Bukan senang nak pilih mandian bayi tau..!
Produk penjagaan bayi yang mana yang paling sesuai dan best untuk anak aku ya..?
Siapa yang dah jadi ibu atau bapa aku rasa mesti tertanya-tanya masalah ni. Sekurang-kurangnya pada peringkat permulaan sebelum jumpa dengan jenama produk yang benar-benar sesuai untuk anak.
Sebenarnya memilih produk penjagaan bayi khususnya produk mandian, bukan sekadar pilih. Ia bukanlah sesenang… korang pergi ke pasaraya, lalu depan bahagian penjagaan kanak-kanak, ambik satu daripada produk yang diletakkan di atas rak… Bayar dan bawak balik untuk mandikan bayi…!!! Bukan sesenang itu ya…!!!
Banyak perkara yang perlu difikirkan oleh ibubapa tentang hal ni… Antaranya, produk tu sesuai tak dengan kulit bayi dan anak-anak yang lain, mahal ke tak harga produk tersebut, dan senang ke nak dapatkan produk tersebut nanti kalau nak beli lagi…
AGAINST24
Tapi kini semua persoalan tu terjawab sudah… Hanya satu jenama produk mandian dan penjagaan bayi, dapat selesaikan masalah yang ibubapa fikirkan tu. Jenama yang aku maksudkan adalah AGAINST24, jenama produk mandian bayi daripada Taiwan yang datang dengan formula mandian yang unik. Baru dilancarkan 2 hari yang lalu, dijangka akan menjadi pilihan ibubapa kerana ia memenuhi kriteria yang dicari ibubapa.
Sesuai untuk semua jenis kulit
Against24 memang diformulakan dengan bahan yang unik. Tersenarai di dalam 3 produk paling laris di China dan Taiwan, produk ini adalah bebas daripada alkohol, bahan pengawet dan bahan sabun menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
Produk ini juga adalah produk mandian anti bakteria yang dapat menjaga keluarga daripada virus dan bakteria. Formula yang telah dipatenkan untuk produk ini mampu mempertahankan badan daripada patogen utama dalam 30 saat, dengan kadar anti bakteria sehingga 99.999%. Formula antimikrobial bebas toksik dan bebas pencemarannya pula adalah lembut kepada kulit dan mampu menyediakan perlindungan antibakteria selama 24 jam
Ini telah terbukti apabila Against24 mendapat pengesahan dan pensijilan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS dan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan.
Jadi produk mandian Against24 ini sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur. Boleh digunakan untuk seisi keluarga…!
Mahal ke produk ini..?
Ni senarai harga produk ini…

Against Rubber Duck Bodywash 1000ML – RM25.90
Against Rubber Duck Handwash 300ML – RM15.90
Against Rubber Duck Babybath 1000ML – RM29.90
Against Rubber Duck Baby Shampoo 650ML – RM29.90

Against Power Panda Handwash 300ML – RM15.90
Against Power Panda BodyWash 1000ML – RM25.90
Against Power Panda BabyBath 650ML – RM29.90
Against Power Panda Baby Shampoo 650ML – RM29.90
Ok.. Harga adalah mampu milik. Memang berbaloi dengan nilai yang datang sekali dengan produk ini.
Kat mana nak dapatkan produk ini…?
Produk ini dah mula dijual di semua 420 outlet Watsons di seluruh negara. Nak enjoy lagi shopping kat Watsons ni, korang kenalah ada kad VIP Watsons. Barulah boleh shopping sambil kumpul points.
So tak perlu bimbang untuk restock produk ini. Sebabnya Watsons ada di merata ceruk.
Komen Sohoque
Dah 2 hari aku pakai produk ini sejak aku dapatkan di majlis pelancaran Against24 tempohari. Satu keluarga aku cuba produk ini sekarang. Tak ada masalah kulit pun bila guna produk ini. Ok jer. Aku suka. Nak bilas pun senang.
Cuma untuk Ifza jer aku belum cuba gunakan. Sebabnya dia masih di bawah projek pemerhatian doktor akibat masalah ekzemanya.
Korang kalau masih terfikir tentang persoalan macam yang aku sebut kat atas tu, bolehlah cuba produk ini. Sesuai untuk semua jenis kulit, semua peringkat umur, harga berbaloi dan senang nak cari.
Menarik laaa Botol dia..!!
Hahaha kaaan. Menarik…!
Comelnya packaging dia, jangan kata budak, mak bapak
Budak pun suka 😉
Hahaha setuju…!
Menarik laa Botol dia..!!
Comelnya .. dah hbis guna boleh simpan botol tu hihi
Haah… baby nnti suka ada duck dan panda mandi sekali ngan dia
Comel sangat packaging dia, pastu harga pun mampu milk dan berpatutan. Boleh cuba untuk bay baru nanti.
Dkna yg tengok botol ni pun dah rasa teruja nak beli tuk anak.comel sangat ni..
haaaa ramai yg duk puji botol dia…!
Wahh guna sabun baby tauuu.. poles la kulit lepas ni.. heheehh
Huhuhu.. untuk seisi kuarga la… hehehe
coe,lnya pulak botolnya..hihihi
Huhuhu. Nak tarik perhatian anak2 tu
Botol produk yg comel hehhe
Huhuhu ramai yang komen pasal botol
balik koje nanti nak menyinggah la kejap kat watsonss
Wooo thorbaek lah lisa
Comelnya botol dia.. geram tengok.. kita ada kad vip watson.. bolehla beli sambil kumpul points..😀
Haaa yer. Tepat sekali. Itu pembelian yang bijak
Takde la mahal sgt.. botol tu comel gila… dah hbs boleh guna buat hiasan…
Haaa tu la… boleh guna sekeluarga jugak
Harga cam berpatutan..berbaloi rasanya dgn kandungan ml..sesuai tuk kulit sensitif anak ai ni…
Haaa sesuai kot. Sebab dia soap free
menarik lah botol nya.. teringin gak nak cuba ni..hihih sbb botol dia comel hihih
Hahaja semua berkenan pada botolnya