
Waktu yang dinanti-nanti oleh peminat Liverpool FC iaitu waktu perpindahan bulan Januari telah tiba. Banyak nama-nama pemain yang telah dikaitkan dengan Liverpool sebelum ini. Antaranya Demba Ba, Daniel Sturridge dan beberapa pemain bintang dari luar England.
Hari ini Liverpool FC membuat pengumuman secara terbuka bahawa mereka telah menandatangani Pemain Chelsea iaitu Daniel Sturridge. Akhirnya Daniel Sturridge sah milik Liverpool.
Mengungkap kembali sejarah. Daniel sturridge telah berjaya memikat kelab Manchester City untuk dibawa ke Ettihad Stadium daripada kelab asalnya Coventry City pada usia 16 tahun pada tahun 2006.
Dia kemudiannya membantu Chelsea menjulang Piala FA Remaja pada tahun 2008 di mana Daniel Sturrige adalah penjaring gol terbanyak. Tahun berikutnya beliau telah berpindah ke kelab Chelsea.
Mula membuat penampilan sulung untuk skuad kebangsaan England di bawah kendalian Stuart Pearce ketika England bertemu Sweden pada tahun 2011.
Pada musim lepas, Daniel Sturridge menyumbang 13 gol dalam kesemua pertandingan. 11 gol daripadanya dijaringkan dalam Liga Perdana Inggeris.
Namun pada musim ini beliau hanya diturunkan sekali sahaja oleh Chelsea akibat kecederaan hamstring.
Pemain berusia 23 tahun ini khabarnya telah membuat ujian perubatan sejak bulan lepas lagi untuk tujuan perpindahan ke kelab Liverpool.
Walau bagaimanapun yuran perpindahan ke Liverpool dirahsiakan. Kontraknya bersama Liverpool adalah kontrak jangka masa panjang.
Daniel Sturridge ternyata gembira dengan perpindahan ini. Ujarnya kepada Liverpoolfc.com:
“I’m humbled and happy to be here. “I’ve not signed here to play for a couple of years and then move on.
“I’ve signed to be here for as long as possible. It’s a humongous club – for me, one of the biggest in the world.”
“To have the fans and world-class players we have here is amazing.”
Tidak kira siapa pun datang, harapannya biarlah ianya dapat menampung kelompongan jentera serangan Liverpool setelah percubaan untuk mendapatkan Clint Dempsey gagal sedangkan Andy Caroll sudahpun dipindahkan secara pinjaman ke kelab West Ham.
You’ll Never Walk Alone
Moga-moga Sturridge dapat meledakkan gol lebih banyak daripada Suarez pada musim ini. hehe 🙂
Arrazi recently posted..Bezanya Kita Pada Kualiti Diri
harap-harapnya la.. tp suarez pon dah jumpa sentuhan gol dia semula. pagi tad score lagi 2 bijik
sohoque recently posted..Applikasi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Kini Di Google Play
akak memang tak tahu pasal bola bola ni hehe
situasi ni sama la mcm org lelaki try nak bagi komen kat blog yg tulis psl resipi. hahaha. anyway, tq akak sbb sudi singgah! 😉
Ada dah sorang player baru. tapi Demba Ba macam takkan tinggalkan newcstle je
effort lab recently posted..Kajian Harian Edisi 16
rasanya Liverpool pon takkan offer dah demba ba. sbbnya striker dah ada dgn tibanya sturridge
sohoque recently posted..Kemenangan Berturut Turut Buat Liverpool
kalau tak silap dia akan debut masa lawan man u kat old trafford nanti kan? kalau dia score masa game tu sedap juga. haha.
khairil recently posted..Suasana Pertembungan 3 Agama Di Baitul Maqdis Palestin (20 Gambar)
tu lah.. kalau dia dpt score masa lawan MU mmg terbaiklah…!
sohoque recently posted..Kemenangan Berturut Turut Buat Liverpool
[…] Daniel Sturridge yang baru tiba di Liverpool daripada kelab Chelsea hanya menyaksikan sahaja perlawanan tersebut daripada luar padang. […]