More

    7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap

    seminar facebook marketing
    Tuan Sifu Firdaus Azizi sedang beraksi

    Hari Malaysia baru-baru ini, tatkala semua orang sedang bercuti, aku mengambil pendirian yang berlainan dengan meluangkan masa untuk menghadiri kelas facebook marketing (FBM) anjuran Firdaus Azizi Training & Consultancy (Firdaus Azizi).

    Menyedari hakikat diri yang kekurangan ilmu pemasaran secara online, aku memang dahagakan pembelajaran sebegini. Jika sebelum ini aku menjadi pengikut tegar sifu seo dan wordpress Eizil, sehingga aku sudah mahir untuk membuatkan banyak entri nukilan aku menduduki mukasurat pertama enjin carian Google.

    98% trafik eXplorasa datang daripada carian keyword di enjin carian Google
    98% trafik eXplorasa datang daripada carian keyword di enjin carian Google

    Untuk menjadi internet marketer yang hebat, kita tidak boleh bergantung kepada satu cara sahaja. selain SEO, banyak perkara lagi yang kena belajar. Antaranya adalah emel marketig, Facebook Marketing, copy writing dan banyak lagi.

    Ingin belajar ilmu SEO power? Klik sini!

    Sebab itulah aku korbankan masa cuti bersama keluarga untuk sertai seminar hebat ini. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada isteri aku yang sangat sporting dan 3 orang anak-anak yang sudi mengizinkan papa mereka keluar menuntut ilmu walaupun sepatutnya papa mereka bersama mereka bermesra di hari cuti.

    peserta seminar
    peserta seminar Facebook Marketing

    Siapa Firdaus Azizi

    Aku kenal rapat Firdaus Azizi ni sebab beliau adalah rakan seperguruan di Kelas Advance SEO di Akademi Denaihati.

    Insan yang humble ini jugalah yang menyumbangkan template untuk eXplorasa semasa blog food and travel itu mula-mula dibina iaitu pada hari ulangtahun kelahiran aku pada awal tahun ini. Hadiah hari jadi untuk aku kata beliau.

    Kelebihan Seminar FBM Firdaus Azizi?

    Setelah sekian lama mengetahui beliau ada berkongsi ilmu FBM di dalam seminar-seminar anjuran Firdaus Azizi bersama seorang lagi sifu FBM yang tidak kurang hebatnya iaitu Tuan Safuan Borhan, hanya baru-baru ni aku dapat meluangkan masa menyertai seminar ini.

    Seminar ini adalah seminar asas Facebook Marketing. Beliau ada juga menyediakan seminar Facebook Marketing Advance yg dikhaskan untuk mereka yang pernahh menghadiri seminar asasnya dan ingin mengembangkan ilmu ke tahap yang lebih tinggi.

    So apa yang istimewanya?

    7 Sebab Kenapa Seminar FBM Firdauz Azizi ini mantap dan anda rugi jika tidak sertai:

    1. Module yang sesuai
    Module yang digunapakai di dalam seminar ini, memang dibuat khas untuk peserta yang baru berjinak-jinak dengan pemsaran melalui Facebook dan sebagainya.

    Modul yang tersusun ini memang dibuat khas untuk beginner. Jadi orang yang baru nak memulakan bisnes menggunakan FBM ini tidak lah mengalami kejutan budaya.

    Bahasa-bahasa dan term-term memang digunakan dengan baik. Tiada term asing ataupun Jargon. Ini menyebabkan peserta tidak akan merasa janggal. Term-term seperti CPC, CPM, oCPM dan lain-lain dalam seminar ini cuba diterangkan dengan sejelas-jelasnya di dalam kelas seminar.

    2. Ilmu yang diamalkan sendiri lebih nampak keikhlasannya.
    Ilmu yang diajar di dalam seminar ini adalah daripada pengalaman beliau yang sudah lama menceburkan diri di dalam dunia FBM. Jadi masalah-masalah yang dihadapi memang kebanyakannya beliau dah hadapi. Jadi penyampaian ilmu menjadi lebih natural.

    3. Penyampaian beliau dari segi intonasi, bersahaja, dan contoh-contoh yang ditunjukkan memang bersesuaian dan boleh menjawab masalah yang ditanya oleh peserta.

    4. Jawapan yang spontan.
    Pengalaman beliau yang luas, menyebababkan beliau mampu menangani dan menyelesaikan masalah yang ditanya seara spontan dan terus. Ini juga juga disebabkan pengalaman dan kajiana.

    5. Beliau sentiasa peka dengan perubahan-purabahan yang dibuat oleh Facebook dari masa ke semasa. Ini beliau akan update dan kongsikan pula dengan para peserta kelas seminar.

    6. Peserta boleh bawa anak.
    Ramai di antara peserta yang berminat dgn FBM ni adalah peserta wanita yang masih muda dan ada anak kecil. Walaupun ada yang sudah sedikit berusia. Jadi antara masalah mereka untuk menghadiri seminar ini ialah susah untuk tinggalkan anak kecil di rumah.

    Di seminar ini mereka yang hadapi masalah sebegini boleh membawa sekali anak-anak mereka ke kelas. Cuma pada pandangan saya, kalau bawa anak-anak tu kita kena la control sikit anak-anak kita supaya jangan buat bising yang terlampau. Kesian peserta lain yang nak belajar terganggu dengan keletah anak-anak kita.

    7. Group Sokongan Facebook

    Yang paling penting peserta FBM ini akan diserapkan ke group Facebook FBM tertutup yang dikendalikan sendiri oleh beliau dan Tuan Safuan Borhan. Segala pertanyaan boleh diajukan di situ dan akan cuba dijawab sengan sebaiknya oleh mereka dan peserta-peserta lain juga. Ini adalah perkhidmatan selepas jualan yang sungguh mantap.

    percubaan pertama aku membuat iklan di Facebook
    percubaan pertama aku membuat iklan di Facebook

    Lokasi Seminar

    Jika di Lembah Kelang ini, kebanyakan seminar ini diadakan di bangunan PKNS Bizpoint sect 7.

    Senang saja nak cari tempat ni untuk yang tak biasa. Cari saja Wisma Jakel Seksyen 7. Tempat ni terletak di belakang Wisma Jakel.

    Seminar ini juga diadakan di negeri-negeri lain. Bakal perserta negeri lain sentiasa lah perhatikan pengumuman di Facebook beliau dan blog beliau, www.firdausazizi.my.

    Jom Belajar FBM

    Jadi kepada yang nak belajar ilmu FBM, aku personally memang rekomen la kelas seminar ni. Apa yang menjadi persoalan anda akan terjawab dalam seminar ini.

    Jangan sayang duit untuk dilaburkan dalam mendapatkan ilmu. Duit pelaburan tersebut sekejap saja akan digantikan dengan sales (jualan) yang lebih tinggi nilainya yang bakal diperolehi hasil daripada ilmu yang akan diamalkan nanti.

    Untuk yang berminat, anda boleh dapatkan info tarikh, yuran dan lain-lain lagi mengenai seminar ini di link di bawah:

    ->> seminar asas Facebook Marketing <<-

    Latest articles

    Related articles

    16 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge