More

    Nah… 8 sebab kenapa korang perlu ada kad VIP watson baru…

    Korang pernah shopping kat Watson kan? Paling tidak pun mesti korang pernah lalu depan outlet Watson.. Kan?

    Korang tau jugak kan yang Watson pun ada kad VIP dia. Alaa kad yang korang tunjuk masa nak beli barang untuk dapatkan point dan manfaat lain tu…!

    Haaa kad ni la yang aku nak cerita ni. Sekarang kad VIP Watson lebih hebat…! Pemegang kad ini*** sekarang boleh menikmati lebih banyak ganjaran, diskaun dan tawaran menarik daripada Watson dan rakan kongsi “merchants”nya. Yang paling best, ada rewards baru iaitu Health Club Rewards.

    Mana aku tau..? Hehehe.. Aku dijemput ke Majlis pelancaran #GETACTIVE Watson semalam yang diadakan di Watson Paradigm Mall.

    #GETACTIVE

    Ini adalah satu kempen hasil inisiatif daripada Watson, peneraju peruncit barangan kecantikan dan kesihatan. Ia selari dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia, untuk mempromosikan dengan lebih mendalam cara hidup yang sihat.

    Dengan ini, Watson pantas tampil dengan imej sebagai tempat yang ideal untuk orang ramai mencari dan membeli barangan kesihatan dan kecantikan. Di Watson, orang ramai akan berpengalaman membeli belah dengan rangkaian jenama dan barangan yang pelbagai.

    Kerjasama bijak

    Kempen ini bukan sahaja menguntungkan pihak Watson disamping mengukuhkan imejnya sebagai outlet pilihan untuk barangan kecantikan dan kesihatan. Malah ia juga menyokong rakan “merchant”nya untuk sama-sama mempromosi barangan yang mereka letak di outlet Watson.

    diet sihat – disediakan oleh saah satu merchant Watson

    antara aktiviti yang disediakan oleh Watson Merchants Partner

    Ambassador

    Di majlis ini juga duta (ambassador) untuk Kempen #GETACTIVE diperkenalkan. Mereka terdiri daripada selebriti daripada pelbagai lapangan yang punya cara hidup yang aktif. Meraka adalah:

    1. Lenna Lim
    Selebriti manis ini adalah artis dan beliau memang gemar berbasikal. Hobi berbasikal beliau menolong beliau kekal sihat dan cantik seerti ini.

    2. Ann Osman
    Peninju MMA wanita pertama di Malaysia. Beliau yang gemar dengan ativiti yang lasak di luar sana amat sesuai sebagai ambassador kempen ini

    3. Kit Mah
    Fitness Influencer ini juga mempunyai bentuk badan yang sado hasil daripada latihan dan diet yang sihat dan betul.

    4. Mark O’dea
    Pengomen Sukan yang juga pengamal aktiviti yang aktif mental dan fizikal.

    Mereka ini juga turut berkongsi tips kesihatan mereka sendiri dengan pengunjung.

    Mereka ini seterusnya mengetuai aktiviti sihat yang disediakan dengan peserta Watson VIP Card yang dibahagikan dengan beberapa kumpulan kecil sebagai pengikut masing-masing.

    Kad VIP Watson

    Kad ini adalah loyalty card yang membolehkan ahli memperolehi mata ganjaran untuk setiap pembelian di Watson.

    Kini kad VIP Watson yang baru mempunyai lebih rewards berbanding dahulu. Ia juga mempunyai lebih health club rewards dengan lebih 1,000 lokasi merchant #watsonrewards seluruh Malaysia.

    Manfaat Ekslusif Watson Vip Card

    1. Keahlian seumur hidup
    2. Tawaran menarik daripada lebih 1,000 lokasi merchant #watsonsrewards di seluruh Malaysia.
    3. Dapat 1 point untuk setiap RM1 yag dibelanja
    4. Bayaran menggunakan mata: 200 point untuk RM1
    5. 2X mata ganjaran bagi pembelian produk jenama Watson
    6. 5 X mata ganjaran di bulan harijadi
    7. 5 X apabila anda membayar menggunakan kad VIP Watson
    8. Diskaun ekslusif untuk poduk kesihatan

    Haaa menarik kan? Sesiapa yang belum ada kad VIP Watson sila pergi mohon sekarang. Senang jer untuk dapatkan kelulusan.

    Untuk ahli baru yang sign up, mereka akan dapat vouchers barangan Watson bernilai RM300. Mereka juga akan menerima 500 mata apabila mengaktifkan kad ini. Vouchers bernilai RM5,000 juga diberi sebagai hadiah…

    Latest articles

    Related articles

    21 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge