Assalamualaikum dan salam sejahtera
Blogwalking… Pengertiannya mengikut pemahaman aku ialah melawat, menziarah, atau membaca blog orang lain satu demi satu sambil meninggalkan komen atau jejak (link) blog kita.
Aktiviti ini memang berguna dan positif daripada pelbagai sudut kepada blogger. Aktiviti sihat ini sepatutnya menjadi amalan kepada semua blogger tak kira anda blogger yang baru ataupun yang otai. Lihat sahaja blogger otai yang sudah mencapai tahap guru seperti denaihati, Hasrul Hassan dan En Titan serta ramai lagi. Mereka ini walaupun sudah punya ramai followers tetapi masih lagi mengamalkan aktiviti ini.
Kenapa blogwalking ini penting? Aku senaraikan  7 sebab kenapa anda perlu melakukan aktiviti blogwalking:



1. Untuk tingkatkan trafik dan pertahankan nya
Trafik yang kencang memang menjadi idaman semua blogger. Trafik ataupun pengunjung akan datang ke blog kita melalui search engine. Ini akan menjadi kelebihan kepada blogger yang tau ilmu SEO.
Selain itu, kita boleh memanggil pengunjung ke blog kita menerusi aktiviti ini. Buat blogwalking sebanyak mana yang anda mampu. Tinggalkan link blog anda. InsyaAllah tuan punya blog yang kita ziarah tu akan membuat kunjungan balas. Jika tidak pun pengunjung blog tersebut yang membaca komen kita akan datang.
Sebab itulah, komen di blog orang lain bukan hanya sekadar komen sepatah dua sahaja. Sumbangkan idea kita. Tunjukkan kita tahu tentang topik yang dibincangkan. Ini akan membuatkan pengunjung lain yang membaca artikel tersebut akan turut datang blog kita.
Dengan blogger yang akan membuat kunjungan balas tadi, kita sudah dapat mengekalkan jumlah pengunjung yang kembali ke blog kita (returning visitors).
2. Ranking Alexa
Ramai top blogger ataupun blogger otai yang menjaga ranking di Alexa. Contohnya blogger HH yang mempunyai ranking Alexa di bawah 200. Ia adalah seperti benchmark ataupun tanda aras kepada prestasi semasa blog kita.
Untuk mendapatkan ranking Alexa ini, aktiviti ini adalah sesuatu yang wajib. Lihat sahaja otai-otai seperti En Titan, Denaihati dan lain-lain. Mereka ini selalu membuat blogwalking walaupun trafik blog mereka sangat hebat.
Namun ranking Alexa bukanlah segalanya. Ada yang tidak hiraukan ranking ini. Janji objektif mereka untuk buat duit dengan blog tercapai. Janji ayat-ayat manis mereka di blog bertukar menjadi jualan dan memberi pendapatan kepada mereka.
3. Hubungan persahabatan dan persepakatan
Dengan aktiviti ini, kita akan dapat menjalinkan persahabatan dengan blogger lain. Dengan komen kita yang ikhlas yang menambahkan rencah di tulisan mereka, mereka pasti akan menghargai. Ini akan bertukar menjadi tali persahabatan di alam siber.
Dengan perhubungan ini, bermacam-macam perkara yang kita boleh rancangkan seperti kerjasama membuat jualan, saling memberi rujukan (backlink) kepada satu sama lain dan banyak lagi perkara yang amat positif.
4. Promosi blog kita
Dengan aktiviti ini, kita sebenarnya membuat promosi blog kita kepada tuan punya blog dan pengunjung blog itu. Cuba bayangkan jika kita baru membina blog dan kita tiada rangkaian untuk mempromosikan blog baru kita. Tentu lambat bukan untuk mengharapkan pengunjung datang ke blog kita beramai-ramai.
Pasti ada yang akan datang menerusi enjin cari (seacrh engine) tetapi dengan aktiviti ini kita dapat memberitahu orang lain tentang blog kita dengan lebih cepat.
5. Backlink
Backlink ialah hyperlink yang datang daripada blog lain ke blog kita. Semakin banyak backlink yang kita terima semakin popular blog kita.
Backlink yang diberikan kepada blog kita adalah seperti sumber rujukan. Ini bermakna seseorang telah menghasilkan sesuatu artikel dengan membuat rujukan kepada blog kita. Itu yang dibaca oleh Google. Dengan sebab itu Google akan memberikan ranking yang lebih bagus kepada blog kita. Ranking yang dimaksudkan adalah PR ataupun Google Page Rank. Semakin tinggi PR sesuatu blog, lebih senang untuk artikel blog tersebut diberikan ranking di enjin carian Google.
6. Informasi baru
Dengan merayap ke blog lain, banyak informasi baru yang akan kita perolehi. Terutama blog tersebut adalah blog yang berkualiti. Ia seperti kita membaca suratkhabar untuk mengetahui berita semasa.
7. idea dan info untuk tulis blog
Pernah tak anda merasa kekeringan idea apa yang harus ditulis ke dalam blog pada masa-masa yang tertentu? Aku rasa semua orang pernah mengalami perkara begini. Terutama blog yang memang menjaga niche blognya. Ia hanya menulis perkara yang berkenaan dengan blognya sahaja tanpa mencampur adukkan dengan perkara lain.
Dengan membuat aktiviti ini, kita mungkin boleh mendapat idea apa yang perlu ditulis. Kita juga boleh memperolehi informasi yang kita perlukan untuk kita muatkan ke dalam penulisan di blog kita.
Dengan idea dan informasi ini kita boleh menghasilkan entri yang berkualiti dan kita hubungkan (link) artikel kita kepada artikel blog tadi sebagai tanda terima kasih dan rujukan kita.
Dengan 7 sebab di atas memang terbukti aktiviti ini memang memberi banyak manfaat kepada blog kita. Jom buat blogwalking!
p/s: untuk menyenangkan aku membuat aktiviti ini, aku mewujudkan satu page khas yang mengandungi link blog-blog yang terpilih untuk aku ziarah setiap hari.
Jadi sesiapa yang mau link blog mereka tersenarai di dalam page tersebut, boleh meninggalkan komen di bawah.
Komen hendaklah tentang aktiviti Blogwalking ini. Komen mestilah melebihi 7 patah perkataan. Komen sekadar melepaskan batuk ditangga mungkin tidak dilayan. Terima kasih.
Saya adalah blogger retis. Lawatilah blog saya yang HEBAT ini.

Abang Ensem Berketak & Berkepak recently posted..Seminar Hartanah Sabah Kembali
cessss… komen tak relevan…
aktiviti blogwalking ni memang perlu. yang kita harapkan ialah lawatan balas dari pihak yang telah kita lawati blognya. ada juga tuan punya blog yang tak membuat lawatan balas, tapi tak mengapa lah, mungkin ada orang lain yang akan datang. atau mungkin tuan blog itu kesibukkan.
yang penting teruskan berjalan-jalan ke blog orang lain 🙂

azwan recently posted..Tiada Sumbangan £350juta Dari Ozil Untuk Kanak-Kanak Gaza
aku nak tambah sikit lagi..
kekadang ada blog yang tak ‘menyenangkan’ orang lain tuk melawat. ada fb box kena like lah…ada kena isi jawapan dulu lah..hermm..lantak kau lah 😛

azwan recently posted..Tiada Sumbangan £350juta Dari Ozil Untuk Kanak-Kanak Gaza
itu la.. blog mcm ni aku rasa aku tak letak la kot dlm blog list ni..
tp bro..aku ade baca satu artikel dr owner yg buat template blog aku..dia kate kadang perlu mende mcm word verification bagai tu…utk halang spam sbb spam comment ni mengganggu seo..aku tak sure la tp sbb dia mmg expert aku percaya jer la…bole tgk blog aku..template by thesisblogger

syamil recently posted..Misteri Kematian Ketika Menonton Wayang
ada baik dan ada buruk la komen spam ni. kalau buat word verification, agak leceh org nak tinggalkan komen. kena isi bagai. melambatkan aktiviti blogwalking. kalau kena org pemalas cam aku, kdg2 aku pangkah keluar terus.
kalau org yg pakai wordpress komen spam tak der masalah sgt. sbb ada plugin filter komen spam ni…
bab ganggu seo tu ada betulnya. sbb kalau pengomen tu tinggalkan link dia dlm komen, link tu kira kacam link keluar. terlalu banyak link keluar pun tak bagus. tp tu semua blh setting. settingkan komen supaya jadi “no follow”
ya betul bro… ziarah menziarahi amalan mulia
Terima kasih atas pencerahan sebab-sebab untuk buat blog walking 🙂
terima kasih sudi ziarah
Memang betul, dengan aktiviti yang ada bukan saja memberi impak pada blog, tapi memberikan kita ramai kenalan, dan banyak ilmu bila banyak artikel kita membaca.

aRz MoHa recently posted..Amaran Keras
betul tu bro… selamat berkenalan
Jangan segan-segan nak merempit diblog saya. 🙂

akubiomed recently posted..Baju Raya anak didahulukan keceriaan anak dipagi Raya diutamakan
hahahah… lama dah tak rempit ke blog bro..
Dulu yeop rajin blogwalking, tapi skang susah sangat sbb kerja di sekolah & internet kadang2 tak berapa ok sgt. Sbb tu jarang update. Huhu

Khairil Mazri recently posted..Kaunselor: Kita pun pembuli juga
guna hp la yeop.. stkt nak blogwalking guna hp ok lg kalau line ok. nak taip entri susah ar sikit.
thanks yop sbb sudi komen
Gua last blogwaking secara serius pada tahun 2009 kot…

Bro Framestone recently posted..Iftar Bersama Mereka – Nurul Siezuka, Deq Noor dan Iera Kan
gua pun malas nak blogwalking ni.. selalu geng #Teamwork sound gua.. tp bila duk fikir, kena buat jugak blogwalking ni sekadar termampu…
oklah tang no 4 tu memang aku suka, sebab yang tu la blog busuk aku ni alhamdulillah maintain juga la untuk newbie macam aku, ok sape2 blogger yang dah kaya nak pakai bigbike meh layan sini orite

Adi recently posted..BMW K1300S Motorsport 2015 Di Lancarkan
wahhh.. blog bro psl bigbike ka.. ada gak minat ni.. terus terjah jap lagi
haaa tu la dia, mai2 lepas terjah jangan segan2 selalu tengok orite haha

Adi recently posted..BMW K1300S Motorsport 2015 Di Lancarkan
hehehehe.. ok ok
no.3 dan no.5 je kot sebab nya, pasal rmangkin lama nih macam mangkin sibuk urusan kerja hakiki
hehehe.. buat la stkt yg termampu.. aku pon kadang2 tak sempat masa
salam,
saya suka blogwalking ke blog sendiri, haha.. ada gitu
sy jrg2 blogwalking.. blogwalking mmg ada benefit especially yg no 1 tu
ke blog sendiri org tak panggil blogwalking… yg tu org pnggil blognesting.. heheheh
Jom blogwalking. Bulan2 pose ni blogwalking tak memenatkan. Kalau walking memenatkan 🙂

ezna recently posted..Sponsor family photoshoot kemudian shoot to International Hijab Fair KL 🙂
hahahahha.. betul la itu kak…!
kalau dulu banyak masa, memang selalu lah blog walk, sekarang ni dah kurang.

zuls recently posted..#CDM25 hormati orang tua, hormati ibubapa dan guru