
Aku masih belum merdeka. Di saat negara kita menyambut hari merdeka, insan kerdil ini masih belum merdeka.
Besok tanggal 31 Ogos. Seluruh negara bercuti dan meraikan hari ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 56.
Dari awal minggu ini pun aku dah lihat mood merdeka dah ada. Dah ada kenderaan awam serta peribadi yang dah mula memacak bendera di kenderaan masing-masing. Walaupun suasana ini tidak semeriah dahulu tetapi aku dah dapat rasakan mood itu.
Jalan di sekitar Dataran Merdeka di tengah kotaraya menjadi sesak disepanjang minggu ini. Ini disebabkan latihan raptai oleh peserta-peserta pakaian seragam yang bakal membuat raptai semasa sambutan hari kemerdekaan besok.
Semangat merdeka sekarang ini aku rasa amat berlainan daripada semangat merdeka yang dirasai oleh orang-orang dahulu yang hidup sewaktu negara kita diisytiharkan merdeka.
Sekarang semangat merdeka yang dulu itu cuba kita kekalkan. Cuma semangat merdeka alaf baru kita cuba terapkan.
Banyak semangat merdeka yang kita kena terapkan. Kita harus merdeka minda negatif, merdeka kemiskinan, merdeka akhlak negatif, merdeka kejahilan, merdeka hutang dan lain-lain lagi perkara negatif.
Aku masih belum merdeka…
Aku masih belum merdeka hutang. Masih banyak hutang yang aku terpaksa bayar. Aku perlu berkerja keras untuk selesaikan hutang secepat mungkin.
Jika tidak kerana hutang, sudah tentu aku hidup senang. Jika tidak kerana hutang, mungkin aku sudah bebas kewangan. Jika tidak kerana hutang, mungkin aku sudah menjadi hartawan. Jika tidak kerana hutang sudah tentu banyak hartanah yang telah aku kumpulkan seperti yang dikongsi oleh blog pendidikan hartanah abang Ensem.

Hutang yang aku maksudkan ialah hutang aku untuk perkara-perkara yang kurang keutamaan. Hutang rumah dan hutang kereta aku anggap hutang jangka masa panjang.

Hutang dengan kawan-kawan dan juga keluarga masih ada yang belum berbayar. Hutang ini yang akan aku usahakan untuk dibayar dahulu. Hutang dengan pihak bank aku jadikan sebagai keutamaan kedua untuk diselesaikan. Aku kata SELESAIKAN, bukan tak bayar ansuran bulanan ya…
Hutang-hutang ini menjadikan niat aku untuk mengerjakan ibadat haji tertangguh. Kerana hutang mempunyai keutamaan dahulu untuk dibayar sebelum mengerjakan ibadat haji.
Alhamdulillah, 3 bulan lagi satu daripada kereta aku akan habis dibayar. Lepas tu akan ada lebihan tunai untuk aku lambakkan kepada hutang lain. ini akan mempercepatkan hutang tersebut diselesaikan.
Aku masih belum merdeka hutang. Sasaran masa aku, sebelum umur 45 aku sudah bebas hutang. Kecuali hutang kereta dan rumah. Moga azam aku dipermudahkan.
Kepada kawan-kawan dan keluarga, jika aku pergi dahulu, harap halalkanlah hutang aku. Ia akan menjadi sedeqah bagi kamu.
Jika kamu ingin menuntut hak kamu, berjumpalah ahli keluarga terdekat aku untuk menuntutnya. InsyaAllah bekal yang aku tinggalkan cukup untuk membayar hutang-hutang kalian. Pelan takaful dan sedikit harta lain insyaAllah boleh menyelesaikannya.
Setiap orang mempunyai tanggapannya yang tersendiri tentang maksud merdeka walaupun negara kita telah lama merdeka.
Hazmin Hamudin recently posted..Dapat Juga Makan Garrett Popcorn
ya sbb tu sy ckp merdeka tu ada byk kategori.. hehehe
Salam merdeka. Insyallah boleh tercapai semua itu tuan…pasti boleh
daddydee recently posted..Saya Mahu Jadi Jutawan
insyaAllah.. Ameen
alhamdulillah, setakat ni masih bebas dan merdeka dari hutang
tak lama lagi, dah nk pakai kete, herm ada la hutang…
tengah plan nk pilih kete apa agak tak terbeban nanti
nak kawen lagi, keh3
penaberkala recently posted..#UrMalaysianIsShowing Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
blom ada komitment keluarga ok la boh. hehehehe. aku dulu pun cam tu. heheheh
Aku pun masih belum merdeka dari hutang…
Moga2 dapat bebas cepat sikit..
fazrol recently posted..Kempen Hari Merdeka Terbaik dari Astro!
insyaAllah bro. setkan target dan perancangan dengan baik. insyaAllah akan tercapai
kan best kalau merdeka dari hutang
Juan recently posted..Jalur Gemilang dan Bendera Sang Saka di Hari Kemerdekaan 2013
ya loooorrrr