seo penting untuk blog (Small)

gambar SEO

Search engine optimization ataupun SEO pada pandangan aku adalah amat penting untuk dimasukkan ke dalam penulisan artikel blog kita. Ia amat penting kepada blog kita. Ia akan membantu kita menambahkan trafik, menguatkan jenama bog, dan boleh membantu menambahkan wang poket kita.

Ada bermacam-macam teori berkenaan SEO di luar sana. Ada yang berdasarkan apa yang dipelajari secara professional dan ada yang dipelajari melalui pengalaman sendiri. Perkara ini jika tidak dijaga akan menyebabkan artikel kita rosak akibat penulis yang terlalu mengejar elemen SEO.

Ayat yang dikarang menjadi janggal. Ia akan menyebabkan mood pembaca akan hilang dan yang paling parah apabila pembaca tahu yang penulis terlalu menekankan SEO sehinggakan menampaakkan ketidakikhlasan hati penulis dalam berkongsi maklumat.

Jadi walaupun elemen SEo ini amat penting kepada kelangsungan blog kita, kita perlu juga berhati-hati supaya pembaca tidak sedar akan elemen ini wujud dan mereka akan membaca artikel kita tanpa apa-apa prejudis

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: