7 Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking

154
20211

bloghopping

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blogwalking… Pengertiannya mengikut pemahaman aku ialah melawat, menziarah, atau membaca blog orang lain satu demi satu sambil meninggalkan komen atau jejak (link) blog kita.

Aktiviti ini memang berguna dan positif daripada pelbagai sudut kepada blogger. Aktiviti sihat ini sepatutnya menjadi amalan kepada semua blogger tak kira anda blogger yang baru ataupun yang otai. Lihat sahaja blogger otai yang sudah mencapai tahap guru seperti denaihati, Hasrul Hassan dan En Titan serta ramai lagi. Mereka ini walaupun sudah punya ramai followers tetapi masih lagi mengamalkan aktiviti ini.

Kenapa blogwalking ini penting? Aku senaraikan  7 sebab kenapa anda perlu melakukan aktiviti blogwalking:

advantage of blogwalking
Kelebihan blogwalking

1. Untuk tingkatkan trafik dan pertahankan nya

Trafik yang kencang memang menjadi idaman semua blogger. Trafik ataupun pengunjung akan datang ke blog kita melalui search engine. Ini akan menjadi kelebihan kepada blogger yang tau ilmu SEO.

Selain itu, kita boleh memanggil pengunjung ke blog kita menerusi aktiviti ini. Buat blogwalking sebanyak mana yang anda mampu. Tinggalkan link blog anda. InsyaAllah tuan punya blog yang kita ziarah tu akan membuat kunjungan balas. Jika tidak pun pengunjung blog tersebut yang membaca komen kita akan datang.

Sebab itulah, komen di blog orang lain bukan hanya sekadar komen sepatah dua sahaja. Sumbangkan idea kita. Tunjukkan kita tahu tentang topik yang dibincangkan. Ini akan membuatkan pengunjung lain yang membaca artikel tersebut akan turut datang blog kita.

Dengan blogger yang akan membuat kunjungan balas tadi, kita sudah dapat mengekalkan jumlah pengunjung yang kembali ke blog kita (returning visitors).

2. Ranking Alexa

Ramai top blogger ataupun blogger otai yang menjaga ranking di Alexa. Contohnya blogger HH yang mempunyai ranking Alexa di bawah 200. Ia adalah seperti benchmark ataupun tanda aras kepada prestasi semasa blog kita.

Untuk mendapatkan ranking Alexa ini, aktiviti ini adalah sesuatu yang wajib. Lihat sahaja otai-otai seperti En Titan, Denaihati dan lain-lain. Mereka ini selalu membuat blogwalking walaupun trafik blog mereka sangat hebat.

Namun ranking Alexa bukanlah segalanya. Ada yang tidak hiraukan ranking ini. Janji objektif mereka untuk buat duit dengan blog tercapai. Janji ayat-ayat manis mereka di blog bertukar menjadi jualan dan memberi pendapatan kepada mereka.

3. Hubungan persahabatan dan persepakatan

Dengan aktiviti ini, kita akan dapat menjalinkan persahabatan dengan blogger lain. Dengan komen kita yang ikhlas yang menambahkan rencah di tulisan mereka, mereka pasti akan menghargai. Ini akan bertukar menjadi tali persahabatan di alam siber.

Dengan perhubungan ini, bermacam-macam perkara yang kita boleh rancangkan seperti kerjasama membuat jualan, saling memberi rujukan (backlink) kepada satu sama lain dan banyak lagi perkara yang amat positif.

4. Promosi blog kita

Dengan aktiviti ini, kita sebenarnya membuat promosi blog kita kepada tuan punya blog dan pengunjung blog itu. Cuba bayangkan jika kita baru membina blog dan kita tiada rangkaian untuk mempromosikan blog baru kita. Tentu lambat bukan untuk mengharapkan pengunjung datang ke blog kita beramai-ramai.

Pasti ada yang akan datang menerusi enjin cari (seacrh engine) tetapi dengan aktiviti ini kita dapat memberitahu orang lain tentang blog kita dengan lebih cepat.

5. Backlink

Backlink ialah hyperlink yang datang daripada blog lain ke blog kita. Semakin banyak backlink yang kita terima semakin popular blog kita.

Backlink yang diberikan kepada blog kita adalah seperti sumber rujukan. Ini bermakna seseorang telah menghasilkan sesuatu artikel dengan membuat rujukan kepada blog kita. Itu yang dibaca oleh Google. Dengan sebab itu Google akan memberikan ranking yang lebih bagus kepada blog kita. Ranking yang dimaksudkan adalah PR ataupun Google Page Rank. Semakin tinggi PR sesuatu blog, lebih senang untuk artikel blog tersebut diberikan ranking di enjin carian Google.

6. Informasi baru
Dengan merayap ke blog lain, banyak informasi baru yang akan kita perolehi. Terutama blog tersebut adalah blog yang berkualiti. Ia seperti kita membaca suratkhabar untuk mengetahui berita semasa.

7. idea dan info untuk tulis blog
Pernah tak anda merasa kekeringan idea apa yang harus ditulis ke dalam blog pada masa-masa yang tertentu? Aku rasa semua orang pernah mengalami perkara begini. Terutama blog yang memang menjaga niche blognya. Ia hanya menulis perkara yang berkenaan dengan blognya sahaja tanpa mencampur adukkan dengan perkara lain.

Dengan membuat aktiviti ini, kita mungkin boleh mendapat idea apa yang perlu ditulis. Kita juga boleh memperolehi informasi yang kita perlukan untuk kita muatkan ke dalam penulisan di blog kita.

Dengan idea dan informasi ini kita boleh menghasilkan entri yang berkualiti dan kita hubungkan (link) artikel kita kepada artikel blog tadi sebagai tanda terima kasih dan rujukan kita.

Dengan 7 sebab di atas memang terbukti aktiviti ini memang memberi banyak manfaat kepada blog kita. Jom buat blogwalking!

p/s: untuk menyenangkan aku membuat aktiviti ini, aku mewujudkan satu page khas yang mengandungi link blog-blog yang terpilih untuk aku ziarah setiap hari.

Jadi sesiapa yang mau link blog mereka tersenarai di dalam page tersebut, boleh meninggalkan komen di bawah.

Komen hendaklah tentang aktiviti Blogwalking ini. Komen mestilah melebihi 7 patah perkataan. Komen sekadar melepaskan batuk ditangga mungkin tidak dilayan. Terima kasih.

154 COMMENTS

        • tp bro..aku ade baca satu artikel dr owner yg buat template blog aku..dia kate kadang perlu mende mcm word verification bagai tu…utk halang spam sbb spam comment ni mengganggu seo..aku tak sure la tp sbb dia mmg expert aku percaya jer la…bole tgk blog aku..template by thesisblogger
          syamil recently posted..Misteri Kematian Ketika Menonton WayangMy Profile

          • ada baik dan ada buruk la komen spam ni. kalau buat word verification, agak leceh org nak tinggalkan komen. kena isi bagai. melambatkan aktiviti blogwalking. kalau kena org pemalas cam aku, kdg2 aku pangkah keluar terus.

            kalau org yg pakai wordpress komen spam tak der masalah sgt. sbb ada plugin filter komen spam ni…

            bab ganggu seo tu ada betulnya. sbb kalau pengomen tu tinggalkan link dia dlm komen, link tu kira kacam link keluar. terlalu banyak link keluar pun tak bagus. tp tu semua blh setting. settingkan komen supaya jadi “no follow”

  1. salam,

    saya suka blogwalking ke blog sendiri, haha.. ada gitu

    sy jrg2 blogwalking.. blogwalking mmg ada benefit especially yg no 1 tu