Selain daripada pertunjukan puppets, ada satu lagi persembahan yang menarik sedang berlangsung di Genting Highland. Ia adalah persembahan aksi dengan menggunakan air dan buih yang dinamakan Fantastica! 2. Ia juga diselang selikan oleh tarian kontemporari oleh penari-penari yang cantik.
Aku sempat ke persembahan ini baru-baru ini di atas jemputan pihak Resort World Genting. Sungguh seronok. Persembahan yang memukau mata dan menakjubkan dengan aksi akrobatik, permainan buih oleh pakar buih, menentang graviti dengan menggunakan roda silinder, gimnastik akuatik, komedi yang mencuit hati, dan tarian kontemporari. Semuanya ada disediakan di Genting International Show Room (GISR) Genting Highland pada pukul 9 malam setiap hari bermula 2 November 2013.
Antara yang akan menghiburkan anda di sana ialah persembahan daripada Dany Daniel yang digelar Rola Rola Man. Beliau yang berasal dari Portugis ini adalah salah seorang pelaku aksi mengimbangkan badan yang terpantas dan paling rumit. Beliau yang dibantu oleh pembantunya Edina telah memukau lebih daripada 20 juta penonton di seluruh dunia. Beliau pernah diberikan penghormatan oleh Ratu Elizabeth II sewaktu pertunjukan di raja England yang ke 89 baru-baru ini. Pasangan ini juga pernah memenangi anugerah khas di Festival Sarkis Monte Carlo ke 33.
Lelaki bersaiz agak kecil ini berjaya mengimbangkan badannya di atas bangku yang tinggi dengan berlantaikan silinder roda yang ditambahkan satu persatu. Kebolehan mengimbang badannya sungguh hebat.
Apabila ditanya adakah beliau tidak takut untuk melakukan aksi itu, beliau menjawab:
“Rasa takut akan sentiasa ada walaupun beliau sudah berpengalaman sejak dari kecil. Tetapi bila menjejakkan kaki di atas bangku tinggi tersebut dan apabila mendengar tepukan gemuruh penonton, rasa gementar akan beransur hilang dan digantikan dengan semangat yang berkobar-kobar“
Di sana anda juga akan dihiburkan oleh persembahan daripada Jano Yang yang berasal daripada Vietnam tetapi membesar di Yugoslavia. Jano Yang adalah pakar buih. Beliau menggabungkan seni persembahan buih dengan Sains untuk menghasilkan campuran buih istimewa untuk membantu persembahannya.
Bermacam-macam kemahiran menggunakan buih akan beliau pertontonkan. Ianya sungguh menakjubkan. Ini adalah kali pertama aku melihat persembahan buih yang sebegitu unik.
Di persembahan aksi ini juga anda akan dihiburkan oleh pasangan Mongolia iaitu Anudari dan Khaliun yang juga dikenali sebagai Deo Aqua Mermaids. Persembahan pasangan ini agak unik kerana mereka akan membuat aksi akrobatik di dalam air. Air tersebut diletakkan di dalam satu mangkuk yang besar.
Aksi mereka di dalam air tidak ubah seperti ikan duyung. Persembahan pasangan ini telah berjaya mempersonakan penonton di negara-negara seperti Korea, China, Singapore, Turki dan Eropah. Aksi mereka berdua telah berjaya menobatkan mereka sebagai “Artis Terbaik” dan “Persembahan Terbaik” di Festival Sarkis Mongolia dan Itali.
Satu lagi persembahan yang tidak boleh dilupakan di sana adalah persembahan berjalan di syiling dengan kepala dibawah. Kar Leclerc dan pasangannya bukan sahaja berjalan dengan kaki melekat di syiling malah mereka turut bermain badminton, menimang bola dan minum air dengan keadaan terbalik. Sungguh pelik dan menakjubkan!
Aku bertanya sendiri kepada mereka bagaimana mereka boleh melakukan aksi tersebut. Mereka menjawab itu semua adalah rahsia mereka mereka tetapi satu perkara yang sudah pasti kata mereka, ialah latihan yang bersungguh-sungguh dan berterusan untuk mencapai sehingga tahap sebegitu. Pada suatu ketika kaki mereka tidak terasa apa-apa melainkan kebas akibat darah yang tiada di kaki kerana keadaan mereka yang terbalik dalam keadaan yang agak lama.

Sempena cuti sekolah ini, membawa anak-anak naik ke Genting Highland untuk menonton persembahan yang menarik ini adalah satu idea yang bijak. Cuti anak-anak anda akan terisi di samping dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.
Fantastica! 2 memang terbaik!
Bestnya tengok aksi pakar buih. . Agak2 kalau cuba sendiri dekat rumah boleh menjadi tak?
anuar recently posted..Program Berkhatan beramai-ramai di Surau Sabakiah Batu 40, Sabak Bernam, Selangor
confirm tak jadi. buih dia tu memang dibuat khas utk persembahan. soalan ni memang saya tanya dia (jano yang) sendiri..
Oh! Macam menarik jer. Penari dia lawa ker?
amirnawawi recently posted..Brace Yourself! Tengku… is Coming!
Lawa ar bro. Seksi lg. Haahaahahaa
pertunjukan buih dan jalan atas syiling tu memang suatu yan baru.
Mmg menakjubkan
Aksi akrobatik yang hebat. Kecut perut tengok gambar-gambar tersebut.
akubiomed recently posted..Mencabar adrenalin pandu Porsche GT3 RSR
Ya. Amat best tgk diorg punya show
yang joget2 depan aku tu.. aku suka..kahkah
nizam ijam recently posted..Ninetology Smart Ecology 2 Kempen Alam Sekitar yang Ohsem!
Huntong la duk dpn
wah.. mmg fantastic…
myfirdz recently posted..Segmen: Pencarian Bloglist Cuti Sekolah 2013
memang puas hati tgk pertunjukan ni
Kalau buat kat KL rasanya bro nak beli tak tiket persembahan nie… hehehehe
hazman aka species1980 recently posted..Tips mudah menarik perhatian pelanggan ONLINE
Tgk harga la. Kalau x mahal sgt ok beli. Berbaloi
Bertuah nya dapat jemputan macam ni kan..
Macam best aje tengok gambar2 kat atas , macam nak pergi aje tengok tapi macam jauh pulak nak drive naik kat atas nun…hurmmmm
hannyabdullah recently posted..Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar , India
kalau pergi dengan diorg, diorg akan sediakan bas akak. so tak perlu nak drive. hehehe
[…] menjemput pakar puppet terkenal untuk Stars and Strings Show dan pakar buih dan aksi hebat dalam Fantastica 2, kini Peter Marvey menjadi pilihan. RWG memang selalu mencari sesuatu yang belainan kepada […]
[…] menjemput pakar puppet terkenal untuk Stars and Strings Show dan pakar buih dan aksi hebat dalam Fantastica 2, kini Peter Marvey menjadi pilihan. RWG memang selalu mencari sesuatu yang belainan kepada […]