More

    Aku Ditakdirkan Untuk Tidak Berjumpa Dengannya Sehingga Akhir Hayatnya

    Memang bukan takdir aku untuk bertemu dengan Allahyarham sehingga akhir hayat beliau. Beliau yang aku maksudkan ialah Allahyarham Azhar bin Ramli ataupun lebih dikenali dengan nama Je jai di kalangan rakan blogger.

    Allahyarham sewaktu menghadiri Sepetang Bersama Blogger tahun lepas (kredit: eyriqazz.com)
    Allahyarham sewaktu menghadiri Sepetang Bersama Blogger tahun lepas (kredit: eyriqazz.com)

    Aku belum pernah bertemu secara bersemuka dengan beliau. Aku lebih banyak mengenali beliau melalui blognya teratakarmo.com dan entri-entri blogger otai yang aku selalu baca blognya. Hati ini selalu terdetik untuk mengenali beliau secara lebih dekat namun belum kesampaian. Mungkin kerana waktu itu aku baru sahaja mencuba hobi baru aku sebagai seorang blogger.

    Sebagai blogger yang masih hijau di dalam dunia blogging, memang tidak banyak jemputan menghadiri event yang aku terima. Masa aku banyak aku habiskan dengan memikirkan untuk menulis entri baru. Banyak juga masa yang aku habiskan untuk mempelajari selok belok wordpress yang aku sedang gunakan untuk membuat blog.

    Melalui banyak entri di blog eyriqazz, aku mendapat tahu yang beliau sedang menghidapi peyakit cancer dan sedang bertarung dengan maut yang sedang menanti. Masih aku ingat pada suatu hari aku mengalirkan air mata tatkala membaca cerita arwah di blog eyriqazz. Cerita bagaimana beliau bertarung dengan cancer secara rahsia. Tidak ramai yang tahu kecuali keluarga dan sahabat terdekat. Ia menguatkan lagi azam aku untuk berjumpa dan bersahabat dengan beliau.

    gambar je jai dan eyriqazz
    cerita tentang Allahyarham Je Jai banyak aku ikuti daripada blog kawan baiknya bro eyriqazz

    Lama juga beliau merahsiakan penyakitnya sebelum diketahui oleh sahabat-sahabat. Aku tahu ramai blogger yang rapat dengan beliau seperti Denaihati, Kid dan lain-lain pergi menziarahi beliau di kediaman beliau. Tapi pada masa itu Tuan Denaihati dan Kid pun belum kenal aku. Jadi aku tak tau macamana nak menziarahi beliau.

    Lagi satu arwah bukan kenal aku pun. Kalau aku pergi ziarah beliau seorang diri apa pulak kata beliau. apa pulak aku nak borak dengan beliau. Tak ke mati kutu aku nanti.

    Dalam pada aku terfikir bagaimana dapat aku bersua muka dengan beliau, tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kematiannya. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tarikh hari ini di tahun 2013. Aku ingat tarikh ni pun sebab terbaca entri Kid tentang setahun pemergian Allahyarham ini.

    Terkejut pun ada, terkesima pun ada, kecewa pun ada tika aku mendengar berita kematian beliau. Terdetik di hati aku:

    “Memang aku tidak diizinkan oleh Allah untuk berjumpa dengannya. Apa hikmah disebaliknya ya..?”

    Dalam pada akal yang cetek dan terhad ini cuba menyungkil rahsia dan hikmah disebalik kegagalan aku berjumpa dengannya untuk memberi secebis kata semangat buat bekalan perjuangan akhir hidupnya, hati aku berbisik:

    “Tak mengapalah. Aku ziarah jenazah beliau dirumahnya pun dah ok dah…”

    Tapi macamana aku nak pergi. Rumahnya pun aku tak kenal.Sehinggalah pada petang hari tersebut aku melihat status di Facebook tentang rancangan bloggers berkumpul di masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam untuk bersama-sama pergi menziarahi jenazahnya.

    Malang sekali lagi untuk aku. Waktu itu aku membawa keluarga menyelesaikan suatu urusan yang penting yang tidak emmungkinkan aku pergi menyertai konvoi para bloggers tersebut.

    Memang aku tak dapat jumpa arwah sehingga akhir hayatnya. Mengapa? Hanya Allah sahaja yang tahu. Namun disebaliknya aku amat yakin ada tersembunyi satu hikmah yang amat besar.

    Jadi bersempena tarikh kematian Allahyarham Jejai jom kita sama-sama sedeqahkan Al-Fatihah kepada roh beliau. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang bertaqwa dan di sisi ahli jannah yang lain. Aameen.

     

    Latest articles

    Related articles

    12 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge