Sunday, May 28, 2023
HomeBloggingTips Blogging7 Cara Dapatkan Idea Untuk Menulis Blog Yang Menarik

7 Cara Dapatkan Idea Untuk Menulis Blog Yang Menarik

Ramai yang tertanya-tanya tentang tips dan bagaimana cara dapatkan idea untuk menulis blog yang menarik. Jom kita bincangkan..!

Bukan mudah menulis blog…!

Menjadi seorang penulis blog ni bukan semudah ABC sebenarnya. Terutama yang mempunyai blog di dalam niche tertentu. Penulis blog berniche perlu menulis di dalam skop niche ataupun kategori blognya tersendiri. Makna kata dia bukan boleh menulis hentam kromo sahaja.

Penulis blog yang ada niche, perlu tahu secara mendalam akan niche yang mereka tulis. Jika mereka nak tulis perkara santai sekalipun, mereka seboleh-bolehnya akan cuba hubungkan dengan niche blog mereka. Jika blog mereka berkisar tentang travel, tetapi mereka ingin menulis tentang tips kesihatan misalnya, mereka akan sampaikan idea penulisan tentang kesihatan mereka melalui ‘bahasa’ blog travel.

Contohnya, jika mereka ingin menulis tentang kebaikan melakukan senaman, mereka akan cuba relatekan dengan niche travel mereka dengan menceritakan secara tidak langsung tentang pengalaman mereka travel backpacking yang terpaksa menggunakan stamina yang tinggi. Tetapi mereka boleh hadapi dengan tenang kerana mereka punya stamina yang tinggi hasil daripada senaman yang selalu mereka amalkan.

tension - cara dapatkan idea untuk menulis blog
bukan senang nak jadi blogger yang hebat..!

Satu lagi masalah yang sering dihadapi ialah bagaimana ingin menulis dengan idea baru yang fresh. Idea baru dan terkini ini akan menjadikan blog mereka lebih menarik untuk dibaca dan diikuti oleh para pembaca blog mereka.

Senarai tips bagaimana cara dapatkan idea untuk menulis blog supaya sentiasa sedap dibaca

Berikut ialah beberapa cadangan untuk korang bagaimana cara untuk dapatkan idea baharu yang fresh dan menarik untuk penulisan blog korang:

1. Kenal pasti pembaca blog korang

Korang kena tahu kepada siapa korang menulis dan apa jenis topik yang pembaca blog korang suka.

Untuk ini, ada beberapa cara yang korang boleh buat:

Google Analytics

Pertama, korang boleh lihat statistik di Google Analytics. Daripada sana, korang akan boleh tau bermacam benda seperti range umur pembaca korang, jantina pembaca blog korang, dan banyak fakta lain lagi. Dari situ korang dah boleh tahu, apa topik yang sesuai untuk korang tulis.

google analytics - cara dapatkan idea untuk menulis blog

Misalnya, pembaca blog korang 70% perempuan yang berumur antara 20-30 tahun. Korang mungkin boleh pertimbangkan untuk menulis tentang perkara yang ada hubung kait dengan dubia hiburan misalnya. Ataupun topik yang berkait dengan gajet.

Jika korang nak tulis tentang perkara ilmiah pun, mungkin gaya bahasa yang korang gunakan dalam penulisan tu lebih santai. Mungkin korang boleh cari jalan untuk menulis tentang hiburan yang kemudiannya dikaitkan dengan apa yang ingin korang sampaikan.

Tanya pembaca

Kedua, korang boleh tulis satu entri bertanyakan apa topik yang pembaca korang suka untuk korang tulis. Kemudian ajak mereka untuk memberi cadangan di ruangan komen. Kemudian, dari situ korang akan tulis mengikut topik yang pembaca cadangkan.

Cuma biasanya, pembaca blog ni ramai juga yang jenis silent reader. Maksudnya mereka baca blog korang, tapi secara senyap-senyap tanpa memberikan apa-apa komen ataupun engagement. Jadi, korang boleh juga bertanya dengan membuat status di media sosial korang. Biasanya di media sosial, followers dan friends korang akan lebih cepat untuk berkerjasama berkongsi idea.

2. Ikuti perkembangan terkini

Korang kena sentiasa ikuti perkembangan semasa yang berlaku di dalam niche korang. Ada jer perkembangan terkini yang menarik, terus korang updates blog korang. Contohnya lika blog korang adalah blog Foodie. Mungkin korang boleh menjadi antara orang yang pertama yang updates tentang promosi besar-besaran yang dibuat oleh McDonalds sempena ulangtahun mereka bertapak di Malaysia (contoh)

Jadi korang kena sentiasa alert dan tulis tentang topik yang relevan dan tepat pada masanya.

3. Eksperimen dengan format yang berbeza

Tulis benda yang sama jer setiap kali memang menjadikan korang cepat ketandusan idea. Bukan korang jer yang rasa boring nanti, pembaca pun akan rasa boring. Contohnya jika blog Foodie, blog bernichekan tentang makanan, korang asyik tulis tentang food review jer. Lama-lama korang sendiri yang akan terasa bosan. Bila bosan ia akan menjejaskan mood korang untuk terus menulis sebab terasa menulis benda yang sama.

Untuk elakkan perkara macam ni, korang boleh cuba variasikan penulisan korang. Contohnya jika Foodie blog, korang boleh tulis tentang food review, restoran yang unik, resepi masakan, ‘how to cook’, promosi dan diskaun terkini dan macam-macam lagi mengikut kreativiti korang. Barulah korang tak terasa bosan, dan dapat idea yang banyak untuk ditulis di blog.

4. Gunakan penyelidikan kata kunci (keywords research)

Korang boleh gunakan Google Keyword Planner ataupun Ahrefs (sekadar menyebut beberapa tools) untuk mengetahui perkara yang orang cari di internet dan pertimbangkan untuk menulis tentang topik tersebut.

Yang terer SEO (link kelas seo), akan mendapat lebih advantage di sini. Sebabnya yang tau menulis dengan seni penulisan SEO, akan cuba menangi competition untuk keyword yang banyak dicari tersebut.

Jika mereka berjaya menempatkan page/entri mereka di ranking teratas untuk keywords tersebut, sudah tentu mereka akan mendapat limpahan trafik yang banyak daripada carian di enjin carian google.

5. Bekerjasama dengan orang lain

Korang boleh cuba berkolaborasi dengan  penulis blog atau pakar lain yang menulis niche sama dengan korang. Tawarkan kepada mereka untuk menulis di blog korang dengan membenarkan mereka membuat backlink kepada page dan blog mereka.

Jika mereka ini setuju, sudah pasti blog korang akan lebih ceria dengan entri dan idea yang fresh serta gaya bahasa yang lain. Ia akan memberi sedikit kelainan kepada blog korang.

Kadang-kadang korang akan dapat emel daripada blogger yang menawarkan diri untuk menulis di blog korang. Jika dapat emel macam ni, korang boleh la consider untuk terima jika entri mereka sessuai untuk blog korang.

Aku sendiri sudah banyak kali dapat emel macam ni yang mengajak untuk berkolaborasi. Tapi setakat ni aku tolak semuanya dengan baik dan ikhlas sebab semuanya tu daripada penulis berbahasa Inggeris. Jadi macam janggallah pulak kalau aku setuju. Nanti tetiba jer ada entri English. Nampak sangat something fishy di situ. Huhu

6. Berehat

Kadangkala, berehat daripada menulis dan melakukan perkara lain boleh membantu merangsang kreativiti korang. Pergilah berjalan-jalan, luangkan masa bersama rakan dan keluarga, atau cuba hobi baharu.

Macam aku, kalau mood aku sudah kelaut dalam dan aku ketandusan idea macam ni, aku akan rileks-rileks saja. Buat secawan Nescafe, dan layan game di plays.org. Bersepah online games kat situ. Beratus kategori dan beribu games ada. Pilihlah korang suka main game apa.

beribu games online ada kat play.org. main la sampai muntah..!

Aku suka main gamę kat sini sebab boleh terus main kat website dia. Makna kata, aku tak perlu install apa-apa untuk main games kat situ. So ia memang tak ganggu storage laptop aku.

So aku pilih games yang fun kat situ dan kosongkan minda untuk main game. Makesure korang pilih games yang rileks macam aku ni. sebabnya kalau korang pilih games yang adventure dan susah-susah, sesak pulak kepala hotak korang nanti untuk selesaikan masalah daripada games tu. Hahaha. Lain pulak jadinya nanti.

Setakat ni daripada beribu games tu, aku baru explore games kategori ‘Bubble Shooter’. Kat kategori ni saja dah ada berpuluh games bubble shooter. Aku suka Apples Bubble Shooting Game sebab game ni senang jer. Boleh la main sambil rileks-rileks. Kalau nak sedikit mencabar aku main Break Bubble: Free Online Bubble Breaking Game. Yang ni payah sikit. Nak main pun kena guna 2 belah tangan. Hahaha.

Oh ya. Games kat play.org ni korang boleh jugak main kat telefon bimbit korang. Sama jer dengan kat komputer/laptop. Korang tak perlu install apps pun. Main jer guna browser handphone korang. Cuma aku rasa handphone korang kena power sikit la. Kalau tak, maybe dia jadi tak smooth masa main nanti. Aku guna iPhone 12 aku, ok jer main. Smooth jer tanpa tersekat-sekat.

7. Terus catat idea bila terlintas di kepala.

Buat ni kalau tak nak lupa dengan idea yang tiba-tiba muncul di kepala. Sebabnya kalau biarkan macam tu, ia confirm akan hilang tanpa sempat korang recall idea tu. jadi sentiasa bersedia untuk buat catatan idea yang bakal terlintas di fikiran.

Macam aku, idea akan selalu datang masa aku tengah drive sorang-sorang. Sebab tu aku sentiasa ready dengan hp. Biasanya aku akan cakap dan rakam idea tu dalam hp aku. Nanti dah free sikit aku akan dengar semula dan masukkan dalam draft idea tersebut untuk aku develop dan tulis dengan lebih menarik.

Masa buang air pun idea biasa datang. Hahaha. Sebab tu aku bawak hp sekali ke tandas masa buang air.

Moga mendapat manfaat

Itulah tips yang dapat aku kongsi dengan korang tentang bagaimana cara dapatkan idea untuk menulis blog supaya sentiasa dapat menarik minat pembaca untuk selalu follow blog kita.

Ni berdasarkan apa yang aku buat selama ni la. Korang mungkin ada tambahan lain. Nanti kongsikan kat komen di bawah ya. Mana tau ianya berguna untuk aku dan pembaca lain juga.

Ingat, idea terbaik selalunya datang apabila korang tidak menjangkakannya, jadi sentiasalah bersedia untuk mencatat idea tersebut sebelum ia berlalu ditiup sang bayu. 

Semoga korang yang membaca ni mendapat sesuatu daripada perkongsian serba ringkas ini. Sukalah kiranya korang share entri ni di media sosial korang supaya manfaatnya boleh dipanjangkan.

Loading

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1