Aku Semai Benih Orang Lain Tuai Hasil

12
2116
perlindungan assets dengan pelan takaful
pelan takaful yang bebas dari unsur gharar, riba' dan maisir menjadi pilihan masa kini sebagai alat perancangan perlindungan assets
gambar ejen insurans
Aku semai benih orang lain tuai hasil

Salam dan selamat sejahtera.

Macam best je tajuk ni kan? Tapi memang betul. Kadang-kadang dalam dunia ini, kita yang semai benih tetapi orang lain yang tuai hasilnya.

Anda masih konfius tentang ini? Ceritanya macam ni. Aku ada seorang prospek untuk menjadi consultant takaful di agensi aku. Dia yang hubungi aku setelah menjadi sekian lama menjadi pengikut senyap blog caknawang aku.

Suatu hari (3 bulan yang lalu) dia menelefon aku dan meminta untuk berjumpa. Kami telah berjumpa di pejabat aku dan berbincang secara terperinci tentang bisnes Takaful ini. Namun di akhir perjumpaan kami tiada juga kata putus darinya samada untuk menyertai bisnes ini taupun tidak.

Aku seperti biasa berlapang dada dan memberi peluang untuknya berfikir sebaik-baiknya. Memang itu cara aku. Aku bukannya jenis yang suka menekan orang untuk bersetuju dengan pendapat aku. Ya la.. Kadang-kadang apa yang kita rasa betul tidak semestinya betul dan sesuai dengan orang lain.

Hari demi hari berlalu dan sudah memasuki minggu kedua. Tiada panggilan darinya. Jadi aku mengambil keputusan untuk membuat follow up. Bukan apa takut dia lupa ataupun ada masalah ke, kot-kot boleh kita bantu.

Dia menjawab dengan mengatakan dia belum bersedia dan sibuk dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya. Aku faham dan tidak mahu mengganggu dalam masa terdekat.

Seminggu selepas itu dia menelefon aku dan mengajak untuk aku untuk sesi mengeteh. Kami berjumpa lagi. Dan aku berkongsi lagi. Masa itu antara topik hangat yang kami bincangkan adalah beza antara insurans konvensional dan takaful. Kenapa Takaful dibolehkan Islam dan kenapa Insurans konvensional diharamkan oleh Islam. Namun tiada lagi kata putus daripada beliau samada untuk sertai atau tidak.

Selang beberapa lama selepas itu kami berjumpa lagi sambil mengeteh dan kali ini aku sarankan supaya dia mengambil peperiksaan asas dahulu untuk membolehkan dia membuat bisnes takaful ini. Dan aku juga terus menjemput beliau ke sesi taklimat bisnes takaful ini. Namun beliau sekali lagi menolak dengan alasan ingin menyelesaikan urusan peperiksaannya dahulu.

Hendak dijadikan cerita, pada hari Sabtu baru-baru ini sewaktu Ekspo Belilah Barangan Malaysia berlangsung di KLCC di mana Takaful Malaysia mengambil bahagian dengan membuka booth di sana, aku terserempak dengan prospek consultant ini. Aku yang memakai pakaian kasual pada hari itu datang pada sebelah petang. Sesampai sahaja di booth terus aku terserempak dengan beliau sedang membahagikan flyers Takaful malaysia kepada orang ramai. Aku terus bersalam dan bertegur sapa.

Ada semacam kelainan di wajahnya pada ketika aku bersalam. Aku bersikap profesional dan melayan para petugas booth di situ. Apabila aku pandang kebelakang aku dapati beliau sudah menghilangkan diri. Hahahaha. Terkantoi beliau dengan aku.

Rupanya beliau telah mencari agensi lain untuk bernaung. Aku ok je. Alaa, satu yang pergi 10 yang akan sertai agensi aku. Lagipun aku tak tau pun lagi kehebatan dia menjadi consultant. Mungkin hebat dan mungkin hangat-hangat tahi ayam sahaja. Aku ok je. Tapi kenapa dia melarikan diri ya? Biasanya orang yang melarikan diri adalah orang bersalah ya tak?

Aku dah 10 tahun dalam industri ini. Perkara begini memang biasa berlaku. Aku semai benih orang lain tuai hasil nya. Apa nak dikeluhkan. Tidak semestinya kita yang memberi penerangan dan perkongsian prospek consultant akan sertai agensi kita. Pilihan di tangan masing-masing. Apa yang penting aku melakukan kerja dengan ikhlas utnuk berkongsi ilmu yang aku ada.

Aku percaya dan yakin dengan rezeki Allah. Apa yang berlaku ada hikmah yang besar disebaliknya. Sebaik-baiknya kita berlapang dada. Kita hanya mampu untuk membuat perancangan. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik.

Moga Allah memberi aku rezeki yang melimpah ruah dan menggantikan mana-mana consultant yang pergi dengan consultant yang lebih pro-aktif lagi. Ameen.

Ingatlah, kadang-kadang kita yang menyemai benih tetapi orang lain yang menuai hasilnya. Allah maha merancang.

 

Loading

12 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge