Al-Fatihah Buat Ismail Hudson

Agak lambat aku “cover” tentang berita ini. Aku pun baru tau semalam. So, hari aku terpanggil untuk memuatkan berita ini dalam sohoque.com.

Dengar cerita Allahyarham Ismail Hudson meninggal dunia kerana komplikasi penyakit jantung yang sudah dihidapinya sejak 5 tahun yang lalu. Beliau meghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.13 pagi Sabtu lalu di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

Pada mulanya Allahyarham dimasukkan ke hospital di Bahagian CCU (unit rawatan kritikal) pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk. Beliau bagaimanapun pergi selepas diberi rawatan dan dipindahkan ke wad biasa.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini.

Allahyarham Ismail Hudson yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun.

Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.

Selain itu, Allahyarham Ismail Hudson juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Antara filem-filem lain yang dilakonkan Allahyarham Ismail Hudson ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978).

Sumber

One Response

  1. daddydee July 24, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: