More

    7 Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking

    bloghopping

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Blogwalking… Pengertiannya mengikut pemahaman aku ialah melawat, menziarah, atau membaca blog orang lain satu demi satu sambil meninggalkan komen atau jejak (link) blog kita.

    Aktiviti ini memang berguna dan positif daripada pelbagai sudut kepada blogger. Aktiviti sihat ini sepatutnya menjadi amalan kepada semua blogger tak kira anda blogger yang baru ataupun yang otai. Lihat sahaja blogger otai yang sudah mencapai tahap guru seperti denaihati, Hasrul Hassan dan En Titan serta ramai lagi. Mereka ini walaupun sudah punya ramai followers tetapi masih lagi mengamalkan aktiviti ini.

    Kenapa blogwalking ini penting? Aku senaraikan  7 sebab kenapa anda perlu melakukan aktiviti blogwalking:

    advantage of blogwalking
    Kelebihan blogwalking

    1. Untuk tingkatkan trafik dan pertahankan nya

    Trafik yang kencang memang menjadi idaman semua blogger. Trafik ataupun pengunjung akan datang ke blog kita melalui search engine. Ini akan menjadi kelebihan kepada blogger yang tau ilmu SEO.

    Selain itu, kita boleh memanggil pengunjung ke blog kita menerusi aktiviti ini. Buat blogwalking sebanyak mana yang anda mampu. Tinggalkan link blog anda. InsyaAllah tuan punya blog yang kita ziarah tu akan membuat kunjungan balas. Jika tidak pun pengunjung blog tersebut yang membaca komen kita akan datang.

    Sebab itulah, komen di blog orang lain bukan hanya sekadar komen sepatah dua sahaja. Sumbangkan idea kita. Tunjukkan kita tahu tentang topik yang dibincangkan. Ini akan membuatkan pengunjung lain yang membaca artikel tersebut akan turut datang blog kita.

    Dengan blogger yang akan membuat kunjungan balas tadi, kita sudah dapat mengekalkan jumlah pengunjung yang kembali ke blog kita (returning visitors).

    2. Ranking Alexa

    Ramai top blogger ataupun blogger otai yang menjaga ranking di Alexa. Contohnya blogger HH yang mempunyai ranking Alexa di bawah 200. Ia adalah seperti benchmark ataupun tanda aras kepada prestasi semasa blog kita.

    Untuk mendapatkan ranking Alexa ini, aktiviti ini adalah sesuatu yang wajib. Lihat sahaja otai-otai seperti En Titan, Denaihati dan lain-lain. Mereka ini selalu membuat blogwalking walaupun trafik blog mereka sangat hebat.

    Namun ranking Alexa bukanlah segalanya. Ada yang tidak hiraukan ranking ini. Janji objektif mereka untuk buat duit dengan blog tercapai. Janji ayat-ayat manis mereka di blog bertukar menjadi jualan dan memberi pendapatan kepada mereka.

    3. Hubungan persahabatan dan persepakatan

    Dengan aktiviti ini, kita akan dapat menjalinkan persahabatan dengan blogger lain. Dengan komen kita yang ikhlas yang menambahkan rencah di tulisan mereka, mereka pasti akan menghargai. Ini akan bertukar menjadi tali persahabatan di alam siber.

    Dengan perhubungan ini, bermacam-macam perkara yang kita boleh rancangkan seperti kerjasama membuat jualan, saling memberi rujukan (backlink) kepada satu sama lain dan banyak lagi perkara yang amat positif.

    4. Promosi blog kita

    Dengan aktiviti ini, kita sebenarnya membuat promosi blog kita kepada tuan punya blog dan pengunjung blog itu. Cuba bayangkan jika kita baru membina blog dan kita tiada rangkaian untuk mempromosikan blog baru kita. Tentu lambat bukan untuk mengharapkan pengunjung datang ke blog kita beramai-ramai.

    Pasti ada yang akan datang menerusi enjin cari (seacrh engine) tetapi dengan aktiviti ini kita dapat memberitahu orang lain tentang blog kita dengan lebih cepat.

    5. Backlink

    Backlink ialah hyperlink yang datang daripada blog lain ke blog kita. Semakin banyak backlink yang kita terima semakin popular blog kita.

    Backlink yang diberikan kepada blog kita adalah seperti sumber rujukan. Ini bermakna seseorang telah menghasilkan sesuatu artikel dengan membuat rujukan kepada blog kita. Itu yang dibaca oleh Google. Dengan sebab itu Google akan memberikan ranking yang lebih bagus kepada blog kita. Ranking yang dimaksudkan adalah PR ataupun Google Page Rank. Semakin tinggi PR sesuatu blog, lebih senang untuk artikel blog tersebut diberikan ranking di enjin carian Google.

    6. Informasi baru
    Dengan merayap ke blog lain, banyak informasi baru yang akan kita perolehi. Terutama blog tersebut adalah blog yang berkualiti. Ia seperti kita membaca suratkhabar untuk mengetahui berita semasa.

    7. idea dan info untuk tulis blog
    Pernah tak anda merasa kekeringan idea apa yang harus ditulis ke dalam blog pada masa-masa yang tertentu? Aku rasa semua orang pernah mengalami perkara begini. Terutama blog yang memang menjaga niche blognya. Ia hanya menulis perkara yang berkenaan dengan blognya sahaja tanpa mencampur adukkan dengan perkara lain.

    Dengan membuat aktiviti ini, kita mungkin boleh mendapat idea apa yang perlu ditulis. Kita juga boleh memperolehi informasi yang kita perlukan untuk kita muatkan ke dalam penulisan di blog kita.

    Dengan idea dan informasi ini kita boleh menghasilkan entri yang berkualiti dan kita hubungkan (link) artikel kita kepada artikel blog tadi sebagai tanda terima kasih dan rujukan kita.

    Dengan 7 sebab di atas memang terbukti aktiviti ini memang memberi banyak manfaat kepada blog kita. Jom buat blogwalking!

    p/s: untuk menyenangkan aku membuat aktiviti ini, aku mewujudkan satu page khas yang mengandungi link blog-blog yang terpilih untuk aku ziarah setiap hari.

    Jadi sesiapa yang mau link blog mereka tersenarai di dalam page tersebut, boleh meninggalkan komen di bawah.

    Komen hendaklah tentang aktiviti Blogwalking ini. Komen mestilah melebihi 7 patah perkataan. Komen sekadar melepaskan batuk ditangga mungkin tidak dilayan. Terima kasih.

    Latest articles

    Related articles

    154 Comments

          • tp bro..aku ade baca satu artikel dr owner yg buat template blog aku..dia kate kadang perlu mende mcm word verification bagai tu…utk halang spam sbb spam comment ni mengganggu seo..aku tak sure la tp sbb dia mmg expert aku percaya jer la…bole tgk blog aku..template by thesisblogger
            syamil recently posted..Misteri Kematian Ketika Menonton WayangMy Profile

            • ada baik dan ada buruk la komen spam ni. kalau buat word verification, agak leceh org nak tinggalkan komen. kena isi bagai. melambatkan aktiviti blogwalking. kalau kena org pemalas cam aku, kdg2 aku pangkah keluar terus.

              kalau org yg pakai wordpress komen spam tak der masalah sgt. sbb ada plugin filter komen spam ni…

              bab ganggu seo tu ada betulnya. sbb kalau pengomen tu tinggalkan link dia dlm komen, link tu kira kacam link keluar. terlalu banyak link keluar pun tak bagus. tp tu semua blh setting. settingkan komen supaya jadi “no follow”

    1. salam,

      saya suka blogwalking ke blog sendiri, haha.. ada gitu

      sy jrg2 blogwalking.. blogwalking mmg ada benefit especially yg no 1 tu

    2. 1. Untuk tingkatkan trafik dan pertahankan nya – ini saya setuju. lately saya rajin bw dan komen dekat entri-entri yang saya berminat. lepas tu, dieorang balas balik kunjungan saya dan komen pulak dekat entri saya. walaupun yang membalas kunjungan dan komen tak sebanyak kunjungan dan komen yang saya buat.
      2. Ranking Alexa – saya tak berapa kisah sangat pasal ranking alexa ni sekarang. lebih pada nak naikkan trafik je.
      3. Hubungan persahabatan dan persepakatan – ni memang apa yang saya dapat selama 3 bulan berblogging. dapat kenalan baru.
      4. Promosi blog kita – pun saya setuju. kalau sebelum ni saya just follow tapi owner blog tak perasan. bile saya start komen, baru dieorang start follow dan komen blog saya.
      5. Backlink – saya dapati ada beberapa referal dari blog lain kepada blog saya dan saya yakin ni melalui komen yang saya tinggalkan
      6. Informasi baru – ilmu dunia ni banyak sangat. yang saya tahu jumlah nye macam sebutir pasir dekat pantai. bile bw ke blog lain, macam-macam ilmu lagi yang saya dapat.
      7. idea dan info untuk tulis blog – setakat ni masih banyak idea sendiri untuk menulis. tak bergantung pada entri lain lagi untuk mencari idea. tapi mencari info tu, betul la. kadang-kadang saya tengok blog lain untuk mencari info yang tepat.
      Fadzi Razak recently posted..Permohonan Kemasukan Kedua Pascasiswazah UiTM 2014/2015My Profile

      • ya… betul tu.. kalau amalkan selalu dia akan berjangkit tau.. sbb selain drp tuan punya blog yang kita ziarah tu balas, ada juga pembaca blog tu yang akan datang. thats why komen kita tu kena menarik.. utk menarik minat pembaca tu la..

    3. Perkongsian yang bagus terutama untuk bantu-membantu untuk mendapatkan trafik. Terima kasih tidak terhingga atas perkongsian ini.

      Nampak gayanya, saya perlu berguru lagi ni dalam bidang berbolgging. Mohon tunjuk ajar ya sahabat blogger semua.

      Salam perkenalan dari saya 🙂

      • hahahaha… komen jer.. jgn hentam tuan rumah dah… sbb rugi gak tak komen. alang2 bg trafik kat tuan rumah, bg la link sekali kot2 ada kunjungan balas.

        that’s why blog yg pakai comment luv sgt disukai oleh org yg buat BW ni.. senang nak tinggal jejak siap ngan link entry sekali

      • lu tak per bro.. keywords kat gugel lu pegang.. tak yah susah2 BW. hehehehe.

        url lu ada mamat!!! tu kat bhg #Teamwork bawah sekali sebelah razifredz. apa daaaa

      • hehehehe… nak komen sila. tak nak komen sudah..! gua saja nak orang yang betul2 nak gua masukkan ke dalam bloglist gua. gua pakai bloglist ni lama. bukan masuk seminggu dua. silap2 makan tahun gua guna bloglist ni.

        kalau tak ramai komen pun tak per. lagi senang gua nak BW ke semua bloglist. Lagipun gua komen bukan dgn sohoque saja. siap ngan eXplorasa sekali. Dan yang penting kena dengan entri yang gua tulis tu. untuk educate orang supaya komen yang berkualiti. so boleh nampakkan kredibiliti masing2. Well, up to masing2. nak komen dan nak kawan ngan gua datang. tak nak datang, gua tak paksa… hiks…!

    4. bagus artikel ini bro. ini menunjukan betapa pentingnya aktiviti blogwalking kepada blogger. selain untuk mendapatkan kunjungan balas dengan meninggalkan backlink (dapat meningkatkan kedudukan dari segi SEO sekali). Tetapi kalau sekadar blogwalking sahaja tak cukup. aku setuju dengan point di mana kalau nak tinggalkan komen tu biarlah ‘ikhlas’ sumbangkan idea atau berikan pandangan. Sekurang-kurangnya nampak lah memang betul kita baca artikel tu. So penulis akan rasa appreciated.

      Selain dari itu, kita sebagai blogger pun boleh dapat idea hasil dari blogwalking ini. bagus artikel bro ini. keep it up! aku dah masukkan blog ini dalam list blogwalking. menanti-nanti update terbaru.

      p/s: btw, masa kerja kat kemaman dulu tahun berapa? aku asal kemaman.
      Anwar Abdullah @ Kaio recently posted..Buffet Ramadhan PICC Cafe Meraikan Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah (VIDEO)My Profile

    5. Wah… banyak manfaat blogwalking ni kan. Lepas ni saya kena lebih rajin blogwalking lah nampaknya. Masih merangkak. Tq for the tips

    6. wahh terima kasih bagi info berguna macam ni. macam saya baru lagi dalam dunia blog ni, still terkial-kial lagi sebenarnya tentang blog. In Shaa Allah lepasni akan rajin ber blogwalking hehe :).

    7. betul la sesangat tu..aku b4 blogwalking..google dl top 10 blog kat malaysia..set utk bulan…jumpe je terus la komen panjang2 pastu tinggal la link…mcm yg aku nk buat jap lg nih..blog ko ni kire yg pertama pagi ni,,,

      Jom tgk kat sini..sape mamat ni

    8. aku ni baru je kecimpung dalam bidang blog, sudah jadi rezeki tersangkut di blog ni pasal blogwalking. harap dengan ilmu baru ni, dapat la info yang berguna. moh berjalan keliling malaysia.

    9. Ber-blog ni saya dah lama tapi start srius sejak pertengahan tahun. Memang penting rupanya blogwalking ni.. rasanya ni firstime saya tngk komen yang sebegini banyak di blog..hehehe adakah Ini hasil dari rajin “ber-blogwalking”??

    10. Waktu mula2 bina blog, saya dah mula titikberatkan cara nk naikkan SEO blog dan aktiviti BW ni salah satunya yang saya buat. Sgt membantu blog saya dapat pageview yg tinggi dan close sale juga😌

    11. Assalamualaikum, betul tu, bila ada komen dari pembaca, memang semangat kita nak tulis lagi. Doakan saya istiqamah menulis, dan tak peram tulisan saya, hahahahahha dan ingat untuk kekalkan silaturrahim, aamin 🤲

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge