6 Perkara Yang Perlu Korang Ajar Tentang Duit Kepada Anak

2
2068

Budak-budak seawal umur dalam lingkungan 5-6 tahun memang tak mengerti apa-apa lagi tentang duit. Mereka mungkin sudah kenal duit, tapi tidak ramai yang dah tau nilai duit tersebut.

Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak mengajar mereka tentang duit. Umur 6-7 tahun adalah waktu terbaik untuk mengajar mereka tentang perantara pertukaran barang ini.

Ini adalah kerana di peringkat umur ini mereka sudah mula mengenal nombor dan sudah mula pandai mengira. Jadi senang untuk kita mengajar tentang nilai wang.

Apa yang perlu diajar tentang duit pada anak?

Duit tak keluar daripada pokok macam buah

Anak kena faham yang duit ni adalah sumber yang terhad. Duit bukan datang atau tumbuh macam tu jer. Secara amnya, kita kena kerja kuat untuk dapat duit yang banyak.

Bagitau anak, sebab tu papa dan mama kena kerja. Untuk dapatkan duit untuk beli keperluan hidup semua la tu.

Jadi kita kena ada perancangan yang rapi untuk menjaga duit daripada keluar daripada simpanan kita begitu sahaja. Jangan tau belanja jer.

2. Ajar diorang tentang bajet

Bagi mereka sedikit duit untuk uruskan. Belanja sekolah pun boleh untuk tujuan ini. Nanti diorang akan berdepan dengan masalah nak beli barang tapi duit tak cukup.

Then kita tunjukkan pada diorang untuk berbelanja hanya untuk perkara yang mereka mampu sahaja. Berbelanja di dalam kemampuan.

Galakkan juga supaya dioran asingkan sebahagian daripada duit belanja tadi untuk kegunaan sewaktu kecemasan.

3. Kesabaran akan membuahkan hasil yang lumayan

Tanamkan dalam jiwa mereka tentang konsep kepuasan tertangguh (delayed gratification). Makna kata, biar kita bersakit sedikit dalam berbelanja sekarang demi untuk habuan yang lebih besar apabila tiba masanya nanti.

Ajar mereka untuk setkan objektif untuk mereka untuk apa simpanan tersebut dan bila sasaran masa duit tu bakal digunakan>

Tanamkan dalam diri diorang bahawa semakin lama mereka menyimpan semakin besar ganjaran yang akan mereka nikmati. Mereka mungkin masih belum faham akan konsep compounding, tapi lama kelamaan mereka akan terbiasa.

4. Keep track (rekod perbelanjaan)

Berikan diorang buku nota untuk diorang catatkan perbelanjaan diorang. Lagi bagus kalau boleh sediakan satu fail untuk menyimpan resit-resit perbelanjaan yang diorang buat.

Ini bagus dipraktikkan sedari kecil. Sebab kalau dah besar baru nak praktikkan, susah dah jadinya.

Aku ada seorang rakan yang mempunyai tabiat mencatat segala perbelanjaan harian ini. Ya, beliau catatkan secara manual dalam buku nota kecil beliau.

Memang tabik spring dengan kawan sorang ni.

5. Adakan senarai impian (wishlist)

Tanya diorang apa yang diorang nak beli. Apa wishlist diorang. Suruh diorang senaraikan.

Kemudian dah habis diorang senaraikan, duduk sekali dengan diorang dan bantu diorang untuk mengenal pasti kemahuan yang mana yang lebih utama.

Fahamkan diorang apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Kenapa kena utamakan keperluan berbanding kehendak.

6. Kongsi

Galakkan anak korang untuk menderma. Tekankan kepada mereka bahawa duit bukan hanya untuk membeli barang tetapi untuk menolong orang juga.

Bacakan ayat Quran serta hadith tentang sadaqah. Macamana sadaqah ini dapat mengembangkan lagi rezeki yang ada. Bagitau tentang pahala sadaqah ini dan bagaimana ianya boleh menolong kita sewaktu di alam barzakh nanti.

So itulah antara perkara-perkara asas tentang wang yang perlu korang ajar pada anak-anak korang. Aku ada cara aku sendiri. Mungkin korang juga ada cara korang sendiri. Kalau sudi, korang boleh kongsikan di ruangan komen.



Loading

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge