More

    Aik… MAC Pun Kena Virus???

    MAC sebelum ini gah dengan platformnya yang bebas dari virus. Tidak seperti windows yang sering dikacau oleh virus, malware, spyware dan bermacam-macam ware lagi. Sebab itu komputer yang mengguna pakai platform windows, performancenya akan semakin lama semakin perlahan. Ini adalah kerana virus-virus yang telah disebutkan tadi telah berada di dalam sistem dan mengacau sistem sehingga menjadi perlahan.

    Namun kini, berdasarkan laporan daripada Mashable, sebuah Syarikat antivirus Rusia telah mengesan dan mendakwa bahawa lebih 600,000 komputer Macs kebanyakannya di U.S. dan Canada telah dijangkita dengan sejenis virus trojan horse yang dikenali sebagai “Flashback”.

    The Web, sebuah lagi syarikat antivirus mengeluarkann laporan pada hari Rabu (4 April) mendakwa 550,000 komputer yang menggunakan sistem Mac OSX dicerobohi Flashback. 57% komputer Mac yang dijangkiti adalah di U.S. manakala 20% adalah di Canada.

    Flashback pada asalnya ditemui pada September 2011. Ia dicipta untuk menyamarkan dirinya sebagai installer Adobe Flash Player dan memakai logo Flash player. Sebaik sahaja diinstall, malware akan terus merayap dan mencari username dan password yang disimpan di dalam Mac.

    Apple ada mengeluarkan “patch” pada minggu ini untuk menghadapi perkara ini walaupun ia tidak menyebut nama Flashback. Patch yang dikeluarkan adalah untuk OSX 10.6 and 10.7 dan juga untuk OSX Lion 2012-001.

    Serangan virus ini datang selepas Apple berterusan menjadikan OS X satu pilihan yang selamat berbanding windows. “Komputer Mac tidak terdedah kepada beribu-ribu virus yang melanda komputer berasaskan Windows, ” paparan mesej pada laman utama Apple. “Terima kasih tidak terhingga kepada pertahanan dalaman yang terbina di Mac OS X yang terus menjaga keselamatan

    Laporan asal daripada Mashable

     

     

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge