kali aku tau Youtube problem macam ni. Dia keluar mesej 500 Internal Server Error. Mungkin selama ni aku kurang cakna pasal Youtube kot. Baru jer aku nak up youtube aku ni. Jenuh jugak ni sebenarnya.. Dengan skill buat video aku yang tak seberapa ni.

    ini yang korang akan jumpa kalau masuk Youtube pagi ni

    Tapi aku sebenarnya kagum jugak. Dengan banyak perkara tak tau pasal Youtube, dengan video yang entah apa-apa jer yang aku share dalam tu, tapi followers ada 1,000 lebih jugak. Kira ok la tu kalau nak banding dengan rakan-rakan blogger aku yang aktif buat video. Diorang ada yang lagi sikit kot followers.

    Ni channel Youtube aku. Sila follow yer.. Hehehe

    Manfaat Youtube pada seorang blogger

    Apa manfaatYoutube pada seorang blogger? Kenapa Youtube ni penting pada seorang blogger?

    Memang sekarang nak kena ikut arus la. Youtube ni memang wajib ada kot kalau korang seorang blogger. Malah syarikat-syarikat media pun dah banyak tumpu pada Youtube ni. Contohnya yang giat promo channel youtubenya adalah TV3 dan media-media cetak yang dah beralih kepada media digital seperti syarikat akhbar, majalah dan lain-lain.

    Banyak manfaat youtube ni pada korang sebagai seorang blgger. Antaranya:

    1. Sebagai tempat untuk menyimpan data video

    Video ni besar saiz failnya. Jadi kalau korang nak muatnaik video dalam blog korang, korang kena ada perantara. Kalau tak kejap jer penuh storage hosting korang tu. Jenuh la korang bayar untuk tambah storage.

    Jadi cara bijak dan terbaik adalah korang gunakan perantara seperti Youtube, Vimeo dan lain-lain lagi platform sosial untuk video.

    Setakat ni yang aku nampak paling best adalah channel Youtube la. Nanti masa korang publishkan artikel ataupun entri korang tu korang letak la link Youtube sekali.

    2. Sebagai sumber income

    Youtube ni macam blog jugak. Kita boleh monetised dia. Maksudnya kita boleh dapat income daripada video yang kita upload kat Youtube tu. Haaa bukan sesajer ya ada channel Youtube ni.

    Macamana nak dapat duit daripada Youtube..?

    Haaa ada beberapa cara kot. Tapi yang paling femes dan senang, adalah dengan meletakkan iklan Google Adsense kat video Youtube kita. Kalau korang perasan (mesti perasan punya), kalau korang tengok video Youtube, masa permulaan tu akan ada iklan yang keluar yang mana korang kena tunggu 5 saat dulu untuk teruskan tengok video yang korang nak tengok tu. Kalau video panjang, kadang tengah syiok korang tengok ada lagi iklan yang keluar.

    Tu la iklan google adsense. Kalau orang yang tonton video korang tu klik iklan tu, mereka akan dibawa kepada website iklan tu. Setiap kali orang klik iklan tu, akaun orang yang letak iklan tu akan dapat duit mengikut kadar bayaran per click iklan tu. So itu lah pendapatan daripada Youtube.

    Pendapatan adalah di dalam Dollar. Sebab tu kalau tunaikan pendapatan tu, Cash yang kita dapat nanti akan ditukarkan dahulu kepada RM. Masyuk jugak tau..! Dan jangan terkejut, Youtubers yang ramai pengikut di luar sana membuat ribuan Dollar sebulan dengan channel Youtube ini.

    So ini jugak adalah alasan yang cukup kuat kenapa korang kena ada Youtube. Inilah manfaat Youtube kepada bloggers di mana blogger boleh dapatkan pendapatan tambahan dengan cara monetised videonya di Youtube.

    3. Sebagai salah cara lain untuk sampaikan maklumat selain daripada blog

    Orang ramai di luar sana ada macam-macam taste and reference. Mereka ada keutamaan masing-masing. Ada yang suka membaca, dan ada yang suka tengok video. Ada juga yang suka kedua-dua.

    Jadi dengan ada blog dan Youtube channel, korang masih boleh sampaikan info korang kepada mereka tak kira apa keutamaan mereka. Info akan tetap sampai.

    4. Cara untuk branding

    Blogger pun kena ada branding. Menjadi blogger ni ibarat macam perniagaan. Kena bijak mengurus. Macamana nak buat promosi blog kita, macamana nak tarik trafik dan lain-lain semuanya ada cara dia.

    Branding adalah salah satu cara untuk orang kenal kita. Bila orang dah kenal senang la. Mereka akan ikut kita ke mana saja. Sebab nama kita dah tertanam dalam pemikiran mereka.

    Jadi dengan adanya Youtube dengan menggunakan brand ataupun jenama yang sama dengan blog dan media sosial yang lain, ia akan dapat membantu menaikkan brand (jenama) kita di mata pengikut kita. Ini sangat penting untuk seorang blogger dan Social Media Influencer.

    5. Cara untuk tarik traffik ke blog dan media sosial yang lain

    Macamana nak tarik orang supaya melawat blog ataupun media sosial kita yang lain?.

    Jika mereka suka video, kita boleh tarik mereka ke platform sosial kita yang lain dengan cara memasukkan link di dalam video dan juga bahagian description.

    Ia mendorong mereka untuk turut pergi ke link yang kita masukkan itu. Ini akan memberi trafik kepada platform social kita yang lain.

    Haaa nampak tak manfaat dan pentingnya Youtube pada seorang blogger ataupun dengan lebih khususnya kepada seorang Social Media Influencer?

    Korang yang nak follow Youtube aku boleh follow link: youtube.com/sohoque08youtuber. Moga korang dapat manfaat daripada perkongsian aku kat situ juga.

    Latest articles

    Related articles

    10 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge