Alhamdulillah.. sebahagian besar persiapan persekolahan anak Abam Hoq dah selesai. Walaupun pakaian Iffah belum beli lagi sebab belum tau tingkatan 1 nya kat sekolah mana nanti. Namun untuk Iqbal dan Ifza dah beli semuanya.
Seperti tahun-tahun sebelum ni, Abam pilih Pusat Pakaian Hari-Hari untuk beli semua pakaian persekolahan anak-anak. Banyak sebab Abam pilih pasaraya ni untuk jadikannya pusat sehenti untuk mencari keperluan persekolahan anak.
Ni haa Abam senaraikan 6 sebab kenapa Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan Abam:
- Kualiti Kain
Kualiti kain kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni memang bermutu. Ia bukanlah kualiti sembarangan. Kain cottonnya lembut dan tebal standing dengan jenama-jenama berkualiti yang lain.
Abam agak mementingkan kualiti kain ni sebab kulit Ifza sensitive dengan kain. Silap pilih kain akan menyebabkan eczemanya aktif dan memberi masalah padanya nanti.
Kain yang paling sesuai dengan Ifza ialah kain cotton jenis lembut. Setakat ni, kualiti kain Pusat Pakaian Hari-Hari tidak memberi masalah kepada Ifza. Sebab tu Abam dah malas pergi tempat lain untuk membeli pakaian sekolah anak-anak.
- Harga yang sangat berpatutan
Tak mahal dan sangat berpatutan. Untuk set lengkap baju sekolah, seluar, kasut, dan stoking (untuk saiz paling kecil) hanya RM65 sahaja. Rasanya kalua beli kain pergi tempah kat tukang jahit pun tak dapat harga ni.
so beli kat sini lagi berbaloi. Harga lebih murah dan boleh dapat terus..!
- Ada di mana-mana
Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada banyak cawangan. Ini bagus jika masa kita pergi beli tu saiz yang kita nak dah habis. So kita boleh jer pergi ke cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari terdekat yang lain.
Ada 86 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia. Korang pergi jer ke mana-mana cawangan yang terdekat.
- Ada Free Gifts
Biasanya Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada free gifts untuk pengunjungnya di masa cuti sekolah macam sekarang ni. Macam sekarang, untuk sebarang pembelian daripada RM30 sehingga RM150, pelanggan layak untuk dapatkan kalender, stoking putih dan kasut putih secara PERCUMA. Tawaran ini sehingga stok masih ada.
- Diskaun untuk pemegang kad CIMB
Ini pula berita baik untuk pemegang kad debit/kredit CIMB. Mereka ini layak untuk mendapat diskaun sebanyak 15%. Tawaran ini hanya daripada 1 Disember sehingga 31 Disember 2019.
- Diskaun untuk belian online
Ada lagi diskaun menanti anda. Untuk sebarang pembelian di atas talian di website Hari-Hari: www.ehari.com. Anda layak mendapat diskaun sebanyak 15% daripada pembelian anda.
Penghantaran adalah PERCUMA untuk pembelian yang melebihi RM50.
Di zaman ekonomi yang tidak menentu sekarang ni, factor-faktor penjimatan macam ni memang susah untuk tidak digenggam. Sebab tu lah Pusat Pakaian Hari-Hari ni menjadi pilihan Abam sekeluarga.
Untuk mudahkan korang dapatkan info terkini dan promosi Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh singgah dan follow laman sesawang dan social media mereka:
Laman sesawang: www.ehari.com
Facebook: www.facebook.com/harihari
Instagram: www.instagram.com/harihariofficial
Korang dah beli pakaian sekolah anak? Boleh bertandang ke Pusat Pakaian
Hari-Hari sekarang..!
Gambar 1st tu lawa seyh…
Nina pun shopping kat Hari-Hari. Harga mampu beli Dan material nya berkualiti
Kaaan. Yg ptg one stop centre. Tak perlu prgi banyak tempat dah..
memamg berkualiti beli kain baju kat sini..dah siap jugaaa
yess… weolls pun beli kat hari hari… pjas hati dan berbaloi
typo… *puas hati